Polis Terima Laporan Kes Bunuh 3 Kucing Di Dobi

CG Sponsors




cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,479
Reaction score
363
Points
51
mungkin dia ingt bulu kucing mcm kain..nk bersihkan pon mcm bersih kain jugak la...
 
Sponsored Post

huskar

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2012
Messages
269
Reaction score
8
Points
15
ni bkn mental.. elok je basuh kain pegi dobi tu.. mksdnya reti berpikir la.. gagah plak tu masuk duit kat mesin..kalu x masuk duit mesin xkan pusing
 

FariqX

Fun Poster
Joined
May 28, 2010
Messages
865
Reaction score
5
Points
25
*edit*tersilap baca
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,947
Reaction score
21,021
Points
1,671
Penganggur diarah ke Hospital Bahagia

xI10X_wD.jpg


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh tiga kucing dengan melemaskan haiwan itu di dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, Ahad lalu.


Penganggur, Muhammad Najwan Zulkefli, 24, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Syafeera Mohd Said, bermula jam 9.30 pagi.

Lelaki itu didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak sepatutnya kepada tiga kucing.

Kesalahan itu dilakukan di premis dobi layan diri Atlantis, Blok 3, Desa Satu Apartment, Desa Aman Puri, Kepong di Gombak, pada jam 5 hingga 6.30 pagi pada 12 Julai lalu.

Muhammad Najwan didakwa mengikut Subseksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Subseksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, penganggur itu boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 atau tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, N Nageswara memohon mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian dan penelitian memandangkan perwatakan tertuduh tidak stabil.

Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu ditempatkan di hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut, selama sebulan.

Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 13 Ogos depan.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register