Polis siasat viral kes doula, bayi mati ketika lahir di rumah

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,692
Reaction score
21,085
Points
1,671
Wanita tampil nafi dakwaan Kak Yat kata khidmat percuma

SEBELUM ini hangat isu doula bertikam lidah dengan netizen dan doktor berhubung kepercayaan kaedah perubatan yang kononnya bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital.


Tidak habis perang mulut antara doula dan netizen, kali ini seorang bekas klien doula kontroversi itu mendakwa dirinya turut terpalit dengan isu sama.

Ia berikutan tindakan bekas klien tersebut yang juga seorang ahli perniagaan berkongsi pengalaman pernah berurusan dengan doula berkenaan dengan mendedahkan dia pernah membuat bayaran ribuan ringgit untuk caj perkhidmatannya sekitar empat tahun lalu.

Hal ini timbul gara-gara tindakan doula terbabit yang memberitahu dia menawarkan khidmat sebagai peneman ibu bersalin tanpa sebarang bayaran semasa bersiaran langsung dalam sebuah program bual bicara stesen televisyen tempatan, Jumaat malam lalu.

Bekas klien tersebut, Noor Inora Putri Noorzainy memberitahu kenyataan doula bebas berkenaan, Hayati Muzaffar yang dikenali sebagai Kak Yat amat berbeza dan mengelirukan.

"Kalau dia cakap percuma bagi saya itu tak betul... dia tak patut tipulah. Saya tak pasti jika dia buat percuma baru-baru ini, tapi masa saya mengandungkan anak pertama empat tahun lalu kami dikenakan bayaran untuk mengikuti kelasnya.

"Orang keliru sebab ada yang DM saya kenapa caj sampai beribu. Mereka tak percaya tapi sebenarnya kalau kelas yang ramai-ramai pun dah caj RM500. Saya beritahu kami pilih kelas peribadi, suruh dia (Kak Yat) datang rumah. Jadi kami bayar hampir RM2,000," katanya.

Nora berkongsi gambar doula tersebut semasa sesi kelas 'bersalin' di rumah mereka, empat tahun lalu.

Bagaimanapun Noor Inora atau lebih mesra disapa Nora memberitahu dia tidak meneruskan kelas bersama doula tersebut kerana merasakan 'ada sesuatu yang tidak kena'.

"Saya dan suami sebenarnya mahu belajar teknik bersalin tanpa sakit (hypnobirthing), lebih kepada teknik meneran... teknik bernafas semasa hendak bersalin bukan nak ambil doula.

"Masa kelas pertama tu dia tak ajar teknik bernafas tapi cara ketika hendak bersalin (duduk... kangkang seperti ditunjukkan dalam TV semasa live). Jadi kami rasa pelik dan tidak selesa.

"Pada masa sama dia juga tunjuk video adik dia bersalin dekat rumah. Kami tengok video tu pun takut. Bila dia balik je saya cakap kat suami Ya Allah apa kita belajar ni. Dari situ saya tak teruskan kelas dengan dia dah," katanya.

Nora berkata, dia sekadar berkongsi pengalamannya dengan pengikutnya di Instagram memandangkan isu doula menjadi topik hangat program bual bicara di sebuah stesen televisyen.

"Kalau ada yang dah lama 'follow' saya dekat IG mesti anda dah tahu saya memang suka kongsi pengalaman berkaitan apa sahaja.

"Sebenarnya kapsyen Nora berkaitan doula dah pernah ada dekat Facebook setahun ke dua tahun lepas jadi saya copy paste semula. Tapi tak sangka viral dan netizen buat paparan skrin masuk page di Facebook," katanya.

Nora bagaimanapun berkata dia sebenarnya enggan memanjangkan hal tersebut tetapi terpaksa mempertahankan dirinya selepas doula terbabit berkata sesuatu tidak baik mengenai dirinya.

"Ingatkan dah habis kat situ tapi jadi lebih teruk. Ada seseorang screenshot dan kongsi pengalaman saya dekat 'alumni' kumpulan WhatsApp tapi dia 'spin' pula cakap saya obesiti. Saya amat marah.

