BTC USD 47,464.2 Gold USD 1,757.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan, Geledah Rumah Aktivis Bawah Akta Hasutan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,279
Reaction score
4,144
Points
236
30.07.2021 - Kuala Lumpur, Polis telah menahan aktivis Sarah Irdina Mohammad Ariff, 20 di bawah Akta Hasutan dan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul, setelah hadir untuk disoal siasat. Soal siasat itu berkaitan dengan dengan catatan media sosial oleh kumpulan anak muda Misi Solidariti mengenai gerakan #Lawan. Peguam Sarah, Goh Cia Yee memberitahu Malaysiakini bahawa Pegawai dari Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman (D5) menahan Sarah setelah soal siasat di balai polis daerah Dang Wangi. Polis juga merampas telefon bimbitnya.

"Dia akan direman untuk semalaman di lokap Jinjang [...] Polis kemudian menggeledah rumah Sarah kira-kira pukul 6:15 petang tadi. Tanpa waran," tambah Goh.

Polis sedang menyiasat Sarah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Misi Solidariti merupakan "kolektif yang dipimpin oleh anak muda untuk memperkasakan masyarakat melalui nilai tindakan langsung dalam aktivisme di Malaysia". Selepas media melaporkan mengenai penangkapan Sarah, beberapa kumpulan mengecam tindakan itu dan menggesa pembebasannya. Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), penganjur gerakan #Lawan, menyifatkannya sebagai tindakan ugutan.

"Ini adalah sebahagian siri intimidasi dan ancaman terhadap rakyat agar tidak keluar untuk tunjuk perasaan #Lawan pada 31 Julai di Dataran Merdeka. Rakan kami dari Misi Solidariti tidak seharusnya ditahan kerana dia telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dengan menghadirkan diri ketika dipanggil untuk disoal […] SSR mendesak polis untuk membebaskannya segera. Jika tidak, kita akan melakukan yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Amir Abd Hadi mengatakan Sarah telah menggunakan haknya untuk kebebasan bersuara.

"Muda menggesa agar Sarah dibebaskan segera [...] Muda menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus menggunakan hak kita untuk bersuara, dan memberi segala bentuk tekanan sehingga Sarah dibebaskan, juga sehingga kerajaan gagal hari ini berundur," katanya dalam satu kenyataan. Turut menyatakan solidariti adalah Undi18, All Women's Action Society (Awam), dan Amnesty International Malaysia. Sehingga jam 8 malam ini, hashtag #FreeSarah telah disebut dalam 3,407 ciapan Twitter.

Sekumpulan dari sayap Pemuda PSM juga mengadakan nyalaan lilin sebagai solidariti di hadapan lokap Jinjang malam ini.​

1627611131488.png
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,056
Reaction score
2,774
Points
201
Org awam atau macai atau walaun tidak bole menghasut menentang kerajaan

Sbb tu di sediakan tempat utk pembangkang, mereka di benarkan utk menghasut kita tanpa sebarang tindakan 😝
 

rokiahronggeng

Active Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
1,003
Reaction score
227
Points
33
jgn risau org2 mcm ni mesti ada tempat dikalangan ..... (tanak sebut nanti dituduh pentaksub)

Peguam dia ni org yg sama backup:
1627619018068.png


Patrick Teoh hina TMJ

Support pendatang rohingya tinggal di malaysia

anak didik malaysiakini
 
Last edited:

ViperX

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,104
Reaction score
686
Points
121
Katanya esok kan dorg turun berhimpun...

musim virus covid19 bermaharaja lela ni la brhimpun....hmmmm....
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,279
Reaction score
4,144
Points
236
Aktivis Di Bebaskan Selepas Soal Siasat 10 Jam

30.07.2021 - Kuala Lumpur, Aktivis Sarah Irdina Mohammad Ariff dibebaskan daripada tahanan polis sekitar jam satu pagi tadi, selepas disoal siasat selama 10 jam atas dakwaan hasutan dan penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar. Penahanan Sarah, 20, berkaitan dengan dengan catatan media sosial oleh kumpulan anak muda Misi Solidariti mengenai gerakan #Lawan. Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Goh Cia Yee melalui ciapan di Twitter.

"Sarah baru saja dibebaskan. Saya hadir bersamanya di balai polis hari ini (semalam). Saya buat beberapa lawak untuk tenangkannya, tapi ini kali pertama dia disoal siasat oleh polis. Saya hormati dia dan rakan-rakannya atas apa yang mereka lakukan," katanya.

Goh juga membangkitkan solidariti yang ditunjukkan dengan tanda pagar #FreeSarah di Twitter, serta nyalaan lilin sebagai solidariti oleh Pemuda PSM di luar lokap Jinjang - tempat Sarah disoal siasat - malam tadi. Semalam, pegawai dari Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman (D5) dilaporkan menahan Sarah setelah dia soal siasat di balai polis daerah Dang Wangi. Polis juga merampas telefon bimbitnya dan dia pada mulanya dimaklumkan akan direman semalaman di lokap Jinjang.

Pengasas Misi Solidariti itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurut pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri, salah satu ciapan Sarah pada 1 Julai lalu hanya menyatakan tuntutan gerakan #Lawan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengundurkan diri dan Parlimen dapat bersidang selain darurat ditamatkan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/585180
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,953
Reaction score
2,345
Points
201
Org awam atau macai atau walaun tidak bole menghasut menentang kerajaan

Sbb tu di sediakan tempat utk pembangkang, mereka di benarkan utk menghasut kita tanpa sebarang tindakan 😝
Mn negara pun mcm tu bang....sebab satu sistem nie memang dh di setup mcm tu....makna kata ubah semua sistem br la dpt baiki semua nya klau x mcm tu la smp bila2
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,953
Reaction score
2,345
Points
201
Aktivis apa dia ni, umur pun baru lepas sekolah.
Siapa lah yang termakan hasutan budak umur macam tu.
Muda mcm nie senang nak atuq klau tua2 payah dh hahaha
 

ViperX

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,104
Reaction score
686
Points
121

brani diorg..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register