Polis siasat viral kes doula, bayi mati ketika lahir di rumah

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
Doktor mohon derma2 sahabat
Jom gaisss
Sikit pun takpe

harap doktor2 dpt banteras scam pusat rawatan guna nama agama skali :D
———-

Share this for international supporters

Dr SAKINAH SULONG is a truly dedicated Family Medicine Specialist for our families and community.

Aside from her day job as a doctor, she has also dedicated her time to educating the society on various social media platforms.

Her sole intention and motivation is to save peoples' lives from being misled by irresponsible groups of people who promote dangerous medical treatments without prior medical knowledge. These people are tirelessly shoving their misleading beliefs such as anti-vaccine, dangerous unsupported home births, herbal medicine that bring more harm than good, and a lot more worrying and risky activities.

We are fortunate to have a precious gem like Dr Sakinah Sulong in our community who is firm and courageous enough to walk the path not many activist doctors are doing to ensure the community gets the correct medical information.

Walking the path not trodden by many certainly has its challenges from parties with not only different opinions but are also trying to make Dr Sakinah disprited in her advocacy work.

On 26 October 2020, Dr Sakinah Sulong is faced with charges a total of RM 230,000 by a party who is going against her up to the point of filing the case to the court.

All this while, Dr Sakinah has been tirelessly working for our community.
Let us now stand in solidarity with Dr Sakinah to support her during this challenging time. What Dr Sakinah is fighting for is for the sake of our family, community and the future generation!
Together with Medical Mythbusters Malaysia, let's support Dr Sakinah Sulong.
Channel your donation through this LaunchGood campaign or directly to Medical Mythbusters Malaysia organization account:
“Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia”.[
Maybank: 5686 2101 2887.
Please write #TeamDrSakinah or #HealthHero for references.

p/s: All donations will be strictly audited. We will provide the report afterwards.


Thank You
Medical Mythbuster Team

 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
Kisah doula dituduh bunuh bayi pada awal 2018 mendapat perhatian saya.

ini kerana, saya dituduh sekutu pihak yang sama. Difitnah bunuh bayi juga. Kes ini masih berjalan di mahkamah.

Saya bukanlah arif sangat apa itu praktis doula dan CBE. Saya baru tahu rupanya profesyen doula tak sambut bayi, hanya peneman dan bagi ilmu kelahiran secara alami. Saya nak tegaskan saya sama sekali tidak menyokong unassisted homebirth oleh unqualified personnel. Jika betul lah dakwaan praktis ini yang mana doula menafikan.

Tapi kes ni maha zalim. Doula masyitah difitnah sebagai pembunuh tatkala sarat mengandung. Beberapa hari saja sebelum melahirkan anak. Tak dapat saya bayangkan derita dan penghinaan dihadapi oleh puan Masyitah dan keluarga.

Difitnah oleh mereka yang bergelar doktor.
Diterukkan dengan permainan persepsi oleh page pembuli siber tiada identiti Pseudoscience Watch.
Doula dikecam pembunuh, syaitan, gila duit.. Bila polis pada feb2018 keluar kenyataan ibu menafikan kaitan doula, ibu juga dikecam beramai-ramai. Ibu syaitan tak sayangkan anak, bersekongkol dengan pembunuh.


Kenyataan Pengarah Kesihatan DG Norhisham bahawa bayi disambut individu tak bertauliah diberi persepsi buruk, itulah doula. Padahal, Mahkamah Shah Alam memutuskan, individu tak bertauliah itu merujuk bapa bayi.

Fast forward, sekarang kita dah dapat keputusan mahkamah. Keputusan adalah sangat adil jika tuan puan teliti dokumen mahkamah.

Lagi pelik bila dokumen tambahan dikemukan oleh pihak Dr Sakinah...kononnya temuramah doktor dengan ibu. Namun doktor tersebut, saksi terpenting Dr Sakinah tidak hadir untuk mengesahkan laporan itu. Ibu arwah bayi menafikan kandungan laporan pegawai perubatan tu. Terutamanya part " doula tarik baby" memang ibu nafikan.

Adakah ia FAKE REPORT? Kenapa laporan seakan sama tu tak lama selepas ditulis kejap je timbul di page PW yang memulakan fitnah ini? Dr Sakinah dalam court kata tak kenal doktor tersebut. Walhal banyak betul gambar suami Dr Sakinah bergambar dengan doktor tu.