"Anda buat salah tapi anda cari salah orang lain. Sebagai seorang bekas klien saya kecewa kerana dia sepatutnya menyokong ibu hamil tetapi menghina bentuk fizikal mereka. Siap cakap saya nak makan McDonald hari-hari. Melampau!" katanya.

Malah Nora berkata apa yang diperkatakan doula terbabit berunsur fitnah dan tidak benar.

"Dia juga kata saya buat muka bila dia ajar diet ibu hamil. Nak merajuk buat apa? Itu maksudnya saya tidak berminat. Siapa kawan saya yang bersama kami semasa kelas tersebut? Untuk pengetahuan semua hanya saya, suami dan Kak Yat sahaja pada waktu itu... tiada orang lain.

"Dari situ dia dah menipu. Apa yang dia kata semuanya tidak benar. Jika anda profesional anda tidak akan memfitnah mahupun menghina bentuk fizikal klien. Sudah-sudahlah beritahu bersalin dekat hospital tak bagus. Walaupun dia berkias-kias tapi kita faham apa maksud yang dia cuba sampaikan," kata ibu kepada dua anak itu.

Dalam pada itu, Nora turut menasihati mana-mana bakal ibu supaya tidak terpengaruh dengan pujukan dan rayuan kumpulan doula di negara ini.

"Gunakan khidmat doula untuk bersalin di rumah bukan satu idea yang bagus. Kalau dekat luar negara boleh ada doula semasa hendak bersalin kerana mereka bekerjasama dengan pasukan perubatan.

"Tapi dia Malaysia belum ada lagi doula yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi jangan mudah terpengaruh. Tolong bersuara dan jangan malu, jangan takut. Insya-Allah semua rakyat Malaysia ada di belakang kita," katanya.

Sebelum ini, Hayati semasa program bual bicara 'Analisis' bertajuk "Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor' berkata dia memberikan khidmat sebagai peneman secara percuma kepada ibu bersalin.

"Title saya 'freelance doula' bermaksud saya memberikan khidmat sebagai peneman tanpa bayaran dan saya berkhidmat kepada komuniti tempatan atas dasar sukarela dan di atas jemputan ibu bapa.

"Di Malaysia bagaimana saya bermula terjebak bukan profesion sebab saya tak menerima bayaran. Jadi ia sebenarnya kerjaya dan keazaman (vocation dan patience)," katanya. - Mstar


Nora bersama suaminya selepas selamat melahirkan puteri sulung mereka pada 2015. Foto ihsan Noor Inora Puteri.
 
Sponsored Post

farahin

Junior Member
Joined
Oct 21, 2007
Messages
54
Reaction score
2
Points
11
Yg part doula tu buat gaya utraman tu saya rasa tu sebenarnya body language yg menunjukkan dia baru saja main tembak je jawab soalan yg ditujukan. Mungkin dia dah biasa buat body language mcm tu, jadi cara tak sengaja terbuat waktu wawancara tu.
 

duan47

Active+ Member
Joined
Dec 15, 2008
Messages
2,765
Reaction score
98
Points
30
Puak doula ni sama mcm peniaga kedai makan...rasa masakan hancur ke laut, tp tetap nak meniaga juga...

Asal servis jd duit, kelentong putar sana sini, apa dia peduli...
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,435
Reaction score
721
Points
121
haha, buduh doula tuduh akak dlm berita atas ni obes nak makan mc d tiap2 hari...

aku baca reply doula ni kt mana ntah, kelas memang berbayar..tapi nak meneman masa bersalin tu yg free
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,692
Reaction score
21,085
Points
1,671
Komuniti doula disaran tubuh organisasi khas diiktiraf



KUALA LUMPUR - Komuniti doula di negara ini disaran menyusun gerak kerja menerusi sebuah organisasi yang diiktiraf untuk membolehkan mereka yang layak menjadi peneman ibu ketika kelahiran, kata Profesor Ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Harlina Halizah [email protected]


Katanya, organisasi tersebut seharusnya bertindak sebagai badan pemantau selain mewujudkan kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebagaimana amalan di beberapa negara maju seperti United Kingdom, Australia...mereka bersatu di bawah satu organisasi yang dipantau dan dibantu oleh doktor serta peranan mereka (doula) tidak mengambil alih tugas individu yang lebih profesional.

