Polis syariah giat cegah maksiat

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

SEORANG anggota polis syariah menyoal seorang lelaki yang duduk di tepi pantai bersama kekasihnya di Banda Aceh pada 18 Disember lalu.

BANDA ACEH - Polis pencegah maksiat di sini yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah giat memberi teguran kepada pasangan kekasih yang duduk di tepi pantai, wanita tidak bertudung, berjudi dan peminum arak.

"Kamu masih tidak berkahwin. Kamu sepatutnya tidak berada bersama-sama di sini.

"Kamu sepatutnya pergi dari sini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu kepada satu pasangan kekasih yang berjalan ke tempat meletak kenderaan sambil disaksikan oleh sejumlah orang di sini, baru-baru ini.

Gadis-gadis yang memakai pakaian ketat turut diberikan amaran supaya tidak memakainya pada masa depan.

"Kamu tidak sepatutnya malu pada diri sendiri kerana memakai pakaian seperti ini," kata seorang pegawai pencegah maksiat itu.

"Pergi pulang dan pakai pakaian yang lebih sederhana," katanya.

Menurut Ketua Jabatan Undang-Undang Syarie Wilayah Aceh, Marzuki, pihaknya membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.

Wilayah Indonesia itu dibenarkan untuk menggunakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi dengan pemerintah negara tersebut pada 2002. - Reuters
 
Sponsored Post

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Alhamdulillah, aku nak benda ni dibuat dekat Malaysia!
 

ryuji

Fun Poster
Joined
May 12, 2009
Messages
121
Reaction score
0
Points
10
aku pon sokong juga kalau ada pasukan mcm ni di Malaysia... tp yg bertanggungjwb tu jgn plak slh guna kuasa k.
 

zed82

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,973
Reaction score
15
Points
25
kat m'sia ni ramai pompuan melayu pakai ketat2.. pakai tudung.. tp baju ngan seluar ketat.. pelik betul..:-?
 

yazaedar

Active+ Member
Joined
Apr 29, 2006
Messages
2,834
Reaction score
4
Points
25
malaysia payah sikit... Nanti depa kata melanggar hak asasi manusia... Bukan aku kata orang kata
 

Bionik

Super Active Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
malaysia payah sikit... Nanti depa kata melanggar hak asasi manusia... Bukan aku kata orang kata
Depa yang kata itu mestilah......apa lagi...wanita/puteri UMNO lah.
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Baguslah ambil pendekatan begini serta mendidik org. Bila lah agaknya nak ada di Msia ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register