BTC USD 28,164.5 Gold USD 1,966.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Politik wang faktor utama tsunami politik PRU15' - Ahmad Zahid

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

'Politik wang faktor utama tsunami politik PRU15' - Ahmad Zahid​

Januari 9, 2023 @ 10:51pm

(Gambar fail) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - FOTO BERNAMA


(Gambar fail) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Politik wang didakwa menjadi faktor utama 'tsunami politik' yang mengakibatkan kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), apabila gabungan itu hanya mampu memenangi 30 kerusi Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa 'kuasa beli luar biasa' daripada parti lawan menyebabkan pengundi berubah sikap dan gagal menilai prestasi politik khidmat yang dilaksanakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, amalan politik wang perlu dibanteras, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, tahun ini.

"Daripada pemerhatian dilakukan, terutama apabila Ahli Parlimen atau ADUN menyantuni rakyat dengan memberi perkhidmatan sepanjang tempoh lima tahun... panas sepanjang lima tahun tetapi hujan tiga hari.




"Khidmat selama lima tahun tetapi apabila 'hujan' terlalu lebat berderai-derai dengan kuasa beli yang berlebihan, tentunya ia mengubah sikap dan minda (rakyat) terhadap khidmat politik yang diberikan.

"Ini gagal dilihat sebarang penganalisis politik. Ini faktor penolak utama yang menyebabkan kononnya berlaku tsunami politik.

"Apabila faktor hadiah wang menjadi asas kepada sikap perubahan politik, maka ia harus dibanteras sepenuhnya sekurang-kurang untuk PRN di enam negeri dalam waktu terdekat ini, atau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) jika ada Ahli Parlimen atau ADUN yang 'dipanggil lebih awal' atau pada PRU16 akan datang," dakwanya pada program bual bicara Naratif Khas yang disiarkan RTM1, malam ini.

Ditanya sama ada kerjasama antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan akan diteruskan pada PRN nanti, Presiden UMNO itu menyatakan hasrat untuk melihat kestabilan politik pada peringkat Persekutuan turut diwujudkan di negeri.

Ahmad Zahid menjelaskan, kestabilan politik di seluruh negara adalah penting bagi mengelak rakyat diheret dalam pelaksanaan pilihan raya berulang kali sehingga menjejaskan kepercayaan mereka terhadap sistem dan ahli politik.

"Pendirian BN yang ditunjangi UMNO ialah kita harus elakkan rakyat dibebani semula dengan proses pilihan raya.

"Tentunya proses yang berjalan dalam dua tahun setengah yang lalu tidak harus diadakan semula.

"Paling penting ialah bagaimana semua harus akui kestabilan politik yang wujud di Pusat, haruslah wujud di semua negeri," katanya.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Muhyiddin Yassin

41m ·

FITNAH TERHADAP BERSATU

1.YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah membuat kenyataan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM600 billion telah diselewengkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa saya menjadi Perdana Menteri.

2. Kenyataan itu jelas palsu apabila mantan Menteri Kewangan kerajaan PN, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, mengesahkan bahawa segala perbelanjaan yang melibatkan 8 Pakej Rangsangan Ekonomi diurus secara telus. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini.
(https://www.sinarharian.com.my/.../tengku-zafrul-sahkan... )

Tengku Zafrul kini adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kabinet kerajaan PH-BN.

3.Kemudiannya, isu RM600 bilion tidak disebut lagi. Ini kerana sebahagian besar daripada jumlah ini adalah berbentuk non-fiskal, iaitu bukan perbelanjaan dana kerajaan. Ini termasuklah moratorium bank dan pengeluaran KWSP yang tidak melibatkan wang kerajaan.

4.Dana yang berbentuk fiskal, iaitu yang melibatkan wang kerajaan ialah sebanyak RM92.5 bilion. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, jumlahnya RM83 bilion tetapi telah meningkat selepas itu.