"Namun di Malaysia, perkara yang paling merisaukan apabila tiada satu badan khas yang membuat pemantauan aktiviti doula dan sesiapa sahaja boleh mengaku mereka adalah doula dengan hanya menjalani latihan dalam sehari...ini mewujudkan risiko yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi yang bakal dilahirkan," katanya kepada pemberita.

Beliau menjelaskan, walaupun kes membabitkan doula tidak banyak dilaporkan tetapi kewujudan mereka sudah mula mendapat perhatian susulan beberapa kes kematian bayi yang dilahirkan dipercayai menggunakan khidmat golongan itu di negara ini. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/komuniti-doula-disaran-tubuh-organisasi-khas-diiktiraf-1.851948
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,692
Reaction score
21,085
Points
1,671
Kak Yat sumpah Quran di FB live

SELEPAS diasak netizen untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan semasa program bual bicara stesen televisyen tempatan minggu lalu, doula bebas Hayati Muzaffar akhirnya membuat penampilan secara live di Facebook miliknya petang Jumaat.


Menerusi siaran live tersebut, Hayati atau lebih dikenali sebagai Kak Yat tampil bersumpah bersaksikan al-Quran sebelum memberi penjelasan bagi membuktikan dia bercakap benar.

"Niat buat live FB untuk menjemput orang di luar sana bersama Kak Yat nak buat sumpah Quran. Kak Yat buat sesi perkongsian di wall peribadi Kak Yat nak bersumpah atas Quran (bahawa) perkongsian ini Kak Yat berkata yang benar.

"Kak Yat doakan kebaikan keluar daripada perkongsian ini nak menjelaskan pelbagai isu setelah lebih seminggu program Analisis dah berlalu, jadi itulah niat Kak Yat sumpah Quran.

"Kak Yat ambil soalan dari WhatsApp dan Facebook. Kak Yat buat keputusan lepas (solat) istikarah ada dalam 13 atau 14 isu untuk dijawab," katanya.

Susulan itu, mStar Online mendapatkan pandangan ahli Persatuan Ulama Sedunia, Ahmad Fauwaz Fadzil Noor mengenai tindakan tersebut.

Ahmad Fauwaz bagaimanapun tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut dan menyifatkan ia kurang sesuai untuk dilakukan.

"Dia tidak sepatutnya menggunakan (al) Quran untuk bersumpah. Sumpah hanya diguna pakai di mahkamah sahaja.

"Tindakan dia tidak begitu sesuai sebab kita ada ilmu. Kembali kepada ilmu yang akan menentukan," katanya.

Malah beliau turut kecewa apabila golongan doula di negara ini menggunakan al-Quran untuk mempengaruhi orang ramai supaya menggunakan khidmat mereka.

"Mereka tak boleh jadikan al-Quran sebagai kitab sains. Doa... doa tapi (ilmu) perubatan diserahkan kepada yang pakar.

"Maksudnya ibu yang mahu bersalin perlu jumpa doktor iaitu orang yang diberi pengiktirafan ilmu tersebut," katanya.

Justeru, Ahmad Fauwaz turut menasihati orang ramai terutamanya bakal ibu supaya tidak terpedaya dengan pengaruh doula.

"Doula kita tak tahu apa sandaran dia kerana dia tak ada ilmu (perubatan). Jadi jangan terpengaruh.

"Saya nasihatkan semua supaya kembali kepada ilmu yang menentukan. Setiap bidang apa pakar masing-masing. Bagi kes ini, kembali kepada ahli perubatan," katanya.

Ditanya seandainya doula tersebut menipu selepas sumpah tersebut dilakukan, Ahmad Fauwaz berkata dia perlu membayar kafarah (sumpah).

"(Jika berkata tidak benar) Maka dia perlu membayar kafarah (melanggar) sumpah untuk membantu orang miskin," katanya. - MStar

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,692
Reaction score
21,085
Points
1,671
Sumpah Quran tak selesai isu, bekas klien doula nekad saman

NAMPAKNYA episod 'perang siber' antara doula bebas, Hayati Muzaffar dan bekas kliennya membuka lembaran baharu apabila ahli perniagaan, Noor Inora Putri Noorzainy mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.


