Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,130
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,130
- Reaction score
- 970
- Points
- 121
Polis tahan pasangan kekasih pecah rumah, larikan barangan berharga RM20,000
Oleh Nazdy Harun - Ogos 9, 2024 @ 3:01am[email protected]
MARANG: Polis menahan sepasang kekasih disyaki memecah masuk sebuah rumah serta melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000 di Kampung Binjai Bongkok, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ts Mohd Razman Setapa, berkata kedua-dua suspek berusia 20 tahun itu diberkas di lokasi berasingan sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kira-kira jam 1.10 tengah hari semalam.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan pada jam 8.55 malam kelmarin berhubung kejadian pecah rumah berkenaan.
Sebelum itu, katanya, pengadu bersama isteri dikata meninggalkan rumah mereka dalam keadaan berkunci sebelum ke tempat kerja kira-kira jam 7.40 pagi kelmarin.
Bagaimanapun apabila pulang pada jam 6.23 petang hari sama, beliau berkata, pasangan itu mendapati kediaman mereka dipecah masuk melalui pintu kayu di belakang rumah.
"Mangsa kemudian membuat pemeriksaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati seorang lelaki dan perempuan memecah masuk rumah mereka dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai kira-kira RM20,000.
"Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, berjaya menahan pasangan kekasih itu di dua lokasi berasingan.
"Kita turut merampas wang tunai RM7,500 serta beberapa utas barang kemas dijumpai bersama suspek yang masing-masing berada di kedai pajak gadai di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus ketika itu," katanya.
Mohd Razman berkata, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditangkap dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan dibuat.
Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, hari ini, untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.