BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tidur ketika bertugas kena tukar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GEORGETOWN - Dua anggota polis yang dirakam sedang tidur ketika bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Seberang Perai Utara (SPU) diarahkan bertukar ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU berkuatkuasa serta merta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan tata tertib dibuka terhadap dua anggota berkenaan berikutan penyebaran gambar itu di laman sosial.

"Saya memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil.

"Sementara menunggu keputusan tindakan disiplin, anggota terlibat diarah bertukar dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu, gambar dua anggota berkenaan tersebar secara meluas di laman sosial dan blog.

Gambar berkenaan menunjukkan dua anggota sedang nyenyak tidur di hadapan kaunter pertanyaan namun tidak dapat dipastikan bila gambar berkenaan dirakam.

Pengguna laman sosial kebanyakannya memberi reaksi negatif dan menggesa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan bagi merungkai kesahihan gambar itu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tidur-ketika-bertugas-kena-tukar-1.367627
 
payah sekarang ni.. zaman teknologi.. cepat jer disalah ertikan...
 
polis bergadai nyawa tembak menembak ngan penjenayah... kejar keta 'in pursuit' sampai 200 km/j silap kontrol skit leh terbabas... suma tuh org tak ingat dan highlight.. gambor tido nih jugak yg glamer..
 
pergh....kesian .. manusia yg hati busuk ja buat kerja camni.
 
die tido la waktu rehat pkl 1.. xkan xleh kot.. kesian.. hahahahaha..~
 
Kalau member sekerja yg ambil upload,haha mmg kesianla
 
ape la salahnya ko kejutkn saja pegawai polis tu. suka sgt bukak aib org
 
Tak perlu kot ambil tindakan. Bagi warning dah la..
 
Back
Top
Log in Register