strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah di sekitar Selangor membabitkan nilai rampasan RM1.3 juta.
Suspek berusia 20 hingga 40 tahun yang dikenali sebagai Geng Sekinchan itu ditahan di Cheras, Tanjung Karang dan Kuala Selangor selepas dipercayai bergiat aktif menjalankan kegiatan curi kenderaan sejak dua tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata sebanyak 12 kenderaan curi yang dirampas dilaporkan hilang di sekitar Selangor, Pahang, Perak dan ibu negara.
Katanya, suspek yang ditahan 14 Oktober lalu didapati menggunakan modus operandi dengan menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk menarik minat pembeli sebelum kenderaan dijual dengan harga murah.
"Suspek akan memberitahu kenderaan itu antara kereta yang ditarik balik bank dan turut mendakwa sebahagian kenderaan itu dibeli dari Singapura.
"Namun apabila jual beli sudah selesai, suspek akan meminta wang tambahan untuk mendapatkan geran.
"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas cukai jalan tamat dan tidak dapat memperbaharuinya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
http://www.bharian.com.my/node/13554