5. Kerana itulah, tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan BERSATU kini tertumpu kepada dakwaan penyelewengan dana berjumlah RM92.5 bilion. Kononnya, saya telah mengarahkan individu tertentu untuk mengutip 3%-5% komisen daripada keseluruhan dana ini untuk dimasukkan ke dalam akaun BERSATU. Jadi, atas andaian ini mereka memfitnah kononnya BERSATU mempunyai dana pilihanraya berjumlah RM4.5 bilion yang digunakan semasa PRU-15.

6. Kerana itulah PN dikatakan berbelanja besar dan mewah semasa PRU-15 yang lalu sehingga ada pemimpin politik BN menuduh PN membeli undi untuk menang.

7. Ini adalah suatu pembohongan maha dahsyat yang disandarkan kepada cerita rekaan atas rekaan. Penyelewengan dana RM92.5 bilion itu adalah satu rekaan. Perbelanjaan fiskal di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi bukan dalam bentuk projek yang boleh diselewengkan, tetapi sebahagian besarnya adalah pemberian tunai langsung kepada rakyat (direct cash transfer) seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Geran Prihatin dan Subsidi Upah. Bagaimana dana ini boleh diseleweng jika ia merupakan pemberian tunai langsung kepada rakyat?

8. Kutipan komisen 3%-5% daripada perbelanjaan fiskal ini juga adalah rekaan. Bagaimana saya boleh kutip komisen daripada perbelanjaan ini? Adakah 10.6 juta rakyat yang menerima BPN memberi komisen kepada saya? Adakah 2.96 juta pekerja yang menerima subsidi upah memberi komisen kepada saya? Tentu sekali tidak.

9. Jadi kalau mereka tidak memberi komisen kepada saya seperti yang didakwa, dari mana datangnya RM4.5 bilion untuk BERSATU yang kononnya diseleweng daripada dana RM92.5 bilion itu? Ini jelas merupakan satu cerita rekaan yang karut dan merepek. Hakikatnya, tidak ada dana RM4.5 bilion dalam akaun BERSATU atau akaun saya.

10. Sebagai sebuah parti politik, BERSATU mempunyai dana hasil sumbangan pihak-pihak yang menyokong perjuangan BERSATU. Akaun parti BERSATU diurus secara telus di mana setiap terimaan dan perbelanjaan direkod, diaudit dan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan mengikut kehendak perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

11. Sumbangan untuk dana pilihan raya juga dimasukkan ke dalam akaun parti. Walaupun negara kita masih belum mempunyai undang-undang pendanaan politik, saya percaya setiap sumbangan yang diterima oleh BERSATU tidak menyalahi mana-mana undang-undang atau peraturan yang sedang berkuatkuasa.

12. Mengenai perbelanjaan pilihan raya PN yang dikatakan mewah dengan bendera, baju dan “merchandise” yang banyak, saya hendak ceritakan perkara yang sebenarnya. Sebagai langkah penjimatan, BERSATU telah mencetak bendera dan merchandise PN secara “bulk order” dua tahun lebih awal dengan kos hampir empat kali ganda lebih murah berbanding jika ia dicetak hampir dengan tarikh pilihan raya.

13.Sebab itulah PN membuat keputusan untuk tidak menukar bendera dan logo yang digunakan dalam PRU-15 walaupun ada cadangan sedemikian. Ini kerana kita telah menyimpan stok lebih awal. Jika hendak dicetak semula, semua stok yang ada akan dibazirkan selain perlu menanggung kos yang berkali ganda lebih tinggi untuk mencetak bendera dan “merchandise” yang baharu. PN tidak ada dana untuk tujuan itu.

14. Jadi, janganlah reka cerita palsu dan menabur fitnah kononnya BERSATU mempunyai dana berbilion ringgit semata-mata untuk mencemarkan imej BERSATU dan PN.

15. Apa motif PH-BN hampir setiap hari melemparkan tohmahan terhadap PN dan secara berterusan melakukan witch-hunting? Yang terkini, penahanan reman Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut untuk tujuan siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan dana RM92.5 bilion juga dikaitkan dengan saya.

