Polis siasat viral kes doula, bayi mati ketika lahir di rumah

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,667
Reaction score
21,084
Points
1,671

MOHD Khalil pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Polis ( IPK) Johor. - Foto Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Polis Johor sudah memulakan siasatan berhubung penularan berita kematian seorang bayi yang baru dilahirkan dan disyaki ada kaitan dengan amalan khidmat doula (pembantu ketika melahirkan) di sebuah rumah di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis dibuat berhubung kejadian itu dan turut menerima laporan polis dibuat seorang wanita yang dipercayai doula terbabit.

"Memang ada keluar banyak kenyataan di Facebook (FB) berhubung kejadian ini dan wanita yang dikatakan doula itu juga ada membuat laporan polis menafikan tuduhan dia terbabit dengan kejadian menyebabkan kematian bayi itu.

"Kita sudah merujuk dengan keluarga dan wanita yang melahirkan bayi itu, namun menurut kenyataan awal mereka tiada menyebut hal doula ini.

"Jadi, kita memulakan semula siasatan terperinci berdasarkan apa yang dinyatakan dalam FB dan kita akan mendapatkan semula maklumat," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan ibu bayi berkenaan malam tadi, kerana wanita itu sedang berehat di kampung dan mahu memberi ruang kepadanya sebelum mengambil keterangannya semula.

"Kita tidak mahu memberi tekanan kepada ibu bayi berkenaan dan kita tidak tahu lagi apa cerita sebenar yang berlaku.

"Kita juga akan merakamkan percakapan wanita yang dikatakan doula itu, jadi buat masa sekarang saya belum boleh mengesahkan sama ada kenyataan di FB itu benar atau tidak," katanya.

Mohd Khalil berkata, pihaknya juga belum dapat mengklasifikasikan kes berkenaan kerana siasatan awal belum dapat menimbulkan bentuk kesalahan yang berlaku.

"Jika ada berlaku unsur fitnah dalam kes ini, kita akan rujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan jika benar proses kelahiran ada membabitkan apa-apa kesalahan, kita rujuk kepada Kementerian Kesihatan serta lihat seksyen sesuai untuk mengambil tindakan," katanya.

Baru-baru ini, kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah (homebirth) yang didakwa berlaku di negeri ini, menjadi viral di FB.

Amalan 'homebirth' itu didakwa menyebabkan bayi yang baru lahir dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi ketika kelahiran yang kononnya berlaku di bawah pengawasan doula.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat semalam, mengingatkan amalan kelahiran di rumah atau bersalin tanpa kemudahan perubatan seperti di rumah sendiri adalah tidak disyorkan dan ibu mengandung perlu mempertimbang dan membuat keputusan terbaik bagi lokasi kelahiran anak mereka.

Beliau berkata, kemudahan bersalin dan kemudahan dewan bersalin yang betul di hospital dan premis yang disyorkan direka untuk meminimumkan risiko semasa kelahiran serta diuruskan mereka yang pakar seperti doktor dan jururawat terlatih atau bidan.

Katanya, unit pengamal perubatan swasta negeri juga tidak mengiktiraf peranan doula di negeri ini kerana mereka tidak dilatih dalam ubat-ubatan dan tidak mempunyai kelulusan untuk memberi perkhidmatan perubatan atau rawatan kepada orang ramai.

Masyitah Md Hassan
8 February

SATU MALAYSIA TUDUH SAYA PEMBUNUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Ini adalah kenyataan rasmi daripada saya, Masyitah Md Hassan ( Doula Mas) berkenaan kes yang tular di Malaysia kini yang mengaitkan nama saya. Pada mulanya saya bercadang tidak mahu respon memandangkan saya juga tengah tunggu masa melahirkan bayi ke empat dan juga disebabkan post dibuat oleh sebuah page yang sudah biasa memfitnah saya sekaligus adminnya tak dikenali.

