Polis tahan lelaki, rampas senapang buatan sendiri

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PASIR PUTEH: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk senapang angin buatan sendiri di rumahnya di Kampung Kemal, dekat sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh yang memeriksa rumah berkenaan selepas mendapat maklumat orang ramai.

Beliau berkata, senjata yang menggunakan ‘ball bearing’ sebagai peluru itu cukup berbahaya bukan saja kepada orang lain di sekitarnya, malah juga kepada penggunanya.

"Senapang itu menggunakan kuasa angin, dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan tertentu termasuk balang alat pemadam api kecil yang dilengkapi meter tekanan angin," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, lelaki itu memberi alasan menggunakan senjata itu untuk menembak musuh tanaman seperti tupai, namun Mohd Kamal berkata, alasan itu tidak boleh diterima kerana memiliki dan membuat senjata seperti ini adalah menyalahi undang-undang.

"Ia adalah senjata berbahaya yang memerlukan pemiliknya mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum boleh memiliki dan menggunakannya," katanya sambil menambah, lelaki itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.- Bernama
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
pehh..mahalnya denda.. lagi mahal dari denda seleweng harga negara.
 

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
Creative org Malaysia nih, mampu buat senjata sendiri... agaknya ada ke yang nak buat egine jet lak :-?
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
baru wat senapang angin kena penjara 7 tahun.

undang2 terlalu keras utk orang miskin.
senapang angin ni sama power macam lastik je.
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
nih undang2 pelik..

senapang angin salah.
lastik takpe.

crossbow salah
panah takpe.

pedang salah
parang takpe

meh kita listout lagi benda yg sama function, lain rupa, undang2 berlawanan.
 

BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
aisemen bagi can lah sket
org nak bekreative sket pun tak leh :p
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..hebat juga org kelantan buat senjata sendiri da
 
Sponsored Post
Top
Log in Register