Polis tahan individu menyamar 'polis'

Recommended Brokers


Latest Threads

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,202
Reaction score
3,679
Points
191















DUA lelaki yang menyamar sebagai polis sebelum menyamun pemandu kereta berusia 57 tahun diberkas 40 minit selepas polis dimaklumkan mengenai kejadian itu, awal pagi, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, mangsa pengurus kilang memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan dekat Taman Sejahtera, Alma, Bukit Mertajam dan tidur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa kemudian terdengar cermin tingkap keretanya diketuk dan melihat dua suspek berada di luar.

Katanya, dua suspek lelaki berusia 19 dan 24 tahun berkenaan memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dan memberitahu mangsa bahawa mahu buat pemeriksaan ke atasnya.

“Mangsa yang ditipu suspek kemudian membuka tingkap kereta sebelum seorang daripada suspek menumbuk pipi kanannya sebelum mengacukan parang ke arah lelaki berkenaan.

“Suspek kemudian bertindak mengambil beg duit dan telefon bimbit mangsa sebelum kedua-dua mereka melarikan diri menaiki motosikal,” katanya.

Menurutnya, ekoran kejadian mangsa kehilangan kad pengenalan, kad bank, lesen memandu, wang tunai RM450 dan telefon bimbit jenis Redmi.

Nik Ros Azhan berkata, semasa kejadian, mangsa sedang berehat di dalam kereta seorang diri di tepi jalan akibat keletihan.

“Pengadu dapat mengecam muka suspek dan tidak dapat mengecam nombor pendaftaran motosikal mereka.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami sakit di pipi kanan akibat ditumbuk suspek,” katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan polis pada 3.20 pagi sebelum sepasukan anggota yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Machang Bubok ternampak dua suspek dalam keadaan mencurigakan di deretan kedai di situ.

Katanya, mereka yang ditemui membawa beg galas dan parang itu kemudian dihampiri polis sebelum ditahan bagi tujuan selanjutnya.

Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan, polis menemui barang mangsa yang disamun sebelum dia diberkas dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.











sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/509290/polis-tahan-polis
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,071
Reaction score
219
Points
73
Adoi mcm nie bahaya dh sorang2
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,606
Reaction score
162
Points
78
Padan muka,nak cari duit mudah ...dgn mudah polis cekup ko.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register