Polis tahan bapa tiri rogol anak masa PKP

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
4552a313ac0830358b921d2e46a0cc43.jpg


Seorang bapa tiri yang didakwa merogol anak tirinya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah ditangkap selepas mangsa memberitahu hal itu kepada guru kaunseling di sekolahnya pada 14 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata polis menahan lelaki berusia 41 tahun itu pada hari Rabu, sehari selepas laporan polis dibuat.

"Pada 15 September, Selasa jam lebih kurang 11.26 pagi, pihak polis daerah Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis dari seorang perempuan warganegara tempatan berusia 16 tahun mengenai kejadian dirogol oleh bapa tirinya beberapa kali bermula tahun 2019 dan seterusnya pada bulan Mac hingga Jun 2020 ketika PKPD dilaksanakan di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor.

"Mangsa telah mengalami trauma dan kemurungan akibat kejadian yang berlaku dan menyebabkan mangsa berasa takut untuk menceritakan mengenai kejadian tersebut kepada ibunya," katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Laporan polis dibuat pada 15 September.

Nik Ezanee berkata bapa tiri itu direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Seksyen 376B berkaitan kesalahan sumbang mahram, jika sabit kesalahan membawa hukuman antara 10 hingga 30 tahun penjara dan sebatan.

Nik Ezanee berkata polis juga telah memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan.

"Mangsa juga telah dirujuk ke sebuah hospital untuk pemeriksaan perubatan," katanya.

Nik Ezanee berkata orang ramai yang mempunya maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi 03-79662222.


== malaysiakini
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,066
Reaction score
1,521
Points
151
Mintak maap ckp
Biasa haruan mkn anak ni org melayu punya keje
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,066
Reaction score
1,521
Points
151
betul tu
kecuali kat tempat lain selain Malaysia
kat CHina mane ade org melayu rogol anak
Setuju tu sbb di china mereka tak belajar islam mcm kat mesia ..sbb tu jd mcm tu huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register