Polis tahan 7 lelaki terbabit kegiatan Along palsu

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan Along palsu yang menipu orang ramai yang ingin mendapatkan pinjaman kewangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata lelaki berumur antara 19 dan 48 tahun termasuk ketua sindiket itu ditahan dalam operasi sejak Oktober lalu hingga minggu lalu di Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar serta Tangkak dan Batu Pahat di Johor.

"Polis turut merampas wang tunai RM13,000 yang dipercayai hasil penipuan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perbarisan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, empat yang ditahan itu berasal dari Tangkak, dua dari Batu Pahat dan seorang dari Kuala Kangsar.

“Sindiket penipuan itu dipercayai bergerak aktif sejak Mei tahun lepas dengan menampal pelekat mempromosi khidmat memberi pinjaman wang kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Zulkifli berkata, mangsa yang menghubungi Along itu akan diminta mendepositkan kira-kira 10 peratus daripada jumlah pinjaman ke dalam akaun bank yang diberikan sebagai alasan potongan kadar bunga atau wang memproses.

"Apabila mangsa mengikut arahan dengan mendepositkan wang ke dalam akaun bank yang diberi, anggota sindiket terbabit akan menghilangkan diri," katanya.

Zulkifli berkata, polis menerima aduan dari 100 mangsa penipuan kumpulan itu sejak tahun lalu.

Polis kini mengesan seorang lelaki Sim Zeng [email protected] Soon, 23, beralamat terakhir di No 1082 Taman Tangkak Jaya, Johor bagi membantu siasatan kes itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Asisten Superintendan Ng Swie Chait di nombor telefon 05-5452252 atau 012-3121632, katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

zanuar

Banned
Joined
Oct 14, 2009
Messages
4,911
Reaction score
114
Points
33
huh..macam2 cara nak menipu..naper la aku x terpikir nak menipu macam ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register