BTC USD 42,864.5 Gold USD 1,817.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik Bangsa Terkejut Yang Mudah Terpesona Pada Jenaka

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
Barangkali wajar disaran dan diperteguhkan kepada ramai orang khususnya para peminat siasah bahawa memahami politik di negara ini sangat mencabar. Anda tidak akan dapat memahami dengan hanya menyelami pemikiran orang seperti Al-Farabi atau Nietzsche, atau Plato, Rousseau, Kant, Plutarch dan yang seumpama dengan mereka. Menekuni otak pemikir yang sudah ketinggalan zaman itu untuk memahami politik Malaysia - khususnya orang Melayu - adalah kerja sia-sia. Mungkin sama sia-sianya berharap PAS mengakui mereka tersilap. Tidak dapat dipastikan apakah istilah yang paling tepat untuk menjelaskan politik di negara ini: sama ada terlalu kompleks, atau bahkan iaitu sebaliknya terlalu polos.

Politik di negara ini mungkin bermula, berkembang dan menjadi dewasa sama seperti politik di negara-negara lain. Pada satu ketika ia berada dalam kerangka pemikiran ahli-ahli falsafah yang terkenal. Sehinggalah datang dekad yang aneh. Ia bermula sejak bertahun-tahun silam sebagai dekad politik terkejut. Ia bukanlah berkembang secara mendadak bahkan sangat perlahan. Lebih perlahan dan berahsia daripada api di dalam sekam. Misalnya kita dikejutkan dengan peletakan jawatan seorang perdana menteri ketika tidak ramai yang mahu dia berbuat demikian. Hal itu mengejutkan kerana sebelumnya orang memaksa perdana menteri itu berhenti tetapi dia enggan. Ia bukanlah yang pertama, tetapi kejadian tersebut adalah antara natijah politik terkejut.


Pokok Nak Tumbang Dapat Topang

Pelbagai kejadian terkejut lain kemudian berlaku sehinggalah pada 2018 apabila BN tiba-tiba kalah. Kalah mengejutlah, apa lagi. Ia suatu episod yang lebih parah apabila Pakatan Harapan (PH) sendiri terkejut dengan kemenangan mereka. Kemudian kita pun terkejut apabila PH yang memenangi pilihan raya umum (PRU) dengan bergaya tiba-tiba dijatuhkan pada 2020. Lebih mengejutkan ialah, antara yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan memiliki mandat rakyat itu ialah orang yang terkejut pada 2018.

a616da6e91b7c0845bc71b6949c5a6a3.jpeg


Kemudian datanglah kejutan-kejutan lain. Menteri Besar Perak dijatuhkan dengan kerjasama parti dalam kerajaan dan pembangkang. Salah satu parti itu sebenarnya sudah ada dalam kerajaan, tetapi mereka menjatuhkan menteri besar yang pernah mereka sokong. Selepas Ahmad Faizal Azumu disingkirkan dari kerusi menteri besar, dia kemudian menyokong pula tokoh dan parti yang menyebabkan dia terpelanting. Fiil sebuah parti lain yang bukan main garang pada awal kejatuhan itu tiba-tiba menjadi mandom pula - perlu diakui - tidaklah mengejutkan.

Malam tadi, BN yang sudah kalah pada 2018 tiba-tiba mendapat kembali kuasanya di Melaka. Ia kira-kira sama seperti sebatang pokok yang condong dan menanti masa untuk tumbang tiba-tiba tegak dengan bagak. Terkejut lagi kita. Memanglah suatu ketika dulu BN seakan-akan sebatang pokok berhantu yang menunggu saat menyembah bumi. Tiba-tiba ada orang dengan takzim menjadi penopang. Ia perbuatan yang sangat berjasa, cuma dia nampak seperti tidak setia.

Terkejut lagi.

1df75b8c3594140b25bcf4c9473e4997.jpg


Selain itu di sela-sela rasa terkejut berkenaan, politik negara - yang ini masih baru - juga dibentuk oleh seni lawak jenaka, hasut maya (troll) dan lelucon. Tidak menyedari ada wang berjuta-juta menyelinap memasuki akaun peribadi, misalnya. Atau bagaimana ada badan kebajikan beroperasi dengan lihai sehingga pejabatnya pun sukar dikesan.


