Polis tembak kepala sendiri

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA KRAI: Tidak sampai sebulan kejadian bunuh diri membabitkan seorang anggota polis berpangkat sarjan, satu lagi kes sama membabitkan anggota berpangkat Lans Koperal berlaku di Berek Bujang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Kejadian jam 1.30 tengah hari itu berlaku selepas mangsa, M Vavu Nesan, 26, menembak dirinya menggunakan pistol jenis Walter P99 sebelum mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di leher dan muka selepas senjata berkenaan dipercayai diacukan dari belakang sebelum peluru menembusi bahagian mukanya.

Setakat ini, polis percaya kejadian berlaku akibat bunuh diri dan mangsa dikatakan mengalami masalah peribadi.

Insiden yang dianggap serius itu menyebabkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi turun padang dengan melihat mayat mangsa di bilik mayat Hospital Kuala Krai.

Abdul Rahim berkata, mangsa bertugas sejak empat tahun lalu di Balai Polis Kuala Krai dan kejadian itu hanya disedari selepas beberapa anggota yang berada di kawasan berhampiran terdengar bunyi tembakan.

“Ini kejadian kedua selepas kejadian pertama dilaporkan Gua Musang pada 9 Disember lalu. Dalam tempoh sebulan, dua kejadian bunuh diri berlaku membabitkan anggota polis dan perkara ini serius,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika melawat mayat mangsa sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, semua anggota perlu mempunyai jati diri kuat dan tidak mengambil keputusan singkat sebagai jalan penyelesaian terakhir kerana tindakan itu merugikan.

“Sebagai tindakan awal, kita akan memberikan kaunseling kepada anggota bermasalah. Jika orang Islam bunuh diri dianggap perbuatan berdosa besar, tetapi kalau bukan Islam mereka tidak mempunyai ketahanan kuat.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan pegawai berbangsa India dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah ini. Lagipun anggota polis berketurunan India termasuk pegawai kanan dan lain-lain pangkat hanya berjumlah 30 orang di Kelantan,” katanya.
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,036
Reaction score
228
Points
133
tekanan keje kot..tp jati diri kuat..
 

aKuLaH

Active+ Member
Joined
Jan 13, 2008
Messages
2,648
Reaction score
5
Points
30
huh....ingat boleh selesai ker masalah klu bunuh diri...
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
x kuat jati diri dan iman.......

tekanan lah tu...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register