BTC USD 62,726.8 Gold USD 1,764.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Polis terima dua laporan penipuan penjualan vaksin COVID-19

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
Polis terima dua laporan penipuan penjualan vaksin COVID-19


ZAINUDDIN: Sebarang tawaran penjualan vaksin oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan. - Gambar fail​


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung penipuan penjualan vaksin COVID-19 yang melibatkan kerugian RM285,499.95.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, siasatan dijalan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kes masih di dalam siasatan.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.

“Walaupun pihak pengendali perkhidmatan jualan berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatnya iklan tersebut, namun polis tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan palsu berkenaan penjualan vaksin COVID-19 pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata kerajaan telah mengumumkan pemberian vaksin COVID-19 akan dilaksanakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

“Justeru sebarang tawaran penjualan vaksin oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan.

“JSJK sentiasa akan melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mengesan dan membanteras mana-mana pihak yang cuba mengiklankan penjualan vaksin secara dalam talian,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dengan tindakan pihak tidak bertangungjawab dan sentiasa peka dengan pengumuman serta arahan dikeluarkan kerajaan berkaitan program vaksinasi.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
COVID-19 | KKM Sahkan Berita Palsu Jualan Vaksin Atas Talian

Vaksin COVID-19 hanya boleh dibekalkan oleh pihak kerajaan sahaja.

KKM juga menegaskan Vaksin COVID-19 tidak dijual di Malaysia serta mengingatkan orang ramai tentang kewujudan vaksin tiruan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
COVID-19 | Waspada Penipuan Jualan Vaksin COVID-19

Polis mengesahkan menerima dua laporan berkaitan penipuan vaksin COVID-19 melibatkan kerugian lebih RM285,000.

Siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
PENIPUAN | Ditipu Beli Minyak Sebagai Bahan Vaksin COVID-19

Polis Diraja Malaysia(PDRM) sedang menyiasat tiga kes penipuan penjualan minyak 'Precatoria' yang didakwa sebagai bahan, untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,986
Reaction score
2,147
Points
201
Ni baru2 betul dajal yg terdiri drp pro baksin

anti vax paling kuat pun jual habbatus saida je hehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register