Jauh Ke Tengah Laut

Juga ada orang politik yang dengan selamba memberitahu kepada dunia bahawa RM2 juta itu adalah wang koceknya. Ia berlaku ketika begitu ramai anak sekolah yang terpaksa bergantung kepada ihsan orang lain untuk mengisi perutnya pada setiap pagi. Dan jangan memandang rendah politik lawak itu. Ia ternyata memberi kesan yang luar biasa dan - sudah tentu - mengejutkan. Diyakini antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan bergaya BN di Melaka semalam ialah politik lawak dan hasut maya itulah. Lihatlah bagaimana ratusan ribu orang terpesona dengan jenaka menebal muka yang dihidangkan sehingga mereka menganggap apa saja selain lelucon itu adalah tidak penting.

cdacfb1e0911e882aadacc7398334b45.jpg


Lantaklah ada kes mahkamahkah, ada misteri yang belum terjawabkah, berkendak dalam khemah politik yang songsangkah, semuanya tidak penting. Kerana yang teratas dalam hidup ialah kita perlu ketawa, ketawa dan terus ketawa. Kuasa wajib diberikan kepada pihak yang mampu menggeletek perasaan lucu kita. Ia semudah itu, atau sebenarnya, serumit itu. Perikatan Nasional (PN) menyangka mereka mampu mengekang jenaka BN. Ternyata mereka silap. Entah siapa yang jadi penasihat. Strategi PN mahu memenangi Melaka dengan isu wibawa ternyata diterbangkan ribut ke tengah laut. Cuma tidaklah dapat dipastikan sama ada PN terkejut atau tidak.

Nasib baik juga Idris Haron itu namanya Idris Haron, bukan Mahathir Mohamad. Jika tidak, kita ada satu lagi lelucon teori konspirasi iaitu jatuh bangunnya Umno-BN di Melaka adalah hasil jasa kerja buat Mahathir. Dan untuk jenaka tambahan, bolehlah baca komen-komen yang ditinggalkan di bawah pulasan ini, yang sesetengahnya dibuat secara terkejut kerana ditulis sebelum membaca keseluruhan kandungannya. Apakah pengajaran yang boleh diambil dari Melaka? Ada banyak tetapi cukuplah disebutkan beberapa saja untuk kali ini. Pertama, PN sebenarnya memiliki ramuan yang baik untuk mendapat sokongan. Sungguh. Ini bukan satu lagi jenaka. Malangnya ramuan itu tidak lengkap kerana ia hanya sebahagian saja. Separuh lagi ada pada PH. Tapi itulah, siapa yang mahukan PH, kan?

83d0a43be2fa5f7bb2ad5e28c62fd4e5.jpg


Kedua, dalam amalan demokrasi yang penuh dengan unsur terkejut dan lucu di negara ini, sangat penting memasuki pilihan raya ketika sesebuah parti memiliki kuasa. Ingat, ini adalah pesanan yang jujur lagi ikhlas. Ia menjadi lebih mendesak apabila gelanggang politik di negara ini penuh dengan tipu daya, helah, mehnah dan tribulasi yang lucu. Misalnya, kebanyakan kita memikirkan faktor bangsa lebih utama semasa membuat pertimbangan berbanding aspek lain, waima kredibiliti. Dan definisi "bangsa" itu pula dibingkaikan dengan penuh indah melalui naratif sistematik. Kerana itulah juga PN itu wujud, kan?

Dan kita tidak perlu terkejut jika negara ini memerlukan beberapa generasi lagi untuk melihat keadaan yang ada ini berubah. Sementara itu, kita semua perlu hidup dalam keadaan sentiasa gamang melihat dalamnya gaung bernama zulmat yang ada nun di bawah sana.

Bertabahlah Malaysia.

Artikel asal https://www.malaysiakini.com/news/600054
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
Yang Tewas & Menang Besar Pada PRN Melaka

Negeri Melaka mencatatkan beberapa kejutan berikutan kemenangan besar Umno dan rakan-rakan komponennya dalam BN pada pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung semalam. Ia merupakan kemenangan dalam PRN paling penting sejak pilihan raya umum (PRU) 2018 dan berkemungkinan mempunyai implikasi yang jauh lebih besar. Malaysiakini meneliti bagaimana keputusan pada PRN ini boleh memberikan kesan kepada tokoh-tokoh politik utama negara.


Pemenang - Najib & Zahid

Kemenangan besar di Sabah dan diikuti dengan kemenangan lebih besar di Melaka jelas menunjukkan bahawa dua tokoh Umno - presidennya Ahmad Zahid Hamidi dan penasihat BN Najib Razak - berjaya mengekalkan populariti mereka meskipun terpalit dakwaan rasuah. Momentum daripada dua pilihan raya penting ini akan menjadi pencetus semangat kepada kedua-dua mereka bagi memastikan kemenangan BN seterusnya di Putrajaya. Walaupun Najib disabitkan bersalah di mahkamah dan terpalit dengan kontroversi memohon hartanah bernilai RM100 juta daripada kerajaan persekutuan, hal itu ternyata tidak memberikan sebarang kesan.

