BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis trafik patah paha dihempap motor sendiri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Melaka: Seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan pemantauan lalu lintas di sekitar bandar raya ini patah tulang paha kiri apabila terjatuh dan dihempap motosikal ditungganginya di Persimpangan Jalan Bendahara, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian jam 7 malam itu berpunca apabila mangsa, Koperal Abdul Halim Haron, 49, yang bersendirian gagal mengawal motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBX750 berkenaan. Menurut Abdul Halim, ketika kejadian dia sedang bertugas memantau pergerakan trafik di bandar raya ini.


“Sejurus tiba di tempat kejadian ketika mahu mengelak kesesakan di persimpangan itu, saya tiba-tiba gagal mengawal motosikal ditunggang sebelum terjatuh.

“Pada masa sama, saya turut dihempap motosikal itu sebelum dibantu orang awam,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.


Nasib menimpa beliau turut mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman yang menziarahnya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
 
tuh baru 49 tahun
kalau yg 60 tahun bersara tuh patah apa pulak nanti
 
Last edited:
xda pakcik nie kat autocity pagi pagi ari ngan petang ari mampoih la tunggu lampu hijau..
 
49 thun la bkn 42...ai ksian..:(
letih sgt la tu,byk tugas..lps ni mesti tukar GD ke..psl da patah..krg elaun..:-?
 
dah tua2 ni patah tulang.payah skit nak baik.
 
Back
Top
Log in Register