Namun apabila ramai doktor dan kakitangan kesihatan cuba menghangatkan lagi isu walaupun mereka hanya menerima maklumat ini daripada laman facebook yang tidak bertanggungjawab, seterusnya menghakimi saya mengajak para netizen datang menyerang profile facebook saya dengan perkataan PEMBUNUH BAYI.

Perkara ini amat tidak menyenangkan hingga suami saya terpaksa mengambil alih akaun facebook saya dan block semua pemfitnah ini memandangkan beliau tidak mahu emosi saya bercampur baur dan menyebabkan gangguan emosi. Bagaimana pun setelah beberapa hari, kejadian ini belum reda dan mereka berusaha menyebarluaskan fitnah ini sehingga ada yang mendoakan kematian bayi saya pula.

Maka dengan ini saya mengagahkan diri di saat sarat mengandung ini untuk membuat laporan polis tentang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sungguh! Tuduhan sebagai pembunuh ini sangat-sangat berat buat saya.

KES BAYI MATI KELAHIRAN SONGSANG DIRUMAH

Ya benar, memang ada kes kematian bayi dirumah baru-baru ini di selatan tanah air.Saya mengambil masa juga untuk mendapatkan cerita penuh tentang kejadian yang didakwa sebagai perbuatan SENGAJA UNTUK MELAHIRKAN BAYI DI RUMAH. Dan saya dituduh membantu proses KELAHIRAN YANG MENGAKIBATKAN KEMATIAN BAYI.

Saya mengambil masa untuk mengenalpasti individu-individu yang terlibat menyebarkan dakwaan ini dan punca mereka membuatkan tuduhan kejadian tersebut adalah perbuatan ‘HOMEBIRTH’. Lagi pula pasangan berkenaan baru sahaja kehilangan anak maka banyak urusan mereka perlu selesaikan, terutamanya si ibu yang masih dalam keadaan terkejut dan dalam proses berpantang.

Saya mempertimbangkan keadaan ibu yang mungkin mengalami depression jika saya cuba mendapatkan maklumat berkenaan dakwaan HOMEBIRTH yang ditularkan, maka saya tunggu sehingga mereka sendiri menghubungi saya untuk penjelasan. Di sebabkan itu saya memilih untuk tidak menjawab sebarang tohmahan pada saya dimedia sosial hinggalah saya mendapat gambaran sebenar keseluruhan kejadian hingga menyebabkan petugas yang terlibat merawat ibu dan bayi berkenaan mendakwa itu adalah perbuatan HOMEBIRTH dan mengambil tindakan menyebarkannya di kalangan petugas kesihatan yang lain melalui media social Facebook termasuk Whatsapp.

Saya tidak mengelak untuk memberikan kenyatan kecuali setelah saya memahami keseluruhan dakwaan yang dituduh terhadap saya, walaupun beribu2 pm, komen dan tag di media sosial mendesak saya tampil membuat kenyataan, selain netizen yang terpengaruh dengan fitnah dan turut sama mencerca mengeji saya walaupun sumber mereka adalah tidak diketahui siapa penulisnya dan juga tiada bukti.

Saya difahamkan oleh pasangan terbabit bukanlah PLAN HOMEBIRTH seperti dicanangkan. Dan mereka juga tidak pasti kedudukan bayi pada ketika itu tetapi si ibu menyatakan bahawa last check up memang bayi belum dalam keadaan kepala di bawah.Maka tidak munasabah untuk mereka mengambil risiko untuk melakukan percubaan homebirth. Bahkan beliau mengatakan pada saya walaupun beliau ada berharap bayi pusing disaat akhir tetapi jika bayi tidak berpusing, beliau redha untuk emergency csection.

