BTC USD 63,314.8 Gold USD 1,747.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,083
Reaction score
12,469
Points
2,376
Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta


Serbuan di lima negeri terbabit menemui 19 buah kenderaan pelbagai jenama disyaki telah diubah suai nombor casisnya dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM3.5 juta. - Foto Astro AWANI​


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan satu sindiket menjual kereta klon yang dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak.


Ia susulan penangkapan ke atas enam lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 42 tahun dalam beberapa siri serbuan pada 2 Februari lepas.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kegiatan mereka dikesan hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur dengan menyerbu sebuah premis menjual kereta terpakai di Cheras.


Serbuan di lima negeri terbabit menemui 19 buah kenderaan pelbagai jenama disyaki telah diubah suai nombor casisnya dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM3.5 juta.


Modus operandi sindiket terbabit termasuk dengan mendapatkan kereta yang lari dari syarikat pemberi hutang, kereta yang dicuri atau kereta dari negara jiran, Singapura.


Nombor casis kenderaan berkenaan kemudiannya diubah suai berdasarkan butiran kereta yang telah diisytiharkan total loss.


Butiran kereta total loss ini diperolehi daripada rakan sejenayah lain melalui laman web.


Geran asal kenderaan total loss juga akan dikeluarkan dengan bantuan orang dalam di agensi berkaitan.


Sindiket kemudiannya menjual kereta terbabit di pasaran gelap dengan harga sekitar RM100,000 bergantung kepada spesifikasi kenderaan.


Semakan juga mendapati 16 buah kenderaan yang dirampas adalah disahkan telah ditukar nombor casis.


Sembilan lagi dilaporkan mempunyai rekod hilang.


Kes kini disiasat mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379a Kanun Keseksaan.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,083
Reaction score
12,469
Points
2,376
KERETA KLON | 19 Kenderaan Bernilai RM3.5 Juta Dirampas

Sindiket menjual kereta klon didalangi 'Geng Zul' yang aktif sejak tiga tahun lalu akhirnya tumpas.

19 kenderaan dianggarkan bernilai RM3.5 juta turut dirampas dalam serbuan di beberapa negeri menerusi Op Lejang sehingga 2 Mac lalu.

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,302
Reaction score
1,321
Points
201
Bukan benda baru
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,610
Reaction score
429
Points
46
Geran asal kenderaan total loss juga akan dikeluarkan dengan bantuan orang dalam di agensi berkaitan.
agensi apa agaknya? :unsure::unsure:
tak kena pulak org dlm agensi ni?
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,994
Reaction score
623
Points
121
Orang dalam kenyang makan dah buat kerja ni.
Sempat lagi nak transfer duit haram tu ke tempat selamat sementara nak kena cekup.
 

AbdulFakar

Fun Poster
Joined
Jun 16, 2019
Messages
232
Reaction score
36
Points
30
baru satu sindiket. n 3.5 juta ni macam level bilis2 je
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register