BTC USD 44,667.9 Gold USD 1,742.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik wang @ RASUAH merebak ke akar umbi :: Rais Yatim

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Politik wang @ RASUAH merebak ke akar umbi :: Rais Yatim

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2128490.asp

PUTRAJAYA
– Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan gejala politik wang pada pencalonan bahagian untuk pemilihan UMNO kali ini sudah merebak sehingga ke akar umbi.

Beliau juga menjelaskan, isu politik wang ini turut disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

“Bukan saya seorang sahaja bercakap mengenainya, tetapi gejala politik wang ini sudah merebak sehingga ke teras parti dan membimbangkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Bagi Mangsa-mangsa Siklon Nargis di Myanmar dan Gempa Bumi di China.

Selain itu, beliau juga menyeru lembaga itu agar bertindak tegas dan mengemukakan bukti kukuh bagi membanteras gejala ini sepenuhnya.

“Jika UMNO ingin berdiri sama tinggi dengan parti lain di negara ini, integriti parti membanteras politik wang amat penting,” jelasnya.

Tambah beliau, lembaga ini juga perlu melakukan tugas yang diamanahkan sebaik-baiknya termasuklah memanggil tertuduh secara fizikal.

“Jika tidak lakukan tindakan seperti ini, keyakinan terhadap UMNO sudah pasti diragui,” tegasnya.

Di samping itu, Rais juga berterima kasih kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana telah melakukan tugas mereka bersungguh-sungguh mengawal gejala politik wang ini.

“Dalam insiden di Kedah dua hari lalu, dilaporkan gejala politik wang oleh BPR, begitu juga dua kes seminggu lalu di Negeri Sembilan. Ini membuktikan petanda awal dan peranan BPR dalam mencegah rasuah wang,” katanya.

Jelasnya lagi, BPR hendaklah meneruskan tugas mereka sebaik mungkin dalam mengawal dan mencegah gejala ini tanpa perasaan takut dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan sebelum menjadi semakin parah.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Luar Negeri mengharapkan perkembangan positif yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) kerana kemenangan calon Presiden dari Demokrat, Senator Barack Obama akan mengubah dasar luar AS yang disifatkan agresif bertukar menjadi lebih lembut.

“Kita berharap AS tidak lagi menggunakan kekerasan bersenjata dalam menyelesaikan sebarang krisis dunia,” katanya.



p/s : marilah kita jangan sokong Parti Rasuah = Parti UMNO nie...kita tetap dapat dosa subahat plak...
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
UMNO is going through the five stage of dying​

1) Denial ------> Nafi tarikh parlimen bubar, Pembunuhan Altantuya, Hubungan sayfool dgn najib, Perpecahan dalaman umno, Minyak naik inflasi x naik, Kehilangan Bala (kesahihan akuan bersumpah), Malaysia bukan negara Islam (Malaysia sebuah negara sekular, kata MCA . MCA menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan perlembagaan persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. “Ini adalah permuafakatan dan kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, dalam satu kenyataan hari ini.), Video linggam, Dakwaan Rasuah Exco Perak : BPR menafikan ada unsur Rasuah Seks, Kerajaan umno/bn Telah Lama Luluskan 10% Untuk Non-Bumi Masuk UiTM (Sendiri Buat Sendiri Tak Mengaku), Kesahihan laporan Pusrawi (doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat), “Remember 1986 in Padang Merbok. UMNO supporters killed a PAS supporter Osman Talib aged 33, who came from Pendang”, Gerakan sokong papan tanda pelbagai bahasa. Teng berkata, isu papan tanda pelbagai bahasa sudah banyak kali dibangkitkan sejak Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). "Sebenarnya cadangan itu sudah dipersetujui oleh Exco BN lalu dan peruntukannya juga ada. Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekalahan teruk pada pilihan raya lalu," katanya n byk lagi

2) Anger -------> Salahkan org lain yg padahal umno sendiri yg lemah, rasuah n pecah amanah menyebabkan ahli ahli peringkat akar umbi menolak kepimpinan pak lah. Salahkan PAS memecahbelahkan masyarakat, Mencarut dalam parlimen, Banner pilihanraya UMNO yg melampau (Dari Permatang Pauh Sondoi Putrajaya), Insiden baling kerusi di mesyuarat Wanita Kuala S'gor n banyak lagi

3) Bargaining --> Cube pakat dgn PAS namun gagal. Sanggup berkongsi kuasa dgn PAS n menjadikan jawatan Menteri Besar sebagai habuan n banyak lagi

