BTC USD 54,370.4 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tahan 15 terbabit ‘pesta seks’

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
IPOH: Polis menahan 15 lelaki, termasuk dua pelajar sekolah menengah dan memburu dua lagi individu selepas terbabit dalam empat kes rogol remaja bawah umur dalam kejadian dipercayai ‘pesta seks’ berasingan bermula 4 hingga 12 Disember lalu.

Semua suspek berusia antara 13 tahun dan 55 tahun itu berjaya ditahan di beberapa lokasi berasingan sekitar pekan Batu Gajah, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi berkata, mangsa terdiri daripada tiga pelajar tingkatan tiga dan seorang sudah tidak bersekolah berusia 15 tahun.

“Dalam kejadian pertama pada 4 Disember lalu, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam.

“Bagaimanapun, pada masa sama terdapat empat lagi lelaki dipercayai rakan teman lelakinya turut berada di dalam rumah itu. Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan lima lelaki itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar pulang keesokan hari dan mengadu hal itu kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

“Lima lelaki itu turut menggunakan taktik sama dengan mencari mangsa kedua dengan mengumpan seorang kenalan perempuan dipercayai teman wanita seorang daripada suspek dan membawa mangsa ke kawasan lombong di Kampung Pisang, dekat sini, pada 7 Disember lalu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa turut dirogol bergilir-gilir,” katanya.

Najib berkata, beberapa jam kemudian iaitu kira-kira jam 1.30 pagi 8 Disember lalu, kumpulan lelaki sama mengajak lima lagi rakan lain untuk merogol seorang lagi mangsa yang sudah dikurung di sebuah rumah di Kampung Bendera.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya, dibawa dan dikurung di sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

Katanya, mangsa kemudian turut dirogol lima lelaki terbabit termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam 12 Disember, sebelum dihantar pulang ke rumah pada keesokan hari.

“Polis kemudian bertindak susulan daripada laporan keluarga semua mangsa, hasil siasatan polis berjaya menahan 15 lelaki terbabit dan masih mengesan dua lagi suspek yang terbabit dalam kes itu.

“Laporan perubatan yang diperoleh juga mengesahkan mangsa dirogol dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember ini. Polis menyiasat kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
 
Sponsored Post

clorox_bersih

Legendary Member
Messages
18,906
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120

ape nak jadi la dunia sekarang.
ini lah akibat bile manusia tidak lagi berpegang teguh kepada
ajaran ISLAM...risaunye aku meniti kehidupan yang semakin mencabar ni
 
cilox

Banned
Messages
1,382
Joined
Nov 13, 2009
Messages
1,382
Reaction score
3
Points
25
dah semakin teruk.. sek.s , rogol semua ada.. haduii.. 1malaysia..
 
damiaphang

Super Active Member
Messages
7,626
Paid Membership
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
durjana sungguh...huh!!!
manusia kalau dah x mengamalkan cara hidup islam inilah jadinya...
Ya ALLAH...jauhilah ahli keluargaku dari semua ini...amin...
 
theskems

Fun Poster
Messages
209
Joined
Nov 19, 2008
Messages
209
Reaction score
4
Points
15
gila babeng la.. apsal orang mesia nih makin lama makin horny nih? aku suspek wang penghantaran mahal sangat so lagi senang 'buang air' cara haram..
 
tebbaloi

Legendary Member
Messages
13,457
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
huhu.. mudahnya ikut lelaki ke rumah..
 
emo|less

Fun Poster
Messages
214
Joined
Dec 6, 2009
Messages
214
Reaction score
0
Points
10
ya allah, apa la nak jadi dunia skang ni...

hari² rogol, rogol, rogol.

ya allah, kau perbetulkan la akidah setiap insan didunia ini..

aku risau takut terjadi dikalangan keluarga ku.

aku pohon kepada mu ya allah...

perkenankanlah doa hamba mu ini...

makbulkan lah... amin.
 
roslanab

Active Member
Messages
2,485
Joined
Dec 30, 2008
Messages
2,485
Reaction score
26
Points
30
bikin takut org skrg ni.
lelaki makin ganas, kuat nafsu.
yg popuan pun sama jugak kuat nafsu
pasal tu la mau ikut ke rumah lelaki.

Apa dah jadi daa...
mintak disimpangkan dari semua ni.
 
nazwa69.net

Super Active Member
Messages
5,729
Joined
Feb 20, 2007
Messages
5,729
Reaction score
61
Points
75
aku dah naik muak berita2 camnih... diorang ni takder mak bapak ke pantau anak2 gadis jangan kuar malam sembarangan tanpa berteman dari keluarga?
 
ceria28

Legendary Member
Messages
11,902
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,902
Reaction score
109
Points
123
Mmg teruk laaa. Apa nak jd dgn negaraku Msia ni. Makin hari makin teruk tabiat org ni. Itu baru menetap di Msia. Jika menetap di negara barat aku rasa dia org ni jadi kepala pimp.

Dia org ni tak takut langsung dgn hukuman yg mmg berat tu... kena sebat ooo.

Minta dijauhkanlahhh.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register