16. Jawapannya mudah. PH-BN takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mereka gelisah melihat PN mendapat sokongan sekurang-kurangnya 62% orang Melayu dan Bumiputera dalam PRU-15. Dengan tindakan BN bergabung dengan PH, sokongan kepada gabungan yang terbentuk atas pembohongan kepada pengundi ini akan lebih merosot, sepertimana yang terbukti dalam PRK Padang Serai dan PRK Tioman.

17. Jadi saya fikir mereka gentar menghadapi kemaraan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam buah negeri di Semenanjung Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kerana itu, kerajaan PH-BN akan terus melakukan pembunuhan karakter (character assasination) terhadap PN dan saya dengan melemparkan pelbagai tohmahan jahat yang tidak berasas.

18. Saya tidak menolak kemungkinan tohmahan penyelewengan RM600 bilion direka supaya tindakan undang-undang terhadap BERSATU dapat diambil dengan tujuan untuk melemahkan jentera pentadbiran BERSATU sehingga sukar menghadapi PRN akan datang. Saya harap ini tidak benar dan menyerahkan kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil.

19. Saya yakin siasatan SPRM setakat ini akan mendapati bahawa tohmahan terdapat RM4.5 bilion dalam akaun BERSATU atau akaun saya adalah palsu. Saya tidak pernah mengambil walau satu sen pun wang yang bukan hak saya.

20. Sehubungan itu, BERSATU akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam menjalankan siasatan.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
10 Januari 2023
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Azizi Safar

26 Disember 2022 pada 10:37 PTG ·

GELI-GELI POLITIK UMNO

Sejak 2018 di bawah Zahid Hamidi sebagai Presiden, sudah beberapa kali UMNO melakukan pindaan kepada Perlembagaannya. Rombak, pinda dan tambah klausa itu ini.

Tempoh penggal Jawatankuasa UMNO di semua peringkat kini telah dilanjutkan ke maksimum 5 tahun. Sebelum pindaan hanya 3 tahun sahaja. Satu pemilihan UMNO di antara dua Pilihan Raya Umum Persekutuan.

Apakah UMNO telah jadi lebih kuat selepas semua pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan?
Tidak.

Pada PRU14 (2018), UMNO menang 54 kerusi Parlimen. Pada PRU15 (2022), UMNO hanya menang 26 kerusi Parlimen. Merosot.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan diadakan pada Januari 2023, beberapa klausa dalam Perlembagaan UMNO akan dipinda.

Selain itu akan diadakan klausa baharu bagi menghalang Ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO menukar parti, dan akur kepada arahan (kepimpinan) parti.

Tujuan pindaan atau tambahan klausa adalah supaya Perlembagaan UMNO mampu menutup lompong-lompong dalam undang-undang Anti Lompat Parti yang diluluskan Parlimen sebelum ini.

Ada pemimpin tinggi UMNO kata, ahli-ahli UMNO perlu bermuhasabah diri supaya UMNO boleh bangkit semula pada PRU16 nanti.

Pemimpin yang sama pada 2018 memperkenalkan slogan Bangkit Kembali, tapi tak kembali bangkit semula UMNO pada 2022 (PRU15). Lebih tertiarap lagi ada.

Ramai ahli-ahli UMNO di akar umbi bertanya, apakah UMNO boleh kembali bangkit dengan bernaung di bawah ketiak Pakatan Harapan selepas PRU15?

Ramai juga jawab, TIDAK.

Ahli-ahli UMNO perlu bermuhasabah diri, itu betul. Ahli-ahli UMNO juga perlu lakukan introspeksi. Akui kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, dan bersedia melakukan perubahan-perubahan yang perlu supaya UMNO boleh kembali mendapat sokongan rakyat.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Ab Jalil Backer

30 Disember 2022 pada 6:03 PTG ·

Saya sering membaca komen sebegini - Datuk Seri Ahmad Zahid selamatkan UMNO.
Selamatkan UMNO macam mana kalau dari 54 kerusi tinggal 26?
Selamatkan UMNO macam mana kalau sepanjang 4 tahun ini lebih kurang RM500 juta wang dan aset UMNO telah dibelanjakan.
Sebenarnya UMNO yang selamatkan Ahmad Zahid.

