Polis tahan bomoh muda

CG Sponsors




notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
KUANTAN: Seorang remaja yang menawarkan rawatan perubatan secara tradisional ditahan selepas dipercayai mencuri sejumlah wang tunai dan barangan kemas milik tiga pelanggannya bernilai RM11,000 di rumahnya di Beserah, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata ketiga-tiga kes tersebut dilaporkan berlaku sejak bulan lepas sebelum wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan pada jam 10.30 malam.

Beliau berkata, penahanan suspek berusia 20 tahun itu mengejutkan ramai pelanggannya yang berkunjung ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan yang ditawarkan suspek sejak beberapa bulan lepas seperti memulihkan hubungan suami isteri yang bermasalah selain beberapa penyakit tertentu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal suspek meminta ketiga-tiga mangsanya yang berusia antara 30 dan 40 tahun berbaring dan meminta semua barangan yang dibawa diletakkan di bahagian hujung kepala ketika rawatan dijalankan.






“Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa mendakwa semua barangan mereka seperti wang tunai dan barangan kemas yang disimpan di dalam beg sudah tiada sebaik pulang ke rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Mohd Haris berkata, mangsa pertama dilaporkan kerugian RM5,000 manakala mangsa kedua dan ketiga masing-masing kehilangan wang RM3,000.

Katanya, suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Berikutan kes itu, beliau turut meminta mereka yang mungkin menjadi mangsa suspek supaya segera membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan ketika cuba memecah masuk ke sebuah rumah di kawasan perumahan Cenderawasih di sini, semalam.

Menurut Mohd Haris, tindakan suspek yang cuba menanggalkan cermin tingkap rumah terbabit dilihat sekumpulan anggota polis yang sedang melakukan tugas rondaan di kawasan perumahan itu pada 4.30 pagi. - Bernama
 
Sponsored Post

lah7257

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,971
Reaction score
5
Points
25
ni la Bohmau... Lagi boh... Lagi mau le...
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
penipu nye bomoh..
yg org tu ***** pun napa laks???
sama la tu..:)):))
 

wan9551

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
3,197
Reaction score
7
Points
30
gangster betoi bomoh muda nie
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
muda2 dah jadi bomoh..mcm2 hal lar...baik dia berforum lagi baguih...:D
 

Dzil77

Active Member
Joined
Dec 7, 2007
Messages
1,908
Reaction score
1
Points
20
KUANTAN:
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata ketiga-tiga kes tersebut dilaporkan berlaku sejak bulan lepas sebelum wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan pada jam 10.30 malam.
- Bernama
Bomoh wanita ker? Ape yg dibomohkan agaknyer... :)):eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register