Polis tangkap 22 suspek sindiket penipuan pelaburan saham

Recommended Brokers


mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
26,058
Reaction score
2,291
Points
191

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli. NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Polis berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket penipuan pelaburan saham dengan penahanan 22 suspek termasuk tujuh warganegara China dalam serbuan di sebuah rumah di Ambang Botanic, petang kelmarin.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, berkata dalam Op Nuri yang dilaksanakan kira-kira jam 6.30 petang itu, polis turut merampas 69 unit telefon bimbit, 25 set komputer, dua unit router (penghala) Internet dan 25 keping kad sim.



“Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 18 hingga 36 tahun, iaitu enam lelaki termasuk seorang yang berperanan sebagai penyelia dan seorang wanita warganegara China, manakala selebihnya 12 lelaki dan tiga wanita warga tempatan.



“Warga tempatan yang ditangkap itu dipercayai ditawarkan kerja oleh sindiket berkenaan melalui iklan di Facebook dan syarat untuk mendapat kerja adalah perlu tahu berbahasa Mandarin,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.



Shamsul Amar berkata siasatan mendapati dalang utama adalah seorang lelaki warganegara China berusia 40an dan dipercayai berada di negara itu, malah pusat operasi sindiket juga dipercayai di China.



“Malaysia dijadikan lokasi pusat panggilan bagi mencari mangsa-mangsa pelabur dari luar negara khususnya dari China, untuk melabur dalam saham syarikat yang ditentukan ketua sindiket itu,” katanya.



Beliau berkata, sindiket itu juga dikesan mengupah pekerja tempatan kerana gaji ditawarkan lebih murah iaitu antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan berbanding membawa warganegara China ke Malaysia yang membabitkan perbelanjaan tinggi selain perlu membayar gaji yang mahal.



“Sindiket ini dipercayai sudah aktif hampir setahun dan sering berpindah lokasi. Rumah yang diserbu adalah lokasi akhir sebelum ditangkap, di mana mereka sudah beroperasi sejak kira-kira empat bulan lalu,” katanya.



Beliau berkata, semua suspek direman selama dua hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,739
Reaction score
166
Points
78
Dorgni la kot yg kejenya telepon org nak scam.
 

halfwit

Fun Poster
Joined
Sep 14, 2009
Messages
970
Reaction score
121
Points
23
Kasi makan racun jer dalam lokap lagi afdal
 
Sponsored Post
Top
Log in Register