Fitnah paling besar pada saya ialah contempt of court dimulakan oleh "doktor selebriti" dan diolah doktor doktor lain dalam cubaan backup Dr Sakinah. Kononnya ibu menarik balik laporan sokong Dr Sakinah di court. Bercakap biarlah evidence based ya.

Pihak polis dari awal lagi dah kata ibu nafikan doula terlibat. Ibu arwah tak pernah bekerjasama, bersekongkol dengan pihak Dr Sakinah.Macam mana nak kerjasama jika awal lagi, dah kena kecam lepas kenyataan polis keluar? Something wrong kat situ bagi yang berfikir dan tidak hanya gunakan emosi semata.

Tuan puan,

Saya juga doktor perubatan berdaftar. Saya tahu sharing saya ini bakal dikecam. Bukan sahaja oleh Netizen yang tertipu dengan cerita rekaan..Tetapi juga oleh rakan doktor yang pendokong perjuangan melawan doula tidak beretika.

Wallahi saya juga sokong perjuangan lawan doula yang melebih. Tapi dalam kes ini, tiada langsung bukti malpraktis oleh doula Masyitah. Yang ada, hanya bukti penyelewengan pihak yang terbukti memfitnah. Itu belum cerita pencerobohan data peribadi ibu yang mengancam nyawa ibu di kala ibu arwah hangat dikecam sekarang.

Nasihat saya kepada rakan-rakan doktor dan staf kesihatan:

1) Ini ialah isu peribadi, bukan isu perjuangan melawan doula. Ia adalah isu dakwaan bunuh digerakkan besar-besaran yang akhirnya terbukti fitnah. Jangan terpedaya dengan cerpen tagih sokongan dan simpati. Betul, perjuangan kita lawan malpraktis membahayakan pesakit..
Tapi matlamat tak halalkan cara fitnah dan penipuan.
Doula menang saman fitnah tak bermakna lesen untuk sambut baby di rumah unassisted. Jika ada, report polis saja.

# Jangan benarkan fitnah subur untuk apa-apa "demi" sekalipun
# Jangan benarkan norma baharu mengecam, menghina, menjatuhkan maruah sesiapa tanpa tabayyun. Kita adalah profesional yang sudah BERSUMPAH.
# Sokong Dr Sakinah dengan berikan keadilan kepada beliau. Semoga Allah ampuni dosa beliau di akhirat.

# Bagi ramai rakan doktor yang bertanya kenapa medical report tak laku?

Jawapan saya: Laku sangat, sebab itu dibawa ke mahkamah sebagai bukti tambahan (walaupun secara illegal dalam kes ni). Cuma, doktor yang ambik sejarah kejadian patut bertanggungjawab mengesahkan laporan yang dinafikan ibu itu.

2) Kepada pihak yang kalah saman fitnah.

Cukuplah kerosakan yang dah ada.
Jangan ditambah lagi kes mahkamah tu. Jujur cakap ni. Bertaubatlah dan anggap ini sebagai ujian dan kasih sayang Allah.

Kepada team war room dan cybertrooper KKM yang backup, sudah-sudahlah dengan strategi marketing penulisan bersulam kepalsuan. Wallahi tuan puan akan diazab atas setiap dusta yang dinukilkan. Insha Allah doa orang teraniaya itu makbul.
.

3) Kepada netizen yang tidak tahu pucuk pangkal cerita...kita semua bertanggungjawab atas komen dan ulasan kita. Tabayyun dan dapatkan cerita sebenar jika nak ulas. Bersikap adil lah..walaupun yang buat salah tu rakan, atau adik beradik kita sendiri. Adik Dr Sakinah sendiri classmate dan bestfriend saya.

Tapi kes ni saya mohon maaf sangat..saya perlu ceritakan kebenaran kerana banyak sangat pihak yang sengaja timbulkan fitnah baru. Berlapang dadalah kerana ada hikmahnya kes ini..janganlah ditambah lagi kes baharu.

Bagus dan mulia niat tuan-puan nak sokong doktor-doktor dan frontliner melawan praktis membahayakan nyawa. Tapi ini bukan kesnya.

Ini adalah saman DEFAMATION. Kemenangan doula adalah clear cut. Bukan isu teknikal.

Isu dimainkan sesetengah pihak tidak bahawa ibu tarik sokongan di court adalah palsu dan menghina mahkamah.