Semasa kejadian adalah lebih kurang selepas maghrib si ibu memang bercadang untuk pergi ke hospital. Beliau start ada mild contraction selepas asar. Bila saya tanya kenapa tidak pergi ke hospital awal lagi? Beliau menjawab beliau ada pengalaman anak sulong menunggu terlalu lama bila pergi sebelum ada sakit.Jadi beliau tunggu sekejap dirumah sambil menjaga anak sulong.Jarak rumah mereka ke Hospital juga tidak jauh.

Namun beliau tidak sangka semasa maghrib itu tanpa kontraksi yang kuat dan bersama barangan bayi yang telah disiapkan untuk kehospital, tiba-tiba beliau terasa mahu meneran. Beliau meneran dan akhirnya terkeluar bayi dengan kaki dahulu dan disambut oleh suami. Bayi juga tidak bernafas setelah keluar sepenuhnya dan suami beliau call ambulans. Pihak ambulans datang dan cuba bagi bantuan untuk menyelamatkan bayi malangnya bayi sudah tiada.

Tuduhan-tuduhan yang di lemparkan pada saya menyatakan saya mendoula pasangan berkenaan, mempengaruhi untuk melakukan homebirth adalah tidak benar sama sekali. Dalam keadaan saya juga sarat mengandung 39 minggu lebih mustahil saya mampu untuk mendoula ibu yang mana kerja ini memerlukan tenaga dan daya kudrat yang tinggi.

Ibu ini juga telah memberi kenyataan pada pihak hospital dan polis bahawa saya tiada kaitan dengan kes beliau dan beliau tidak pernah mengambil sebarang servis saya walaupun beliau mengenali saya. Dan amat tidak munasabah untuk saya menyambut bayi dirumah memandangkan kebiasaannya bayi low risk pun saya mendoula di hospital swasta dengan adanya staff perubatan. Ini kan pula kes berisiko tinggi seperti ini.

Sehingga kini saya masih belum dihubungi oleh mana-mana pihak yang mewakili Kementerian Kesihatan mahupun pihak berkuasa untuk meminta saya tampil memberi sebarang keterangan. Akan tetapi tularan post daripada beberapa laman facebook dan beberapa profile facebook individu telah mendakwa saya terlibat membantu pasangan terbabit untuk melakukan HOMEBIRTH secara sengaja

Dengan ini saya lampirkan laporan polis terhadap semua tuduhan yang tidak benar ke atas saya. Saya berharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak menjelaskan pada semua tentang kes ini dan kita doakan ibu dan bapa berkenaan diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

Pada saya tidak ada ibu bapa yang mahu kejadian seperti ini berlaku. Anak yang dikandung 9 bulan akhirnya tidak dapat diselamatkan.Akan tetapi tambahan ujian lagi pada pasangan ini kerana kejadian berlaku dirumah mereka, maka mereka dikatakan sengaja bersalin dirumah. Jika bayi berkenaan terkeluar di mana2 tempat seperti shopping complex, Marry Brown, atau dihospital mungkin tuduhan ini tidak berlaku dan doula juga tidak dikaitkan.

Berikutan kejadian ini, saya percaya terdapat pihak cuba mengambil kesempatan untuk memanipulasi situasi ini untuk menganiaya saya dengan dakwaan palsu atas andaian mereka sendiri, dan secara tidak langsung menganiaya pasangan terbabit demi mendatangkan kemudaratan pada latarbelakang saya yang menjalankan kelas sebagai Child Birth Education (CBE) yang juga seorang Peneman Ibu Bersalin (Doula).

Jika sekiranya pihak hospital atau polis mahu mengambil keterangan saya, pihak berkenaan boleh menghubungi saya di talian 012-2257914. Tindakan kakitangan terbabit yang mengambil tindakan secara individu dan menyebarkan dakwaan tidak benar kepada pihak awam jelas melanggar etika kerja anda sebagai kakitangan perubatan.

Jika terdapat sebarang keraguan, silakan buat laporan polis dan aduan rasmi kepada hospital seperti mana nasihat anda kepada saya semasa isu staff Hospital Shah Alam yang telah bertindak secara tidak beretika terhadap pesakit.

