Polis tahan suspek cuba samun eksekutif yang di kenali melalui WeChat

Recommended Brokers


Latest Threads

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,970
Reaction score
8,716
Points
2,226

TINDAKAN eksekutif komunikasi sebuah syarikat menjerit meminta pertolongan kepada polis berjaya menyelamatkannya daripada disamun tiga lelaki di Kunci Air Salleh, Kampung Gajah, semalam

Dalam kejadian pada jam 3 pagi, mangsa wanita, 31, memandu kereta Proton Saga yang turut dinaiki seorang suspek yang baru dua minggu dikenali menerusi aplikasi WeChat

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebelum itu mangsa mengambil suspek di Jambatan Dato' Sagor selepas lelaki berkenaan mengajaknya menonton perlawanan Piala Dunia 2018 di sebuah kedai makan

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa memandu ke kunci air berkenaan dan apabila tiba di lokasi, dua motosikal dinaiki dua individu lain menghimpit kereta dipandu mangsa

“Seorang daripada lelaki menaiki motosikal bertindak menghunus pisau ke arah mangsa melalui tingkap kereta, manakala suspek yang berada di dalam kereta bertindak merampas kunci kenderaan itu dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai dan kesemua barangan berharga

“Bagaimanapun sebelum sempat mangsa menyerahkan barang diminta, sebuah kereta peronda polis melalui kawasan itu lalu mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Mohamad Zainal berkata, polis mengejar suspek yang melarikan diri melalui jalan kebun sawit menghala ke Kampung Pasir Garam sebelum sebuah daripada motosikal ditunggang seorang suspek terbabas, manakala sebuah lagi dinaiki dua rakannya dipercayai berusia 20-an berjaya melarikan diri

“Kami menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah serta saringan ujian air kencingnya didapati positif methamphetamine

“Motosikal suspek turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya

Katanya, mangsa mendakwa baru mengenali salah seorang daripada suspek, bulan lalu dan pernah bertemu sekali sebelum ini

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354517/polis-tahan-suspek-cuba-samun-eksekutif
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,130
Reaction score
1,207
Points
196
bahana wechat lg....

renti kan lah...x ada faedah nya....kan bagus layan CG aje dengan abam2 handsome dan baik hati kat sini....
kaki socmed bukan tahu forum tu apa.
Dia ingat duduk dengar orang berucap dekat dewan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,970
Reaction score
8,716
Points
2,226
Mudahnya keluar dengan lelaki ...hmmm pukul 3 pagi plak tuh :mad::mad:
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebelum itu mangsa mengambil suspek di Jambatan Dato' Sagor selepas lelaki berkenaan mengajaknya menonton perlawanan Piala Dunia 2018 di sebuah kedai makan
Husnuzon je perempuan tu
Ingat ajak tengok bola je
Tapi nak menyamun sebenar nya
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,087
Reaction score
374
Points
81
kalau wechat takde yg nak heran. yang ada ijazah master phd pun kalau da main wechat, akan otomatik jadi bengap dan *****.

wechat, tiktok, fb (khas utk yg post merepek je.. yg guna utk follow berita, politik, agama digalakkan dan bagus).. entah apa lagi lain.

diorang x sedar ke lagi best main forum dan tgk youtube je. hmmm..
 

sangbogol

CG Top Poster Club
Joined
Dec 12, 2007
Messages
25,136
Reaction score
47
Points
120
wechat ni dah mcm2 kes aku dengar.....
 

blankoguy85

Super Active Member
Joined
Dec 14, 2011
Messages
7,518
Reaction score
61
Points
70
Mudahnya keluar dengan lelaki ...hmmm pukul 3 pagi plak tuh :mad::mad:
nk tngok "bola" yg maner pun tak tau ler...
berani plak amik jam 3 pagi..org yg baru di kenali.. :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register