Saya mohon juga pihak mufti wilayah menarik balik Bayan yang memetik kes ini pada 2018..hanya kerana sebagai manusia, khilaf merujuk "ahli" yang keduanya kalah kes ini.
.

Semoga pencerahan ini melepaskan tanggungjawab saya bagi menyatakan kebenaran setelah tabayyun insan-insan teraniaya seperti doula dan ibu arwah.. Saya terima label,prejudis dan kecaman mendatang sebagai hikmah dan ujian yang saya terima dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah.

Wallahua'lam.

.
.
Dr Hafiz Sulaiman,
MMC: 50329

-Pejuang Kesihatan.

 
  • Like
Reactions: TT

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
Doula Masyitah dibenar mula prosiding hina terhadap doktor


GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Doula (pembantu kelahiran) Masyitah Md Hassan dibenar untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap seorang doktor yang diperintah membayar ganti rugi RM200,000 kerana memfitnah wanita itu.

Fitnah berhubung insiden kelahiran bayi di rumah yang mengakibatkan kematian, dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini selepas membenarkan permohonan Masyitah.

Peguam Nur Izzaida Zamani yang mewakili Masyitah ketika dihubungi berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters membenarkan permohonan anak guamnya dengan kos sebanyak RM5,000 dalam prosiding pendengaran yang dikendalikan melalui aplikasi Skype.

Beliau berkata, notis permohonan sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan oleh Masyitah, 33, untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Dr Sakinah Sulong, 44, yang didakwa sengaja atau enggan atau gagal mematuhi keputusan Evrol pada 26 Oktober lalu, yang memerintahkan doktor itu menerbitkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya selama enam bulan berturut-turut, berhubung kes saman fitnah difailkan Masyitah terhadap Dr Sakinah.

Doktor itu dikehendaki menerbitkan permohonan maaf tersebut dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman dan tarikh akhir untuk defendan berbuat demikian adalah pada 2 November lalu.
Pada 26 Oktober lepas, Evrol membenarkan tuntutan saman fitnah Masyitah selaku plaintif, terhadap Dr Sakinah iaitu selain memerintahkan defendan menerbitkan permohonan maaf, doktor itu juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 berserta kos RM30,000 kepada plaintif.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah melarang Dr Sakinah daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama atau tuduhan salah terhadap Masyitah berhubung kematian bayi berkenaan secara langsung atau tidak langsung.

Dalam pada itu, Nur Izzaida berkata, Evrol hari ini turut membenarkan permohonan Masyitah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap doktor pakar, Prof Dr Imelda Balchin Nasruddin kerana tindakannya yang sengaja atau berpengetahuan menerbitkan dua kenyataan di bahagian komen dalam satu daripada hantaran di laman Facebook milik beliau (Dr Imelda) berhubung keputusan mahkamah dalam kes saman fitnah itu.

"Semua dokumen berhubung prosiding penghinaan akan diserahkan kepada semua pihak dengan sewajarnya," katanya menambah perbicaraan kes saman fitnah itu mengambil masa tiga hari bermula 9 Ogos lalu.
Dalam saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 10 Ogos 2018, Masyitah mendakwa Dr Sakinah secara salah dan berniat jahat memuat naik, menyiarkan, menyebarkan atau menerbitkan pernyataan yang memfitnah beliau di laman Facebook milik defendan pada 7, 8 dan 12 Feb 2018, apabila pernyataan pada 8 Februari itu telah mendapat lebih 5,000 suka daripada individu awam.

Menurut plaintif, pernyataan fitnah itu memberi maksud antaranya, bahawa beliau adalah seorang penipu, mempengaruhi ibu-ibu untuk meneruskan kelahiran dalam air di rumah dan bahawa plaintif telah membunuh atau menyebabkan kematian seorang bayi.

Masyitah berkata, pernyataan yang merujuk kepada beliau itu adalah palsu, tidak benar, tidak berasas dan telah diterbitkan dengan niat jahat serta telah menjejaskan reputasi dan nama baiknya dalam kalangan masyarakat umum.

"Kesan dan akibat daripada tindakan defendan menyebabkan saya menerima pelbagai komen, pesanan berbaur kebencian dan ugutan keras termasuk ugutan bunuh daripada pelbagai pihak termasuk individu tidak dikenali menerusi pelbagai medium termasuk laman media sosial dan pesanan teks ringkas," katanya.

