BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik wang amalan bangsa Yahudi -Pemuda PAS

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,149
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,149
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
Politik wang amalan bangsa Yahudi

Yusman AwangAugust 20, 2024

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, politik wang adalah menjadi amalan bangsa Yahudi dan itulah salah satu sebab yang menjadikan mereka kumpulan paling dimurkai oleh Allah SWT.

Itu penegasan beliau yang menyatakan bahawa terdapat banyak jenis ‘najis’ politik yang merosakkan terutamanya politik wang yang menggunakan ‘duit’ sebagai ganjaran atau umpan untuk memperoleh sokongan dari segi undian.

Menurutnya, (jenis ‘najis’ politik) kedua pula ialah adalah politik ‘projek’ iaitu menjanjikan ‘projek-projek’ tertentu sebagai imbalan atau ganjaran sekiranya memberikan undi kepada pihak tertentu. Malangnya janji hanya tinggal janji.

“ (Yang) Ketiganya, politik ‘tata ke laut’, iaitu menggunakan ‘prasarana awam’ untuk kepentingan pihak tertentu.

“Berpegang dengan prinsip ‘ini harta ayah saya yang punya’ lalu digerakkan segala jentera awam yang ada dengan paksaan bagi menjayakan kehendak mereka,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial miliknya.

Selain itu, tambah beliau,‘najis’ politik keempat ialah politik ‘rasuah’ yang dilabelkan sebagai ‘yang paling merosakkan’.

“Politik ‘rasuah’ membantutkan pertumbuhan ekonomi negara serta menafikan hak rakyat dan contohnya suapan yang diberikan dalam berbentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah atau diskaun,” tegas beliau.

Di samping itu, beliau merujuk ‘najis’ politik kelima ialah politik ‘matlamat menghalalkan cara’ iaitu memastikan dengan apa cara sekalipun supaya ‘kuasa’ tersebut mesti diperoleh sama ada caranya haram mahupun salah ianya tidak diendahkan.

“Akhirnya menjadikan rakyat dan anak muda muak dengan politik negara. Sedangkan amal politik adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam yang disebut dengan istilah khilafah.

“Allah SWT menegaskan bahawa politik menjadi salah satu daripada tujuan manusia diciptakan berada atas muka bumi di alam dunia ini.

“Khilafah itu ialah politik mentadbir negara bersama Islam, dijanjikan pahala paling besar kepada sesiapa yang menunaikannya kerana berpandukan hidayah Allah SWT supaya berlaku adil kepada seluruh manusia,” jelasnya.

Sehubungan itu menurut beliau, politik Islam meletakkan asas dosa dan pahala, syurga dan neraka, kenikmatan dan kesengsaraan yang menjadikan ahli politik itu jujur dan amanah dalam tanggungjawab yang diberikan.

“Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ‘Para Nabi menjadi pemimpin politik dalam kalangan Bani Isra’il (bangsa Yahudi)’.

“Kembalikan semula kepada politik Islam yang berpandukan hidayah Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2024
 
Sponsored Post

Penghulu kepada segala politik wang...
:ROFLMAO:

PW.jpg
 
Sembang mcm tgh hidu dunlop lah pemuda pun.

Konon, Di samping itu, beliau merujuk ‘najis’ politik kelima ialah politik ‘matlamat menghalalkan cara’ iaitu memastikan dengan apa cara sekalipun supaya ‘kuasa’ tersebut mesti diperoleh sama ada caranya haram mahupun salah ianya tidak diendahkan.

Padahal jadikan bapak segala Michivelian sbg penasihat. Nah, kot2 @zackpenang nk video.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register