BTC USD 118,241 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sampai patah paha

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,142
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,142
Reaction score
6,992
Points
881
Awards
1
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sampai patah paha

Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung seorang bayi perempuan berusia dua bulan mengalami patah paha kiri selepas dihantar ke rumah pengasuhnya pada Ahad lepas.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menahan wanita berumur 36 tahun itu kira-kira pukul 10.50 pagi pada Isnin.

“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Raub berkata suspek kini direman selama enam hari bermula semalam hingga Ahad depan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

-Bernama

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Back
Top
Log in Register