BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Peniaga Makanan Disyaki Miliki Bahan Seksual Kanak-kanak, Dewasa

combat13

Active+ Member
Messages
4,063
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,063
Reaction score
146
Points
33
71b3c20adbcbf075ca7c1af32d7a7c6d67d7ff5c78f4f

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Siti Kamsiah Hassan (kanan)

Polis menahan seorang peniaga makanan kerana disyaki memiliki bahan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam satu operasi bersama pihak berkuasa luar negara di Kuching, Sarawak semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Siti Kamsiah Hassan berkata hasil penahanan lelaki berusia 36 tahun itu, polis menemukan pelbagai bahan berunsur penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam telefon milik suspek.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu memberikan alasan menyimpan bahan berkenaan untuk keseronokan sendiri.

“Siasatan juga mendapati bahan seksual yang ditemukan dalam telefon bimbit terbabit tidak melibatkan kanak-kanak warga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register