Saya berharap kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pembaca supaya tidak menuduh secara melulu apa yang dibaca di media sosial terutama daripada page yang adminnya secara sengaja ‘Baling Batu, Sembunyi Tangan’. Jika mereka di pihak yang benar, maka tidak perlu bersembunyi di sebalik nama samara ‘enthonox’ ataupun lain-lain profile palsu.

Ini kerana mereka bukanlah insan bertanggungjawab dan tidak takut melakukan apa sahaja walaupun ke tahap memfitnah dan memalukan individu yang mereka tidak sukai sehingga sanggup mereka mengubah gambar milik orang lain dengan label-label berunsur fitnah,serta menghakimi mangsa fitnah dengan tuduhan penjenayah, pembunuh sedangkan itu tugas hakim dan pihak polis.

Sekian kenyataan rasmi daripada saya. Saya tidak dapat memberi respon lagi pada mana-mana komen atau pm berunsur provokasi kerana saya perlu fokus untuk proses bersalin saya buat masa ini.

Sebarang urusan lanjut saya serahkan pada pihak berkuasa dan sedia bekerjasama untuk melancarkan siasatan dan seterusnya membersihkan nama saya daripada tuduhan ini.

Saya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang terlibat menyebarkan dakwaan fitnah ini.

Terima kasih.

• Dilampirkan salinan laporan polis oleh saya dan juga salinan laporan polis tentang kejadian sebenar daripada pasangan berkenaan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/386854/polis-johor-mulakan-siasatan-kes-doula
 
Khidmat doula tak boleh dilakukan tanpa doktor, bidan



KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat penggunaan khidmat 'doula' tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih.


Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat (misalnya) tidak sepatutnya timbul.

"Kini dengan adanya seluar bersalin mesra aurat, hospital-hospital tertentu yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, di samping perlu difahami bahawa nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut," katanya menerusi satu kenyataan.

Selain itu beliau berkata, orang ramai tidak boleh mencontohi kejadian Maryam (alahissalam) melahirkan anak di rumah kerana kejadian yang berlaku pada zaman tersebut adalah kehendak ALLAH SWT.

Zulkifli juga memuji usaha pihak Kementerian Kesihatan dalam mengurangan kadar kematian ibu bersalin dari tahun demi tahun termasuk kadar kematian bayi.

"Dalam masa sama, amat penting supaya penjagaan sejak mengandung dilakukan di tempat-tempat yang diiktiraf oleh KKM, bukannya hanya melalui konsultasi 'doula' semata-mata," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai merujuk kepada pakar perubatan yang diiktiraf sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai kelahiran di rumah.

"Melakukan sesuatu yang membahayakan atau mencalarkan kehormatan dan juga melibatkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan oleh ALLAH SWT.

"Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi seperti dalam isu ini dengan merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang diiktiraf oleh KKM agar sebarang tindakan rawatan kesihatan sentiasa dalam keadaan yang selamat," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/khidmat-doula-tidak-boleh-dilakukan-tanpa-doktor-bidan-1.797940

KKM sahkan bayi maut akibat sesak nafas
Disambut individu tiada tauliah



KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan punca kematian seorang bayi perempuan yang lahir tanpa kehadiran pakar perubatan di sebuah rumah di Johor Bahru, Johor disebabkan sesak nafas (asphyxia) setelah kepala bayi itu tersangkut di perineum ibu semasa melalui kelahiran songsang pada 4 Februari lalu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelahiran tersebut telah disambut oleh individu yang bukan merupakan anggota kesihatan dan tidak bertauliah untuk mengendalikan kelahiran bayi.

“Kementerian ingin menzahirkan dukacita ke atas pemergian bayi ini dan mengucapkan takziah kepada kedua-dua ibu bapa serta keluarga bayi berkenaan.