2f18edbfbb6607a46e612bd2ec694c5b.jpg


Bagi Zahid, dia kini berjaya menunjukkan kepimpinannya mulai membuahkan hasil. Hal ini mungkin menjejaskan pencabarnya dalam majlis tertinggi Umno yang sebelum ini menggesa kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).


Tewas - Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mencatatkan prestasi terburuk dalam kerjaya politiknya. Awal tahun lalu, dia dinamakan sebagai calon perdana menteri tetapi "Langkah Sheraton" akhirnya menjadikannya sebagai ketua pembangkang. Akhir tahun lalu, Anwar mendapat malu besar selepas dakwaannya memiliki majoriti yang "kukuh dan meyakinkan" untuk menawan Putrajaya tidak menjadi kenyataan.

1dfb1ee196ee370871711192debc525a.jpg


Menjelang PRN Melaka, Anwar berkeras bahawa PN boleh menerima "katak politik" sebagai calon, walaupun menerima amaran daripada rakan gabungannya, DAP. Berikutan kekalahan PKR pada PRN Melaka, Anwar kini perlu menjawab kepada akar umbi semasa pemilihan parti itu akan datang.


Tewas - Abdul Hadi Awang

Presiden PAS Abdul Hadi Awang meyakinkan partinya untuk membelakangkan kerjasama dalam Muafakat Nasional bersama Umno demi memihak kepada PN yang masih belum teruji. Berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin yang pro-Umno dalam PAS, namun mereka dikalahkan semasa pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini.

42fc76489bb7bf59ded60630c4fa26ca.jpg


Abdul Hadi kini berada dalam kedudukan yang lebih lemah sekiranya dia cuba berunding semula dengan Umno.


Tewas - Idris Haron

PRN ini tidak akan berlaku jika Idris Haron tidak menarik balik sokongan kepada Sulaman Md Ali sebagai ketua menteri. Dengan cita-cita untuk menjadi ketua menteri sekali lagi, strategi Idris bertukar parti tidak menjadi.

260ecfce230fd3cc946e003486c6c593.jpg


Kerjaya politik Idris naik mendadak dan pernah menjadi timbalan menteri di peringkat persekutuan. Kini, buat pertama kali sejak 2004, dia bukan lagi wakil rakyat yang dipilih mahupun memegang mana-mana jawatan dalam parti. Pada usia 55 tahun, Idris masih agak muda dalam politik namun pada masa ini, dia perlu bangkit semula.

Artikel asal https://www.malaysiakini.com/news/600060
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,981
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
46,981
Reaction score
2,748
Points
261
Awards
1
Tanpa atok dalam PH.

Bungkus terus la.

PRU-14 pun patutnya lama dah bungkus.

Atok jadi tangki oksigen 🤭
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,470
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,470
Reaction score
4,043
Points
261
Awards
1
Tanpa atok dalam PH.

Bungkus terus la.

PRU-14 pun patutnya lama dah bungkus.

Atok jadi tangki oksigen 🤭
Terbukti karisma Anwar hanya wow atas atas pentas.....resultnya mcm PRN Melaka....
 

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,058
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
24,058
Reaction score
3,101
Points
266
Awards
1
Tanpa atok dalam PH.

Bungkus terus la.

PRU-14 pun patutnya lama dah bungkus.

Atok jadi tangki oksigen 🤭
Nampak kan pengaruh atuk
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,855
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,855
Reaction score
2,715
Points
261
Awards
1
Lepas ni Pm zahid plak maju la melayu bwh umno selamanya
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
Masa Depan Anwar Makin Malap Selepas PKR Kalah Teruk Di Melaka

Gesaan senyap supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) diganti timbul kembali susulan kegagalan PKR memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berakhir semalam, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan dalaman parti itu.

Beberapa pemimpin dan aktivis kanan PKR yang kekal bersama parti sejak ditendang keluar dari Putrajaya pada 2020 turut mempersoalkan keupayaan Anwar untuk mengetuai gabungan itu, mengatakan parti itu akan berdepan “kesukaran” dalam menghadapi sekutu-sekutunya terutamanya DAP bagi membincangkan peruntukan kerusi yang memiliki populasi campuran kaum pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sekurang-kurangnya dua ahli Parlimen PKR yang dihubungi MalaysiaNow enggan mengulas, sementara seorang lagi berkata kajian post-mortem akan dilaksanakan dalam beberapa hari yang akan datang “bagi membincangkan kembali persoalan mengenai pemimpinnya yang menjadi imej parti.” PKR tewas di kesemua 11 kerusi ditandinginya walaupun diperuntukkan paling banyak kerusi daripada rakan sekutunya dari Amanah yang menang satu kerusi sementara DAP empat kerusi.

Walaupun beberapa kekalahan terburuknya menunjukkan penolakan kuat daripada pengundi Melayu, parti itu juga turut kalah di Machap Jaya. Machap Jaya adalah sebuah kerusi penting kerana ia adalah satu-satunya kerusi majoriti bukan Melayu yang ditandingi PKR.

