BTC USD 60,650.2 Gold USD 1,800.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tahan 2 individu kibar Sang Saka Malaya

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
Polis hari ini menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka sebelum ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek berumur 20-an itu ditahan petang ini di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Menurut Aziz lagi, mereka disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.

"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Polis sejak 2 September lalu menggesa individu itu dan saksi tampil membantu siasatan kerana ia dilihat serius kerana bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Salah seorang daripada mereka bagaimanapun sebelum ini menulis di blog bahawa mereka tidak berniat menggantikan Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah kemerdekaan tanah air, mereka merasakan Sang Saka Malaya layar dikibarkan bersama pada sambutan itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pula berkata, sebanyak 325 laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

Beliau juga menjelaskan, setakat ini, daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan, sudah enam orang tampil menyerah diri.

sumber
 
Sponsored Post

effies

Active+ Member
Joined
May 14, 2009
Messages
2,740
Reaction score
34
Points
30
diorg nie ke???

sang-saka-malaya-01-watermark.jpg
 

LilinSticks

Active+ Member
Joined
Mar 20, 2008
Messages
3,487
Reaction score
3
Points
25
Kalau politik laju jer PATI, Penyamun, perogol, perompak, pembunuh, pengedar dadah berlambak tiada kesudahan bertali arus bebas... Slave for UMNO bukan berkhidmat utk rakyat.
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,831
Reaction score
1,513
Points
151
Yang kencing kat gambar tu pun tangkap la. Baru adil.
 

Chainsaw

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2010
Messages
2,955
Reaction score
5
Points
25
Orang kibar bendera Sang Saka Malaya leh lak kene tangkap..orang hina lagu Negaraku..relak jer lepas camtu jer..dasar politik porno :))

Hidup Sang Saka Malaya!!!:p
 

azlanhussain

CG Top Poster Club
Joined
Sep 5, 2008
Messages
20,707
Reaction score
675
Points
166
Orang kibar bendera Sang Saka Malaya leh lak kene tangkap..orang hina lagu Negaraku..relak jer lepas camtu jer..dasar politik porno :))

Hidup Sang Saka Malaya!!!:p

apa susah, buat press confrence, mintak maaf secara terbuka, & beritahu buat tanpa niat, habis cerita... :)

Bukan susah mana pun...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register