“Kementerian amat memandang serius dan amat kesal dengan kejadian kematian bayi itu kerana ia merupakan kes yang boleh dielakkan. Kepesatan bidang kesihatan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif kesihatan ibu dan kanak-kanak sejak pascakemerdekaan telah menyaksikan pengurangan mendadak kes kematian ibu dan bayi yang amat rendah, hampir setara dengan negara-negara maju,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes kematian bayi ketika dilahirkan itu tular di media sosial baru-baru ini apabila didakwa kononnya telah dilahirkan dengan cara ‘homebirth’ dan meninggal dunia akibat komplikasi.

Kes itu turut mendapat perhatian Medical Mythbusters Malaysia (3M) yang menghantar surat terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk campur tangan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya melahirkan anak tanpa kehadiran pakar perubatan.

Tambah Noor Hisham, sepanjang tahun 2017 iaitu di Johor, terdapat 58 kes yang didaftar sebagai kelahiran tidak selamat di mana lima daripada bilangan kelahiran tidak selamat itu merupakan kejadian kelahiran di rumah yang berkaitan doula.

Lebih merisaukan, kata Noor Hisham, dua daripada kes tersebut adalah kes berisiko tinggi yang memerlukan kelahiran di hospital namun memilih untuk bersalin di rumah setelah dihasut oleh pihak-pihak tertentu.

“Statistik Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM pula mencatatkan kes kematian ibu dan anak akibat kelahiran tidak selamat berkaitan doula iaitu dua kes kematian ibu pada 2013 dan dua kematian bayi masing-masing pada tahun 2016 dan 2018,” ujarnya.

Bagi kes kematian bayi di Johor Bahru itu, Kata Noor Hisham, KKM mengambil maklum bahawa polis Johor telah memulakan siasatan kes berkenaan dan pihak kementerian mempunyai bukti dan saksi bagi kes tersebut.

Menurutnya, pihak Hospital Sultan Ismail turut mengemukakan laporan kepada pihak polis dan setakat ini, tiada kakitangan KKM yang dipanggil polis untuk memberi keterangan.


http://www.utusan.com.my/berita/nas...hor-akibat-sesak-nafas-1.607984#ixzz56uOVal5H

Polis sahkan bayi meninggal bukan kerana doula



JOHOR BAHRU 12 Feb. - Polis mengesahkan punca kematian seorang bayi perempuan secara ‘homebirth’ di sebuah rumah di Pulai di sini baru-baru ini bukanlah disebabkan oleh perkhidmatan doula (pembantu ketika melahirkan).


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, berdasarkan siasatan lengkap yang telah dijalankan pihaknya terhadap kematian bayi berkenaan yang meninggal dunia ketika baharu dilahirkan di rumahnya.

“Pengadu dan isterinya telah menafikan bahawa mereka menggunakan apa-apa khidmat doula semasa bayi mereka dilahirkan dan mengesahkan tiada mana-mana pihak atau individu yang mendorong dan menghasut mereka untuk melahirkan bayi di rumah.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, punca kematian bayi itu bukanlah disebabkan oleh perkhidmatan doula,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Shahurinain berkata, berikutan isu tular berkenaan dalam laman sosial, kes itu akan disiasat dan laporan polis akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.


http://www.utusan.com.my/berita/nas...na-khidmat-doula-polis-1.607823#ixzz56sWugUxx

'Bidan jadian' ancam nyawa



KUALA LUMPUR: Doula atau peneman kelahiran yang semakin menjadi pilihan bakal ibu di negara ini, dikatakan mampu memperoleh habuan lumayan sehingga RM2,000 daripada setiap pelanggan.


Malah, mereka yang dilapor menawarkan khidmat berkenaan yang dipercayai bertapak di negara ini sejak 10 tahun lalu, semakin agresif menawarkan perkhidmatan secara dalam talian dan menerusi pelbagai media sosial.