Tujuh lagi kerusi majoriti bukan Melayu ditandingi DAP, yang memenangi empat daripadanya.

“Seperti di seluruh negara, sudah jadi cabaran bagi PKR untuk dapatkan kerusi yang didominasi kaum Cina atau malah berbilang kaum, kerana kerusi ini dituntut oleh DAP pada setiap pilihan raya semasa perbincangan pembahagian kerusi,” kata seorang bekas ahli PKR yang pernah terlibat dalam pembahagian kerusi antara parti PH. Kekalahan di Machap Jaya hanya akan mengukuhkan hujah DAP untuk tidak berikan kerusi kepada PKR dan Amanah jika ia berkait dengan kerusi majoriti bukan Melayu,” katanya.

PKR ditubuhkan sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 1999 oleh penyokong Anwar, beberapa bulan selepas beliau dipecat Dr Mahathir Mohamad dan kemudian disabitkan dan dipenjarakan atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa.
Sejak itu, parti itu mengekalkan imejnya sebagai parti Anwar, dengan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuan mereka Nurul Izzah diberi peranan penting.

Gesaan supaya Anwar berundur bukanlah perkara baru. Ogos lalu, kegagalannya mengumpul sokongan yang cukup daripada ahli Parlimen pembangkang bagi mengisi kekosongan jawatan perdana menteri susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin mencetuskan perdebatan sama ada beliau masih relevan.

Pengkritik sosial terkemuka Chandra Muzaffar, yang merupakan salah seorang penggerak awal gerakan reformasi turut bersetuju bahawa keputusan PRN akan menghantui Anwar dengan persoalan yang ditimbulkan mengenai peranannya dalam mencetuskan pilihan raya semasa pandemik Covid-19.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini, Anwar memberi tumpuan terutamanya dalam usaha mendapatkan angka di Dewan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan hari ini. Sesetengah pengundi tidak menyukai cadangan ini,” kata Chandra yang ditugaskan menggubal perlembagaan PKN sewaktu penubuhannya dua dekad lalu.

Beliau berkata kestabilan politik adalah kebimbangan asas kepada pengundi, sambil menambah antara punca PKR dihukum adalah disebabkan peranan presidennya dalam mencetuskan PRN semasa wabak.

“Ramai yang memutuskan untuk menentang orang yang menjatuhkan kerajaan negeri Melaka beberapa minggu lalu. Beberapa pemimpin BN sebenarnya meminta pengundi menghukum mereka yang menyebabkan ketidakstabilan di negeri itu,” tambahnya kepada MalaysiaNow.

Pemeriksaan MalaysiaNow mendapati di kawasan-kawasan ditandingi PKR, PH menduduki tempat terakhir dalam kalangan tiga gabungan utama, memperoleh 16.3% undi popular, di belakang Perikatan Nasional yang dianggap “underdog” yang memperolehi 18.7%.

Malahan, langkahnya untuk meletakkan nama besar seperti bekas ketua menteri dan bekas pemimpin Umno Idris Haron di Asahan, atau ahli Parlimen yang juga Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mat Akin di Paya Rumput, ternyata gagal memberikan sebarang kerusi untuk PKR. Di Tanjung Bidara, di mana peratusan pengundi Melayu adalah tertinggi di Melaka, Zainal Hassan dari PKR kehilangan deposit apabila memperoleh hanya 489 undi.

Chandra berkata, kegagalan PKR memenangi mana-mana kerusi juga adalah bukti penolakan berterusan oleh orang ramai.

“Bagi ramai pengundi Melayu, persekongkolan PKR dengan DAP adalah satu yang dibenci,” katanya.

Sementara itu, seorang bekas ahli Parlimen PKR berkata sebarang bedah siasat mengenai kekalahannya di Melaka tidak boleh mengabaikan persoalan kepimpinan pusat parti itu.

“Jawapan mengapa kami kalah di Melaka berada di luar negeri itu, dan bedah siasat yang jujur akan tunjukkan beberapa kebenaran yang pahit ditelan,” katanya.

“Beberapa nama besar kalah. Pimpinan perlu lakukan muhasabah, mungkin mereka perlu memikirkan sebab utama mengapa parti dibentuk.”
1637471215453.png

Artikel asal https://www.malaysianow.com/berita/...akin-malap-selepas-pkr-kalah-teruk-di-melaka/
 

AdiWalter

Fun Poster
Messages
910
Joined
Jul 15, 2021
Messages
910
Reaction score
138
Points
23
karangan sape pulak nie


hahahahaha.. tak habis2 modal sama

malaysiakini nak lawan arus ke tu.. wakakakak.. lidah khinzir
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register