4) Depression --> Cube merasuah MP PR dari Negeri Perak, Tuduhan liwat DSAI (Mintak DNA), Istiharkan jihat, Bantuan kepada SAR disalurkan semula, Nama Pengundi Hilang (KeADILan kesan 949 pengundi hilang dalam daftar pemilih), Meletakkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi, Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN (ade member (wealthgainer) kat Putrajaya sahkan), Laporan Media Yang Senget Sebelah (dari dulu lagi dah), Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan (Polis menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69), Mengambil Kad Pengenalan Pengundi, Forum Perdana Anjuran UMNO (Tak Mendapat Sambutan), Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah, Menggunakan Identiti Parti Lain Sebagai Modal Politik Sendiri (Bagi banner yang menonjol PAS secara agrasif dilentakkan di kawasan majoriti bukan Islam), Salahguna Lambang PKR utk tujuan Provokasi (Guna Baju bn bertopengkan PKR), Ezam terima ugutan bunuh (Org Lain Sibuk Berkempen, Die Sibuk Kene Ugut. Tak De Masalah Org Nak Bunuh Die Ni), Bom di bilik gerakan Umno, KeADILan tidak ada kena mengena (Puteri umno kene halau oleh tuan tanah), Imam Ustaz Ramlang Porigi: Imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah dan beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut, Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah, Rasuah: RM 1 Juta Utk Sekolah Cine, TPM: Akta DNA bukan untuk Anwar, Kes Rasuah Exco Perak : Projek Perumahan Tidak Wujud - MB Perak (Kerajaan negeri gesa BPR dan media mohon maaf dalam 24 jam), Harga Minyak Petrol RM 2.55 seliter mulai esok (Fikir 2 minit je dah boleh turun. Tak nyempat nyempat nak tunggu 1 Sept),Umno dakwa Anwar agen Kristian, Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan (Kalo benar ape yg dikata, dah lama dah BPR siasat. Tgk kes SAPP n Kes Exco Perak. Walhal surat layang pon BPR akan layan. Cepat, Pantas tapi Tak Tepat. Akhirnye Nak Kena Saman.), Ahli Parlimen BN Diarah Bercuti ke Luar Negara, Isu Kenaikan Cukai Tanah 500% Hanya Gimik Politik n banyak lagi.

5) Acceptance --> Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh, Calon BN dakwa ada 'pengundi hantu' (sendiri buat sendiri mengaku), Datuk Seri Syed Hamid Albar: Anwar berhak dapat laporan polis (sendiri buat sendiri heran), Parti Gerakan Keluar Barisan Nasional, Alex Thiagarasan menyertai DAP, TPM: Turun Harga Minyak (Dulu Kata X Boleh Nanti Negara Bagkrap, Dekat Pilihan Raya Boleh Pulak), Dr. Tan Kee Kwang yang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dua Ahli Parlimen Gerakan Sertai PKR, Pengundi Cina: Kami Beri Peluang Pada Anwar (Org bukan Islam pon dah Percaya Anwar, umno memalukan),Anwar trend rakyat tolak BN? (Jgn la buat tak perasan pulak), Sabah MPs reject loyalty pledge, TDM: But Umno and its other leaders are useless, Gerakan Kaji Kedudukan Dalam BN Jika Tiada Perubahan, Kata Tsu Koon, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama, PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuasa - Ku Li (Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia), Barisan Nasional’s rebellious Sabah Progressive Party (SAPP) showed its defiance by openly backing Pakatan Rakyat yesterday, SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat, Ahli umno Pletong Tengah Keluar Parti dan Menyertai PAS, Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender, UMNO Sabah disaran sokong usul pertahan Utusan, Veteran UMNO Kelantan lancar Tabung Pembelaan Utusan, Politik wang merebak ke akar umbi :: Rais Yatim n banyak lagi


p/s: Yg color biru tu yg terbaru...harap maklum

Yg color hijau tu adalah Evergreen

Datuk K.S. Nallakaruppan and Dato’ Muhammad Shafee Abdullah were behind the conspiracy to frame Dato’ Seri Anwar Ibrahim on sodomy charges back in 1998. This was confirmed by Nalla’s driver, Thagarajoo a/l Thangavelu, in a Statutory Declaration signed on 21 August 2008. <------ Tengah tunggu umno buat penafian :))
 

harraz asyraaf

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
7,794
Reaction score
93
Points
70
rais..rais...bila orang namanya rasuah sokmo...

cuba dia kena sokong...mesti dia komen semua elok belaka..

aduhai...
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
bro kuhik, cube tanye zombi2 umno terutamanaye mido...kalo pemimpin kuat rasuah tapi pengikut tetap sokong jugak namenye ape ehhh? :D
 

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
bro kuhik, cube tanye zombi2 umno terutamanaye mido...kalo pemimpin kuat rasuah tapi pengikut tetap sokong jugak namenye ape ehhh? :D

jawapannya, "UMNO FOREVER" "HIDUP MELAYU!!!"

keh keh keh :))
 
Last edited:

yid

Active Member
Joined
Aug 31, 2008
Messages
1,795
Reaction score
5
Points
25
UMNO dan rasuah adalah umpama irama dan lagu tak dapat dipisahkan.
Kalau dak pemimpinnya kuat rasuah akar umbi kenalah ikut....
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
jawapannya, "UMNO FOREVER" "HIDUP MELAYU!!!"

keh keh keh :))

AF mesti x setuju dgn ko nanti...bile bedebat dah nak kalah je kata org lain sume boddoh. :)) tak boleh belah..persoalan x akan dijawab. sebijik mcm bijan :))
 

Emie

Legendary Member
Joined
Jul 19, 2007
Messages
11,955
Reaction score
71
Points
120
UMNO dan rasuah adalah umpama irama dan lagu tak dapat dipisahkan.
Kalau dak pemimpinnya kuat rasuah akar umbi kenalah ikut....

kalau dipisahkan..itu bukan parti UMNO...:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register