akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,675
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,675
- Reaction score
- 6,477
- Points
- 881
- Awards
- 1
Polis UK, penunjuk perasaan bertempur selepas pembunuhan kanak-kanak
Orang ramai menghadiri majlis memperingati mangsa serangan pisau di Southport, Britain. - Foto REUTERS
SOUTHPORT: Sekumpulan besar penunjuk perasaan anti-Islam bertempur dengan polis semalam berikutan tragedi tiga kanak-kanak perempuan yang mati ditikam selain lima lagi cedera parah dalam satu serangan.
Kes tikaman yang mengerikan dan mengejutkan negara itu berlaku ketika kanak-kanak berkenaan menyertai acara tarian bertemakan Taylor Swift pada Isnin di Southport iaitu sebuah bandar di utara Liverpool.
Polis memaklumkan bahawa kes berkenaan tidak dikaitkan dengan kegiatan pengganas dan suspek dilahirkan di United Kingdom (UK).
Namun, kumpulan sayap kanan mendakwa suspek remaja berkenaan terbabit dengan kumpulan pelampau Islam dan polis berkata kejadian semalam itu tercetus apabila beberapa ratus orang mula membaling objek ke sebuah masjid.
Polis mengaitkan kumpulan penunjuk perasaan itu dengan Liga Pertahanan Inggeris, sebuah kumpulan yang kadang kala mengadakan demonstrasi ganas menentang Islam.
Dalam kejadian itu, kenderaan polis turut dirosakkan dan dibakar, manakala anggota polis pula dibaling dengan batu serta tong sampah besar.
Satu video yang dimuat naik dalam talian menunjukkan kumpulan itu melaungkan slogan 'kami mahukan negara kami kembali'.
Sementara itu, di kawasan lain, ratusan orang berkumpul untuk menghadiri upacara bagi menghormati mereka yang terbunuh dalam serangan bekenaan, dengan meletakkan bunga dan mainan.
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer berkata, penduduk Southport berasa gelisah selepas serangan yang menimpa mereka itu.
"Mereka berhak mendapat sokongan dan penghormatan kami. Mereka yang melakukan keganasan itu menghina masyarakat yang sedang bersedih. Mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya," katanya.
Penolong Ketua Konstabel, Alex Goss, berkata seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kini ditahan polis atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh kanak-kanak yang menghadiri bengkel tarian dan yoga bertemakan Taylor Swift.
"Terdapat banyak spekulasi dan hipotesis mengenai status lelaki berusia 17 tahun yang kini dalam tahanan polis dan beberapa individu menggunakannya untuk melakukan keganasan dan kekacauan," katanya
Goss dan ahli politik tempatan berkata ramai yang bertempur dengan polis adalah dari luar kawasan itu manakala Rangkaian Masjid Wilayah Liverpool berkata ada yang cuba menggunakan tragedi itu untuk menyebarkan kebencian.
"Petang ini kami telah melihat adegan yang menyedihkan di luar Masjid Southport dengan penunjuk perasaan marah berkumpul di luar, ini menyebabkan ketakutan dan kebimbangan lebih besar dalam komuniti kita," katanya dalam satu kenyataan.
Bengkel bertemakan Taylor Swift itu diadakan sempena cuti musim panas untuk kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun.
Saksi menggambarkan serangan berkenaan seolah-olah seperti adegan dari filem seram di mana selain tiga kematian, lapan kanak-kanak mengalami kecederaan tikaman.
Tiga kanak-kanak yang maut dalam serangan itu ialah Bebe King, 6; Elsie Dot Stancombe, 7 dan Alice Dasilva Aguiar, 9, yang ibu bapanya berbangsa Portugis.
Sekurang-kurangnya lima daripada mangsa terbabit selain dua orang dewasa yang cedera apabila cuba melindungi mereka, kini masih dirawat serta berada dalam keadaan kritikal. - REUTERS