Noor Inora atau lebih mesra disapa Nora memberitahu mStar Online bahawa dia berhasrat memfailkan saman terhadap Hayati atau dikenali sebagai Kak Yat demi mempertahankan hak semua ibu di luar sana.

"Saya lakukan ini bukan untuk diri sendiri tapi demi pertahankan hak semua ibu di luar sana. Perkara ini dah lama berleluasa dan saya dapat banyak DM (Direct Message) suruh ambil tindakan undang-undang,

"Insya-Allah saya dan suami akan bertemu dengan peguam kami petang ini. Pada mulanya saya enggan memanjangkan perkara ini tetapi dia sudah melampau.

"Selepas meneliti pelbagai perkara dan mendapat nasihat daripada pakar termasuk bapa saya yang juga Ketua Polis Seberang Perai Utara, saya buat keputusan untuk ambil tindakan undang-undang. Saya tidak mahu dia (Kak Yat) berkata bukan-bukan tentang saya," katanya.

Pada masa sama, ibu kepada dua orang anak itu turut mendesak Kak Yat supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mendakwa wanita doula itu menghinanya.

"Dia 'spin' pula cakap saya obes. Dia buat salah tapi cuba cari salah orang lain. Jika dia seorang yang profesional, dia patut menghormati semua kliennya, bukannya berkata sesuatu tidak baik terhadap mereka.

"Dalam live Facebook kelmarin (Jumaat) dia kata saya obese atas alasan tuduhan itu hanya untuk disebarkan dalam private group. Saya amat kecewa kerana dia cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan orang ramai," katanya.

Dalam pada itu Nora turut kesal apabila beberapa individu yang dipercayai pengikut Kak Yat menyerangnya di Facebook.

"Ingatkan nak stop cerita pasal doula douli sekali ada lagi. Pagi semalam ada dua akaun palsu datang serbu FB saya cakap macam-macam. Masya-Allah tak sangka jadi sampai macam ni.

Ingatkan nak stop cerita pasal doula douli sekali ada lagi. Pagi semalam ada dua akaun palsu datang serbu FB saya cakap macam-macam. Masya-Allah tak sangka jadi sampai macam ni.

"Biarlah mereka nak cakap apa. Tak guna dah jelaskan macam-macam tapi tetap kita yang dituduh menyebar fitnah. Saya dah block akaun tu dan dah screenshot semuanya. Biarlah undang-undang yang menentukan," katanya.

Tambah Nora, dia akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan ramai individu pernah diserang dua pengguna akaun palsu itu. Mereka juga akan turut membuat laporan kepada SKMM," katanya.

Pada petang Jumaat, Kak Yat tampil bersumpah bersaksikan al-Quran sebelum memberi penjelasan bagi membuktikan dia bercakap benar berhubung kontroversi yang timbul.

"Niat buat live FB untuk menjemput orang di luar sana bersama Kak Yat nak buat sumpah Quran. Kak Yat buat sesi perkongsian di wall peribadi Kak Yat nak bersumpah atas Quran (bahawa) perkongsian ini Kak Yat berkata yang benar.

"Kak Yat doakan kebaikan keluar daripada perkongsian ini nak menjelaskan pelbagai isu setelah lebih seminggu program Analisis dah berlalu, jadi itulah niat Kak Yat sumpah Quran.

"Kak Yat ambil soalan dari WhatsApp dan Facebook. Kak Yat buat keputusan lepas (solat) istikarah ada dalam 13 atau 14 isu untuk dijawab," katanya.

Bagaimanapun perbuatan itu tidak dipersetujui ahli Persatuan Ulama Sedunia, Ahmad Fauwaz Fadzil Noor yang menyifatkan ia kurang sesuai untuk dilakukan.

"Dia tidak sepatutnya menggunakan al-Quran untuk bersumpah. Sumpah hanya diguna pakai di mahkamah sahaja.

"Tindakan dia tidak begitu sesuai sebab kita ada ilmu. Kembali kepada ilmu yang akan menentukan," katanya. - MStar


Nora bersama dua orang anaknya. Foto ihsan Noor Inora Puteri.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register