Ada mencipta ideologi tersendiri serta guna nama Islam, malah ada juga doula menakut-nakutkan wanita mengandung kononnya akan berdepan layanan buruk jika bersalin di hospital.

Pegawai perubatan yang mengkaji gerakan doula di Malaysia, Dr Mohd Syamirulah Rahim, berkata pada asasnya doula hanya anjur kursus mengenai proses kelahiran, namun kemudian ada menawarkan rawatan sehingga bersalin.

"Di negara kita, ada doula memberi tip mengarut semata-mata untuk menarik pelanggan. Mereka buka kelas dengan bayaran sehingga RM750, menggunakan modul diiktiraf sebuah badan doula asing.

"Peringkat awal kursus, wanita mengandung diajar asas sains, asas kelahiran, zikir serta aromaterapi, namun ia berubah pada sesi berikutnya jika ada pelanggan yang mudah dipengaruhi," katanya kepada BH.

Cipta ideologi sendiri

Dr Mohd Syamirulah yang juga pengasas Medical Mythbuster Malaysia, berkata ada doula menerapkan ideologi keterlaluan sehingga sanggup menolak kepakaran perubatan disediakan kerajaan.

"Doula di Malaysia adalah komuniti kecil, mereka mungkin bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Mereka yang tidak bertanggungjawab akan mencipta ideologi sendiri, biasanya menggunakan nama Islam.

"Mereka mengajar perkara pelik yang biasanya bertentangan dengan prinsip perubatan moden untuk menarik pelanggan. Mereka melakukan segala-galanya, tetapi enggan bertanggungjawab jika ada komplikasi ketika proses kelahiran.

Kursus dalam talian

"Malah, ada doula menyediakan surat perjanjian untuk ditandatangani ibu mengandung," katanya sambil menambah, sesiapa sahaja boleh menjadi doula termasuk jururawat dan doktor.

Katanya, mereka hanya perlu mengikuti kursus dalam talian selama 21 jam tanpa ujian atau peperiksaan dengan bayaran AS$800 (RM3,149), disediakan oleh Amani Birth yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Langgar prinsip doula

"Apabila selesai kursus, mereka boleh buka kelas. Saya difahamkan, ada lebih 15 doula di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Amani Birth, kebanyakannya mematuhi prinsip dan etika doula, hanya segelintir melanggar prinsip," katanya.

Seorang lagi pakar perubatan yang enggan dikenali berkata, satu gerakan ekstremis menolak kepakaran perubatan moden wujud di Malaysia sejak 2013 dan sudah menyebabkan kehilangan nyawa ketika proses kelahiran.

"Mereka tiada kepakaran asas rawatan atau perubatan untuk ibu mengandung, tidak seperti di AS dan United Kingdom yang ada badan khas mengiktiraf doula serta bekerjasama dengan pihak perubatan bagi memudahkan proses bersalin.

"Di Malaysia, sesetengah doula mencipta pelbagai dakyah untuk menarik pelanggan. Mereka promosi kelahiran natural birth dan kelahiran di rumah dengan mendakwa layanan teruk jururawat serta doktor jika di hospital," katanya.

Katanya, doula di Malaysia sebenarnya tiada pengetahuan perubatan dan hanya berpandukan pengalaman sendiri melahirkan anak, berbeza dengan doula di luar negara yang mengikuti kursus kejururawatan atau asas perubatan.

"Di negara kita, ada doula mungkin pernah mendapat layanan buruk di hospital ketika bersalin sehingga menjejaskan emosi mereka dan tidak mahu ia terjadi kepada wanita lain," katanya.

Beliau berkata, sesetengah doula menasihatkan wanita tidak mengambil rawatan atau ubat di hospital sepanjang tempoh mengandung, sebaliknya mengamalkan makanan sunnah sahaja.

"Malah mereka menasihatkan proses kelahiran dilakukan di rumah tanpa mengetahui bayi yang dikandung mungkin songsang. Begitu juga nasihat tidak memotong uri, sebaliknya meminta ia dibiarkan kering serta putus sendiri.