Masyitah yang ketika itu sedang sarat mengandung mendakwa telah mengalami tekanan perasaan, jiwa dan mental serta mengalami kemurungan selepas bersalin serta mengalami gangguan emosi yang teruk akibat daripada komen serta pesanan yang diterima olehnya.

Plaintif menegaskan bahawa beliau pada setiap masa bukan seorang yang telah menjadi punca atau mengakibatkan kematian seorang bayi seperti didakwa oleh defendan dan tiada sebarang bukti atau keputusan mana-mana siasatan atau kes mahkamah yang telah mensabitkan beliau dengan kesalahan membunuh.

Sementara itu, dalam pernyataan pembelaannya, Dr Sakinah yang merupakan doktor pakar perubatan keluarga menyatakan bahawa pernyataan yang diterbitkan di Facebook miliknya itu merupakan ulasan fakta, ekspresi pendapat dan merupakan komen berpatutan berdasarkan kepentingan awam.

Menurut defendan, komen beliau adalah susulan kejadian seorang bayi dilaporkan mati akibat sesak nafas setelah kepalanya tersangkut di perineum ibu semasa melalui kelahiran songsang dan kelahiran bayi tersebut telah disambut sebahagiannya oleh suami pesakit tersebut manakala kepala bayi telah disambut oleh individu yang bukan merupakan anggota perkhidmatan kesihatan serta tidak bertauliah untuk mengendalikan kelahiran bayi.

Dr Sakinah berkata laporan polis dibuat plaintif bertarikh 8 Februari 2018 mengesahkan bahawa plaintif hadir dan terlibat dalam insiden kelahiran bayi pesakit dan mengesahkan bahawa plaintif telah secara aktif mengarahkan pesakit langkah-langkah yang perlu diambil ketika kelahiran bayi pesakit selain mengesahkan bahawa plaintif telah mengarahkan suami pesakit untuk memanggil ambulans hanya selepas kelahiran bayi.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 9:31 PM

 
  • Like
Reactions: TT

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
Ingat lagi tak, selepas kes doula menang saman fitnah terhadap seorang doktor, ramai yang membuat tuduhan melulu kononnya si ibu tarik balik kenyataan, dan macam-macam pembohongan untuk menjustifikasikan kenapa doktor itu boleh kalah.

Nah, hari ini akhbar Metro melaporkan perkembangan baharu:
“Masyitah (i.e. doula tersebut) ... memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Dr Sakinah Sulong, 44, yang didakwa sengaja atau enggan atau gagal mematuhi keputusan....

“Dalam pada itu, Nur Izzaida Zamani berkata, Evrol hari ini turut membenarkan permohonan Masyitah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap doktor pakar, Prof Dr Imelda Balchin Nasruddin kerana tindakannya yang sengaja atau berpengetahuan menerbitkan dua kenyataan di bahagian komen dalam satu daripada hantaran di laman Facebook milik beliau (Dr Imelda) berhubung keputusan mahkamah dalam kes saman fitnah itu.”

Sebab itu, apabila kes telah selesai di Mahkamah, semua pihak sepatutnya perlu patuh, sebab perlawanan sudah pun selesai di Mahkamah, jadi jangan pula kerana tidak puas hati, dibawa pula ke media sosial dengan menyebarkan cerita yang entahkan benar entahkan tidak benar.

Hina Mahkamah ialah perkara serius, dan jika kelak didapati bersalah, hukumannya maksimum boleh sampai membawa ke penjara, dan bukan sekadar kena bayar denda semata-mata. Jadi jangan dibuat main-main, hanya sebab komen-komen facebook mudah ditaip di hujung jari, tapi kesan dan natijahnya, kamu sendiri yang kena tanggung nanti.


 
  • Like
Reactions: TT

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
Kes doula, Dr Sakinah Sulong rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 6, 2020 @ 5:07pm

mahkamah_ketuk4_1604661507.jpg

GAMBAR hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang doktor kerajaan, Dr Sakinah Sulong merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang mengarahkannya mengeluarkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya, susulan kes membabitkan doula (pembantu kelahiran) Masyitah Md Hassan.

Peguamnya, Mahmud Abdul Jumaat, berkata Notis Rayuan berkenaan difailkan Jumaat lalu, selepas anak guamnya itu tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang membenarkan tuntutan Masyitah itu.

Katanya, ia merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 26 Oktober lalu, Dr Sakinah diarahkan mengeluarkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya selama enam bulan berturut-turut berhubung kes saman fitnah yang difailkan Masyitah terhadap Dr Sakinah.

