BTC USD 96,465.6 Gold USD 2,701.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis terima laporan kes liwat, dera pelajar tahfiz di Merbok

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,541
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,541
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Polis terima laporan kes liwat, dera pelajar tahfiz di Merbok

Oleh Noorazura Abdul Rahman
A view of the sea
FOTO HIASAN
Sungai Petani: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pihaknya menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes yang dipercayai berlaku pada Jun lalu.

"Seramai empat individu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat atau persetubuhan luar tabii.

"Seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001. Mereka semua dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Azharuddin berkata, siasatan kes berkenaan masih dilakukan pihaknya dan pengurusan pusat pengajian turut dipanggil bagi memberi keterangan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Datuk Mohd Azam Abd Samat berkata, pihaknya turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kes terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

"Pihak saya dimaklumkan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bahawa mereka sudah pergi melakukan siasatan di maahad tahfiz berkenaan mengikut bidang kuasa jabatan.

"JHEAIK dimaklumkan ibu bapa sudah membuat laporan polis, jadi pihak jabatan tak boleh campur tangan kerana ia dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi.

Semalam tular video di TikTok pemilik akaun Pembela Agama yang mendakwa berlaku kes penderaan fizikal dan seksual ke atas pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Video terbabit turut mendakwa terdapat pelajar yang kurus kering kerana tidak diberi makan dengan cukup selepas belajar di pusat tahfiz itu.

Pelajar juga didakwa dipaksa bekerja sehingga jam 3 pagi selain perlu mengangkat barang berat dan menguruskan kuda, apabila mereka terjaga lewat pada waktu pagi kerana penat mereka akan dirotan.


Pelajar turut dibuli dan didera fizikalnmental selain dilarang untuk mengadu kepada ibu bapa sehingga ada yang perlu menjalani rawatan psikiatri.

Dalam paparan video itu juga mereka mendakwa laporan terhadap JHEAIK sudah dilakukan namun tiada sebarang tindakan diambil.

Gambar pelajar yang mengalami kecederaan di kaki dan sedang dirawat di hospital turut dikongsi dalam video berkenaan selain terdapat gambar kesan kegatalan pada kulit tangan dan kaki serta pelajar yang semakin kurus.

Disiarkan pada: August 22, 2024 @ 3:44pm
 
Sponsored Post

mak bapak bagi amanah kat ustaz ASWJ tahfiz untuk didik anak depa...tapi ustaz ASWJ tahfiz p liwat,dera dan khianat amanah...takpa la...hari ni liwat,besok lusa baca kitab tafsir kitab mazhab dah boleh faham agama....uniknya agama ASWJ

berbeza dengan penganut agama yg di bawa para nabi...nak kena asuh tabiat jujur amanah dan dipercayai selama 10-15 tahun untuk dapatkan kefahaman agama....
 
Ni sah Merbok, Sungai Petani, Perlis.....takkan ASWAJA kot...musti wahabi yg kelola tmpt ni....sb perangai ganas...ganas= wahabi= salafi...sb tu kena buat RUU utk bung aliran salafi dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.....kata Azro Izdraz kepada kawannya sambil menghembus rokok sepam dua...
 
Kita perlu berhusnuzon bab2 Islam ning bak kata bang jedi. @Fiwa.

Tutuplah aib pusat tahfiz dari menjadi buah mulut kapir.
bersangka baik tu satu kewajipan perintah Allah.

sedar sikit diri tu bang payal.
soal sikit diri tu siapa. hamba Allah ke hamba kapir.
nak masuk syurga ke neraka.

kalau dah buat kesalahan tu hal lain.
tuduhan tanpa bukti tu hal lain.
ni nak membelit pergi pada hal lain yang tak ada kena mengena dah kenapa.
 
bersangka baik tu satu kewajipan perintah Allah.

sedar sikit diri tu bang payal.
soal sikit diri tu siapa. hamba Allah ke hamba kapir.
nak masuk syurga ke neraka.

kalau dah buat kesalahan tu hal lain.
tuduhan tanpa bukti tu hal lain.
ni nak membelit pergi pada hal lain yang tak ada kena mengena dah kenapa.
Bersangka baik sebab islam punya silap kan. Boleh pilih2 pulak ya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register