Polis tahan reman suspek kes buli jalanan yang tular media sosial

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,417
Reaction score
105
Points
33
kks-ub270720-aa-buli-p1copy.jpg


Dalam insiden itu, seorang pemandu kereta, mekanik, 45, bersama anak lelakinya, 12, ditahan oleh seorang penunggang motosikal di Api-Api Centre kira-kira jam 1 petang.

Mangsa kemudiannya dipukul beberapa kali dengan topi keledar, ditumbuk dan ditendang oleh suspek berulang kali sehingga mengakibatkan mekanik itu mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek, 35, ditahan di rumahnya di Sembulan kira-kira jam 11.30 malam susulan aduan mangsa.

“Suspek yang juga penarik kereta tidak berpuas hati dan mendakwa mangsa hampir melanggar lelaki terbabit semasa menunggang motosikal,” katanya, di sini.

Mengulas lanjut, Habibi berkata siasatan lanjut polis mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah melibatkan kes dadah, kecurian dan mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, polis turut menyita motosikal suspek serta merampas topi keledar dan pakaian yang dipercayai mempunyai hubung kait di dalam kes terbabit untuk siasatan.

“Mangsa mengadu bahawa semasa membawa anaknya dari sebuah premis makanan segera, kereta mereka ditahan secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Suspek dikatakan memarahi mekanik itu sehingga memaksa pemandu terbabit keluar dari kenderaannya," katanya, sambil mengesahkan mangsa lebam di muka dan kepala.

Menyentuh siasatan yang dijalankan, beliau berkata polis kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Pada masa sama, Habibi menasihati orang ramai supaya jangan mengambil tindakan sendiri mengikut emosi jika telibat dalam perselisihan faham dengan pengguna jalan lain.

"Kes buli jalanan ini adalah kes yang pertama diterima semenjak Januari lepas, dan kita harap orang ramai melaporkan kepada polis bukannya bertindak sendiri," katanya.


== UTUSAN BORNEO
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register