Ab Jalil Backer

6h ·

#AsalBukanZahid

Lokman Adam tanya kenapa lancar kempen asal bukan zahid.
Jawapan mudah saja. Sudah dua kali UMNO kalah dalam PRU menggunakan strategi Datuk Seri Ahmad Zahid.
Dalam PRU14, Ahmad Zahid buat strategi 2314. Beliau cadang dan susun strategi parti konon untuk menang 2/3 dalam PRU14.
Hasilnya kita hilang majoriti.
Dalam PRU15, Ahmad Zahid buat strategi baharu. Go Solo, letak calon sesuka hati dan kempen rakyat rindu BN kembali.
Hasilnya? Tinggal 30 kerusi sahaja.
Tidak perlu naratif lain, naratif ini sahaja sudah cukup untuk menolak Ahmad Zahid.
 

Fayafa

Active+ Member
gem
Messages
2,988
Joined
May 21, 2017
Messages
2,988
Reaction score
1,112
Points
111

'Politik wang faktor utama tsunami politik PRU15' - Ahmad Zahid​

Januari 9, 2023 @ 10:51pm

(Gambar fail) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - FOTO BERNAMA


(Gambar fail) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Politik wang didakwa menjadi faktor utama 'tsunami politik' yang mengakibatkan kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), apabila gabungan itu hanya mampu memenangi 30 kerusi Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa 'kuasa beli luar biasa' daripada parti lawan menyebabkan pengundi berubah sikap dan gagal menilai prestasi politik khidmat yang dilaksanakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, amalan politik wang perlu dibanteras, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, tahun ini.

"Daripada pemerhatian dilakukan, terutama apabila Ahli Parlimen atau ADUN menyantuni rakyat dengan memberi perkhidmatan sepanjang tempoh lima tahun... panas sepanjang lima tahun tetapi hujan tiga hari.




"Khidmat selama lima tahun tetapi apabila 'hujan' terlalu lebat berderai-derai dengan kuasa beli yang berlebihan, tentunya ia mengubah sikap dan minda (rakyat) terhadap khidmat politik yang diberikan.

"Ini gagal dilihat sebarang penganalisis politik. Ini faktor penolak utama yang menyebabkan kononnya berlaku tsunami politik.

"Apabila faktor hadiah wang menjadi asas kepada sikap perubahan politik, maka ia harus dibanteras sepenuhnya sekurang-kurang untuk PRN di enam negeri dalam waktu terdekat ini, atau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) jika ada Ahli Parlimen atau ADUN yang 'dipanggil lebih awal' atau pada PRU16 akan datang," dakwanya pada program bual bicara Naratif Khas yang disiarkan RTM1, malam ini.

Ditanya sama ada kerjasama antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan akan diteruskan pada PRN nanti, Presiden UMNO itu menyatakan hasrat untuk melihat kestabilan politik pada peringkat Persekutuan turut diwujudkan di negeri.

Ahmad Zahid menjelaskan, kestabilan politik di seluruh negara adalah penting bagi mengelak rakyat diheret dalam pelaksanaan pilihan raya berulang kali sehingga menjejaskan kepercayaan mereka terhadap sistem dan ahli politik.

"Pendirian BN yang ditunjangi UMNO ialah kita harus elakkan rakyat dibebani semula dengan proses pilihan raya.

"Tentunya proses yang berjalan dalam dua tahun setengah yang lalu tidak harus diadakan semula.

"Paling penting ialah bagaimana semua harus akui kestabilan politik yang wujud di Pusat, haruslah wujud di semua negeri," katanya.

mengata diri seniri ka tu?😂😂😂😂😂
 
Sponsored Post

Top
Log in Register