"Penghakiman berkenaan memerintahkan Dr Sakinah menerbitkan permohonan maaf berkenaan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman dan tarikh akhir untuk defendan berbuat demikian adalah pada Isnin lalu.

"Namun pada Jumaat lalu, saya bagi pihak Dr Sakinah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

"Isnin lalu pula, saya sebagai wakil Dr Sakinah memfailkan permohonan penangguhan perlaksanaan untuk memohon suatu perintah supaya perlaksanaan penghakiman mahkamah yang bertarikh 26 Oktober itu digantung sementara pendengaran permohonan berkenaan dan penghakiman itu turut digantung

sehingga pelupusan rayuan Dr Sakinah di Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan Hakiman Mahkamah Tinggi," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Peguam Nur Izzaida Zamani yang mewakili Masyitah dilaporkan berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters membenarkan permohonan anak guamnya dengan kos sebanyak RM5,000 dalam prosiding pendengaran yang dikendalikan melalui aplikasi Skype.

Beliau dilaporkan berkata, notis permohonan sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan oleh Masyitah, 33, untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Dr Sakinah Sulong, 44, yang didakwa sengaja atau enggan atau gagal mematuhi keputusan Evrol pada 26 Oktober lalu, yang memerintahkan doktor itu menerbitkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya selama enam bulan berturut-turut, berhubung kes saman fitnah difailkan Masyitah terhadap Dr Sakinah.

Doktor Sakinah dikehendaki menerbitkan permohonan maaf itu dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman dan tarikh akhir untuk defendan berbuat demikian adalah pada 2 November lalu.

Pada 26 Oktober lalu, Evrol membenarkan tuntutan saman fitnah Masyitah selaku plaintif, terhadap Dr Sakinah iaitu selain memerintahkan defendan menerbitkan permohonan maaf, doktor itu juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 berserta kos RM30,000 kepada plaintif.

Mengulas lanjut, Mahmud berkata, perlu dijelaskan bahawa penghakiman bertarikh 26 Oktober itu adalah dalam bentuk perbuatan iaitu permohonan maaf iaitu "root of defamation case."

"Rayuan Dr Sakinah akan menjadi akademik memandangkan tindakan berkenaan tidak boleh ditarik balik dan reputasi serta nama baik Dr Sakinah akan terjejas sekiranya rayuannya dibenarkan kelak.

"Sehingga kini pihak Dr Sakinah tidak menerima sebarang dokumen berhubung dengan prosiding menghina mahkamah," katanya.

 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,938
Reaction score
1,693
Points
151
Takpe lah
Apesalah nya turun kan keegoan tu
Minta maaf lebih senang dr minta izin hehe
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
Che Puteh Osman

4m ·


Mahkamah benar Dr Sakinah tangguh mohon maaf kes doula

“Peguam Dr Sakinah, Mahmud Abdul Jumaat, berkata keputusan membenarkan permohonan penangguhan interim itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters, dalam prosiding menerusi Skype, semalam.

Katanya, keputusan itu bermakna Dr Sakinah tidak perlu membuat permohonan maaf tidak bersyarat berkenaan, sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhan pelaksanaan penghakiman yang masih belum ditentukan tarikh.

"Pendengaran bagi permohonan penangguhan interim pelaksanaan penghakiman permohonan maaf Dr Sakinah dipercepatkan dan dilaksanakan semalam di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters, melalui aplikasi Skype.

"Selepas mendengar hujahan peguam Dr Sakinah, iaitu saya dan Bani Prakash serta peguam mewakili Masyitah, Irna Shahana Samsudin dan Nur Izzaida Zamani, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan interim bagi penangguhan pelaksanaan penghakiman terhad kepada penerbitan permohonan maaf seperti dalam penghakiman terdahulu, sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhan pelaksanaan penghakiman sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Dr Sakinah dilaporkan merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang mengarahkannya mengeluarkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya.

Peguamnya, Mahmud dilaporkan berkata Notis Rayuan berkenaan difailkan minggu lalu, selepas anak guamnya itu tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang membenarkan tuntutan Masyitah itu.

Minggu lalu, Peguam Masyitah, Nur Izzaida dilaporkan berkata, pihaknya sudah memfailkan notis permohonan sebelah pihak (ex-parte) untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Dr Sakinah.