"Mereka tiada bank data seperti hospital atau klinik, tetapi mendakwa tahu segala-galanya. Akibatnya, ada bayi serta ibu menjadi korban," katanya.

Khidmat perlu pengawasan pakar

Penggunaan khidmat doula atau pembantu ketika bersalin, tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Zulkifli turut menjelaskan, melakukan sesuatu perbuatan yang membahaya atau mencalarkan kehormatan serta membabitkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan Allah.

"Doula sebagaimana pengamalan di luar negara menggalakkan kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor, tetapi mereka (doula) tidak berperanan mengambil alih tugas bidan dan doktor terlatih.

Elak risiko kelahiran

"Ini kerana jika berlaku sebarang komplikasi seperti pendarahan selepas kelahiran, proses kelahiran yang memerlukan pembedahan, janin stres di dalam kandungan, tersangkut atau bayi songsang, ia memerlukan kemahiran tinggi oleh pakar.

"Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada kematian ibu atau bayi atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi sesawang rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, semalam.

Zulkifli berkata, alasan tidak mahu bersalin di hospital kerana isu aurat tidak timbul dengan adanya seluar bersalin mesra aurat; hospital yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, di samping perlu difahami yang nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya, berbanding aurat dalam situasi berkenaan.

Menurutnya, meyakini dengan melahirkan anak di rumah, mencontohi Maryam AS adalah tidak benar kerana kejadian yang berlaku di zaman itu kehendak Allah untuk membuktikan kekuasaan-Nya.

"Apa yang diusahakan Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan kejayaan dalam pengurangan kadar kematian ibu bersalin tahun demi tahun, begitu juga kadar kematian bayi.

Pergi ke tempat diiktiraf

"Bagi 2017, 12.5 kematian bayi dalam setiap 1,000 kelahiran, berbanding 12.9 pada 2016 dan 13.69 pada 2014.

"Pada masa sama, amat penting supaya penjagaan sejak mengandung dilakukan di tempat yang diiktiraf Kementerian Kesihatan, bukannya hanya melalui konsultasi doula semata-mata," katanya.

Kelmarin, media melaporkan Polis Johor sudah memulakan siasatan berhubung penularan berita kematian bayi yang baru dilahirkan yang disyaki mempunyai kaitan dengan amalan khidmat doula di rumah di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu selain turut menerima laporan polis dibuat wanita yang dipercayai doula terbabit.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/387542/bidan-jadian-ancam-nyawa

Ramai terpedaya dengan pengaruh doula


LAYANAN buruk kakitangan perubatan di hospital menjadi faktor masyarakat kita masih terpedaya dengan pengaruh doula - gambar hiasan.

Kuala Lumpur: Aurat, trauma menjalani pembedahan ketika bersalin, pencetus melahirkan anak dan omokan mengenai layanan buruk kakitangan perubatan di hospital menjadi faktor masyarakat kita masih terpedaya dengan pengaruh doula atau peneman kelahiran walaupun khidmat itu tidak pernah diiktiraf di negara ini.

Seorang ibu tiga anak yang mahu dikenali sebagai Leena, 40-an, berkata, proses melahirkan anak pada hari ini jarang dilihat sebagai sesuatu yang biasa apabila ada campur tangan perubatan seperti pencetus melahirkan anak dan penggunaan ubat-ubatan yang kadangkala menjadi punca komplikasi kelahiran bayi.

“Dalam pengalaman saya ketika melahirkan anak pertama, saya menjalani prosedur caesarean (pembedahan) yang bukan pilihan saya dari hari pertama disahkan mengandung lagi.

“Namun, apabila doktor mengugut anak saya akan meninggal dunia dalam kandungan, saya tiada pilihan lain selain mengikuti arahan mereka.

