akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,699
Top Poster #4
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,699
- Reaction score
- 6,739
- Points
- 881
- Awards
- 1
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Bernama
Disember 28, 2024 13:57 MYT

Rampasan dilakukan oleh pasukan Batalion 9 PGA ketika serbuan di sebuah pondok di kampung tersebut melalui Op Taring Wawasan Kelantan. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika serbuan di sebuah pondok di kampung tersebut melalui Op Taring Wawasan Kelantan, pada kira-kira pukul 7 pagi.
"Dua suspek terbabit cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas. Hasil pemeriksaan menjumpai selaras senjata jenis Rifle/Carbine, selaras Pump Gun, 124 butir peluru hidup, 76 gram dadah jenis ganja, 27 biji pil Yaba, 6.2 gram dadah jenis syabu dan dua unit telefon bimbit milik suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan saringan awal ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39A, Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
www.astroawani.com
#Kelantan #senjata api #PGA #Pasir Mas

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas | Astro Awani
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
#Kelantan #senjata api #PGA #Pasir Mas