Viral Polis tendang, budak2 jatuh motor langgar divider

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,937
Reaction score
12,070
Points
1,906
Polis sebelum ini menafikan tuduhan bahawa tiga anggotanya menendang dua lelaki yang menaiki motosikal sehingga menyebabkan kemalangan dan mengalami kecederaan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di sini.

Provokasi terhadap polis: Tujuh lelaki ditahan

18 Januari 2021



1610980822021.png

Kejadian berlaku pada petang Ahad itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.


GEORGETOWN - Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes mengepung dan menghalang tiga anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian kemalangan melibatkan dua lelaki pada petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra'ais mengesahkan penahanan kesemua lelaki tersebut ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, ketujuh-tujuh lelaki itu akan direman di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pada Selasa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Selain itu, kes tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah serta Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021," katanya.



Terdahulu, polis menafikan tuduhan bahawa tiga anggotanya menendang dua lelaki yang menaiki motosikal sehingga menyebabkan kemalangan dan mengalami kecederaan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk menuduh anggota polis terlibat sengaja menendang motosikal yang dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan.


1610980854313.png

Tujuh lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan akan direman di Mahkamah Majistret Georgetown pada Selasa.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dilihat mengepung dan menghalang tiga anggota URB daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut selepas menuduh anggota polis itu menendang motosikal yang dinaiki dua lelaki itu sehingga menyebabkan kemalangan.

Kumpulan lelaki itu turut membuat provokasi terhadap anggota polis dengan menggunakan kata-kata kesat.
Mengulas mengenai kejadian itu, Soffian berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian pada jam 5.20 petang itu berlaku ketika tiga anggota URB sedang membuat rondaan di Jalan Sri Tanjung Pinang.

Menurutnya, anggota URB itu telah terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar.

"Polis telah mengarahkan untuk berhenti namun mereka ingkar, malah turut memecut motosikal untuk melarikan diri.

"Anggota URB kemudian mengejar dan apabila tiba di lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya, motosikal yang dinaiki dua lelaki tersebut tidak berhenti lalu berlanggar dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah pusat bandar menuju ke Tanjung Bungah," katanya.

Akibat dari pelanggaran tersebut, katanya, kedua-dua lelaki berkenaan terjatuh dan mengalami kecederaan.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,666
Reaction score
12,183
Points
2,376
Polis sebelum ini menafikan tuduhan bahawa tiga anggotanya menendang dua lelaki yang menaiki motosikal sehingga menyebabkan kemalangan dan mengalami kecederaan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di sini.

Provokasi terhadap polis: Tujuh lelaki ditahan

18 Januari 2021



View attachment 331941
Kejadian berlaku pada petang Ahad itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.


GEORGETOWN - Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes mengepung dan menghalang tiga anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian kemalangan melibatkan dua lelaki pada petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra'ais mengesahkan penahanan kesemua lelaki tersebut ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau berkata, ketujuh-tujuh lelaki itu akan direman di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pada Selasa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Selain itu, kes tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah serta Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021," katanya.



Terdahulu, polis menafikan tuduhan bahawa tiga anggotanya menendang dua lelaki yang menaiki motosikal sehingga menyebabkan kemalangan dan mengalami kecederaan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk menuduh anggota polis terlibat sengaja menendang motosikal yang dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan.


View attachment 331943
Tujuh lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan akan direman di Mahkamah Majistret Georgetown pada Selasa.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dilihat mengepung dan menghalang tiga anggota URB daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut selepas menuduh anggota polis itu menendang motosikal yang dinaiki dua lelaki itu sehingga menyebabkan kemalangan.

Kumpulan lelaki itu turut membuat provokasi terhadap anggota polis dengan menggunakan kata-kata kesat.
Mengulas mengenai kejadian itu, Soffian berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian pada jam 5.20 petang itu berlaku ketika tiga anggota URB sedang membuat rondaan di Jalan Sri Tanjung Pinang.

Menurutnya, anggota URB itu telah terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar.

"Polis telah mengarahkan untuk berhenti namun mereka ingkar, malah turut memecut motosikal untuk melarikan diri.

"Anggota URB kemudian mengejar dan apabila tiba di lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya, motosikal yang dinaiki dua lelaki tersebut tidak berhenti lalu berlanggar dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah pusat bandar menuju ke Tanjung Bungah," katanya.

Akibat dari pelanggaran tersebut, katanya, kedua-dua lelaki berkenaan terjatuh dan mengalami kecederaan.

Menjawab la kat dalam tu nanti
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,499
Reaction score
280
Points
96
Yg paling 1st polis nak tangkap mesti si botak tu,geramjee tgk muka dia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,666
Reaction score
12,183
Points
2,376

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,399
Reaction score
1,998
Points
201
Melayu kasi mintak maap
Nanti settle la hahah

Sama2 melayu, Takkan nak tangkap plak
Patutnya tangkap drebar yg melanggo tu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,937
Reaction score
12,070
Points
1,906
1611033677679.png


Tujuh lelaki direman tiga hari di Mahkamah Sesyen/Majistret George Town hari ini.
‘Polis tak tendang kami’

  • 19 Januari 2021, 12:48 pm


GEORGE TOWN – Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Tanjung di sini Ahad lalu mengaku tiada berlaku sebarang kekasaran atau ditendang anggota unit rondaan bermotorsikal (URB) semasa kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis telah merekodkan keterangan daripada penunggang motosikal tersebut semalam.
“Lelaki berusia 21 tahun yang juga seorang pekerja hotel mengakui tiada berlaku tendangan daripada anggota polis semasa kejadian berlaku.

“Bagaimanapun rakannya yang juga pembonceng berusia 19 tahun masih menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Menurut Soffian, pihaknya tidak teragak-agak untuk menahan individu lain yang cuba menimbulkan provokasi dalam isu berkenanan berdasarkan hasil soal siasat dan rakaman video yang diperoleh.

Terdahulu, tjuh lelaki direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki disyaki mengepung dan menghalang tugas polis dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, di sini kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret George Town, Nur Fadrina Zulkhairi pagi ini. – K! ONLINE


 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,745
Reaction score
596
Points
81
Abang botak pakai baju purple...

Lain kali jangan dok wat ghapla bulih
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Da.masuk lokap.. baru la nak mengaku.. klu tak memang ko je betul
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,181
Reaction score
1,045
Points
156
Abang botak pakai baju purple...

Lain kali jangan dok wat ghapla bulih
Dia dah pakai baju purple awal2 lagi sebelum kena tangkap.
Macam tahu2 je nak check in lokap.
Mesti Sarjan Polis yang pakai preman tu gelak je lihat gelagat Abang Jago ni...
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,745
Reaction score
596
Points
81
Hahaha... abang botak punya hangin masa kejadian sampai org len terpaksa tarik2 dia...

Sekali kalau dia tgk balik bideo langgar tu ada x dia nak rasa termalu hahahaha

Tapi 1 2 insiden masa dok di penang ni memang polis dia cepat...

Ntah datang dari celah mana tetiba dah ada kat location... :cool::cool::cool:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register