BTC USD 28,420.2 Gold USD 1,976.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan 40 Individu Disyaki Terbabit Militan Sejak Februari 2013

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,947
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,947
Reaction score
27,642
Points
2,836
Awards
2
KUALA LUMPUR, 23 Okt - Polis Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan 40 orang yang disyaki merancang menyertai kumpulan pengganas di Syria termasuk merekrut rakyat tempatan untuk kononnya berjihad di Syria, sejak Februari tahun lepas.

Penahanan itu turut melibatkan suspek yang dipercayai memberi latihan ala tentera kepada rakyat tempatan yang direkrut, sebagai persiapan sebelum ke Syria.

Ketua Penolong Pengarah bahagian itu SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada jumlah itu, 13 suspek telah didakwa iaitu 11 daripada mereka di bawah Bab IVA yang membabitkan kesalahan berkaitan keganasan Kanun Keseksaan manakala dua lagi di bawah Akta Senjatapi.

"Seramai 15 suspek masih dalam siasatan polis manakala 12 orang telah dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti kukuh untuk pendakwaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Khamis, tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di Sepang atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan digelar pergerakan Negara Islam (IS) dengan mengambil penerbangan ke Istanbul, Turki.

Mereka ialah arkitek Mohd Syafrein Rasid, 26, dari Kuantan, Pahang; peniaga Mohd Rosmadi Che Daud, 42, dari Ipoh, Perak; dan jurutera Mohamad Yusoffe Ishak, 26, dari Arau, Perlis.

Pada Februari tahun lepas, seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan seorang suri rumah Halimah Hussein serta Mohd Hilmi Hasim, yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan.

Sebelum ini, Ayob berkata tindakan merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria dibuat kononnya atas dasar jihad.

Tindakan itu semakin agresif apabila pihak berkenaan dikesan cuba merekrut gadis khususnya penuntut universiti dan pelajar sekolah.

Beliau menjelaskan rakyat Malaysia lebih cenderung menyertai tiga kumpulan militan di Syria iaitu gerakan Islamic State (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.
 
Top
Log in Register