Md Hanif
Fun Poster
- Messages
- 840
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 840
- Reaction score
- 64
- Points
- 25
Seorang pegawai polis berkawal semasa perhimpunan awam parti National People's Power (NPP) menjelang Pilihan Raya Parlimen ke-17, di Homagama, Colombo, Sri Lanka pada 20 Oktober 2024. Kredt: REUTERS
COLOMBO, 23 Okt (Bernama-Xinhua) -- Polis Sri Lanka mengumumkan pada Rabu, mereka sedang mengambil langkah proaktif tambahan untuk melindungi pelancong dan rakyat daripada sebarang bentuk ancaman, selepas kedutaan Amerika Syarikat mendedahkan maklumat mengenai kemungkinan serangan di Arugam Bay, sebuah destinasi pelancongan popular di pantai timur Sri Lanka, lapor Xinhua.
Polis juga memperkenalkan talian khusus "1997" untuk melaporkan sebarang isu keselamatan yang dihadapi pelancong.
Dalam satu kenyataan, polis menjelaskan jumlah pelancong yang ramai dijangka melawat Sri Lanka dalam beberapa bulan akan datang, menurut anggaran kerajaan, dan memberi jaminan kerajaan Sri Lanka mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan keselamatan dan kebebasan semua pelancong.
Mengambil kira konflik yang berterusan di Timur Tengah dan Eropah Timur, polis akan melancarkan program keselamatan khas dengan kerjasama perkhidmatan perisikan untuk memastikan keselamatan pengunjung.
Polis Pelancong Sri Lanka akan diperkukuhkan lagi, dengan Pemangku Ketua Polis Negara, Priyantha Weerasooriya, mengeluarkan arahan kepada semua balai polis untuk mengutamakan keselamatan pelancong, menurut polis.
Pelancongan adalah antara sumber utama pendapatan asing Sri Lanka. Negara itu menyasarkan untuk menarik 2.3 juta pelancong tahun ini dan tiga juta pada 2025.
Polis Sri Lanka Tingkatkan Langkah Keselamatan Lindungi Pelancong
pelancong, Sri Lanka, keselamatan