Dr Sakinah didakwa sengaja, enggan atau gagal mematuhi keputusan Evrol pada 26 Oktober lalu, yang memerintahkannya menerbitkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya selama enam bulan berturut-turut.

Dalam keputusan itu, Doktor Sakinah dikehendaki menerbitkan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman dan tarikh akhir untuk defendan berbuat demikian adalah pada 2 November lalu.

Evrol juga membenarkan tuntutan saman fitnah Masyitah selaku plaintif terhadap Dr Sakinah yang diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 berserta kos RM30,000 kepada plaintif.
Mahmud berkata, penghakiman bertarikh 26 Oktober lalu adalah dalam bentuk perbuatan, iaitu permohonan maaf yang menjadi 'root of defamation case.'

"Rayuan Dr Sakinah akan menjadi akademik memandangkan tindakan berkenaan tidak boleh ditarik balik jika dilakukan dan reputasi serta nama baik Dr Sakinah akan terjejas sekiranya rayuannya dibenarkan mahkamah kelak," katanya.

Nota kaki: Para penyokong Dr Sakinah diminta untuk tidak membuat sebarang komen mengenai kes ini. Kes masih berjalan. Jangan komen provokasi atau melayan komen provokasi. Mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk tidak bercakap mengenai kes ini di media sosial.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
Mahkamah benar Dr Sakinah tangguh mohon maaf kes doula
November 11, 2020 @ 2:09pm

mahkamah_logo_1605074972.jpg


JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi membenarkan pengamal perubatan, Dr Sakinah Sulong menangguhkan perintah permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebooknya berkaitan kes membabitkan doula (pembantu kelahiran).
Dr Sakinah sebelum itu memohon untuk mendapatkan perintah penangguhan interim terhadap perintah permohonan maaf itu kepada Masyitah Md Hassan.

Peguam Dr Sakinah, Mahmud Abdul Jumaat, berkata keputusan membenarkan permohonan penangguhan interim itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters, dalam prosiding menerusi Skype, semalam.


Katanya, keputusan itu bermakna Dr Sakinah tidak perlu membuat permohonan maaf tidak bersyarat berkenaan, sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhan pelaksanaan penghakiman yang masih belum ditentukan tarikh.

"Pendengaran bagi permohonan penangguhan interim pelaksanaan penghakiman permohonan maaf Dr Sakinah dipercepatkan dan dilaksanakan semalam di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters, melalui aplikasi Skype.

"Selepas mendengar hujahan peguam Dr Sakinah, iaitu saya dan Bani Prakash serta peguam mewakili Masyitah, Irna Shahana Samsudin dan Nur Izzaida Zamani, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan interim bagi penangguhan pelaksanaan penghakiman terhad kepada penerbitan permohonan maaf seperti dalam penghakiman terdahulu, sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhan pelaksanaan penghakiman sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Dr Sakinah dilaporkan merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang mengarahkannya mengeluarkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya.

Peguamnya, Mahmud dilaporkan berkata Notis Rayuan berkenaan difailkan minggu lalu, selepas anak guamnya itu tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang membenarkan tuntutan Masyitah itu.

Minggu lalu, Peguam Masyitah, Nur Izzaida dilaporkan berkata, pihaknya sudah memfailkan notis permohonan sebelah pihak (ex-parte) untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Dr Sakinah.

Dr Sakinah didakwa sengaja, enggan atau gagal mematuhi keputusan Evrol pada 26 Oktober lalu, yang memerintahkannya menerbitkan permohonan maaf tidak bersyarat secara terbuka di laman Facebook miliknya selama enam bulan berturut-turut.

Dalam keputusan itu, Doktor Sakinah dikehendaki menerbitkan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman dan tarikh akhir untuk defendan berbuat demikian adalah pada 2 November lalu.

Evrol juga membenarkan tuntutan saman fitnah Masyitah selaku plaintif terhadap Dr Sakinah yang diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 berserta kos RM30,000 kepada plaintif.
Mahmud berkata, penghakiman bertarikh 26 Oktober lalu adalah dalam bentuk perbuatan, iaitu permohonan maaf yang menjadi 'root of defamation case.'

"Rayuan Dr Sakinah akan menjadi akademik memandangkan tindakan berkenaan tidak boleh ditarik balik jika dilakukan dan reputasi serta nama baik Dr Sakinah akan terjejas sekiranya rayuannya dibenarkan mahkamah kelak," katanya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register