“Untuk anak kedua pula, saya sudah membuat permohonan untuk doktor wanita yang memeriksa dan melakukan prosedur ketika saya bersalin, namun kecewa apabila doktor pelatih lelaki berada di samping sepanjang saya sakit untuk bersalin.

“Ia nyata satu pengalaman yang memalukan, selain membabitkan isu aurat sebagai wanita Islam,” katanya.

Menurutnya, selepas melalui dua pengalaman buruk itu, dia memilih menggunakan khidmat doula bagi menemaninya bersalin secara normal di rumah dan dia berjaya melalui pengalaman terbabit dengan sokongan doula yang cukup memahami serta memberi keyakinan untuk dirinya bersalin.

Susulan pengalaman itu, Leena membuat keputusan mempelajari dan mengambil kursus doula bagi membantu wanita lain yang didakwa memerlukan khidmat peneman kelahiran.

“Bersalin satu proses semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada setiap wanita yang mengandung.

“Tidak ada mana-mana wanita mengandung yang akan kekal mengandung selama hayat mereka, cukup tempoh anak akan keluar melalui saluran peranakan ibu sebagai satu tindak balas semula jadi sistem tubuh mereka,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalamannya ketika mengendalikan sesi kumpulan sokongan untuk wanita yang mengalami trauma ketika melahirkan anak, Leena berkata, seorang wanita terbabit menjalani proses induce (mencetuskan kelahiran) ketika usia kandungannya masuk minggu ke-37 meskipun tidak ada tanda untuk bersalin dan doktor memujuknya supaya memberi persetujuan dengan memberitahu bayi sudah sedia untuk dilahirkan serta tidak perlu menunggu lagi.

“Bagaimanapun, sangkaan doktor itu silap apabila bayi terbabit belum lagi selesai proses pembesarannya di dalam rahim dan dilahirkan tanpa refleks menelan hinggakan bayi yang baru dilahirkan itu tidak boleh menelan susu dengan sempurna dan akhirnya maut tercekik susu,” katanya.

Sebagai pengajar kelahiran bayi, Leena sudah mendengar banyak kisah pengalaman melahirkan anak yang menyayat hati dan kisah seumpama itu terlalu menyentuh perasaan dan membuatkan dia hilang fokus sepanjang hari.

“Disebabkan itu, ramai ibu atau pasangan mengikuti kelas dianjurkan doula bagi memudahkan proses bersalin. Tugas hakiki doula menemani ibu ketika bersalin serta kami biasanya menasihati cara meneran, bernafas dan bukan menggalakkan mereka bersalin di rumah.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak ada pasangan yang memilih bersalin sendiri di rumah selepas mengikuti kelas persediaan untuk bersalin seperti saya sendiri apabila permintaan mendapatkan cara melahirkan anak yang lebih baik di hospital tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu mengandung mahu yang terbaik untuk diri mereka dan anak yang bakal dilahirkan serta keputusan sesetengah ibu bapa membuat pilihan untuk kelahiran di rumah adalah keputusan mereka sendiri dan bukannya dilakukan oleh doula.

Seorang lagi doula, Masni, 40-an, berkata, mereka hanya berperanan sebagai peneman kelahiran untuk memberi sokongan emosi sewaktu detik kelahiran sehingga hari awal berpantang saja.

Beliau berkata, dalam memberikan perkhidmatan mereka, setiap pembantu atau peneman yang dipanggil Amani Doula sama sekali tidak boleh memberi bantuan dari sudut perubatan atau membuat keputusan untuk pihak ibu bapa.

“Namun, si ibu juga wajar tahu keadaan diri, risiko intervensi perubatan yang tidak perlu dan yakin keputusannya yang terbaik buat dirinya dan si anak,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/312049/alasan-guna-khidmat-doula

Nyawa bayi lebih utama dari aurat



KUALA LUMPUR 11 Feb. – Memastikan nyawa bayi yang hendak dilahirkan terjamin merupakan perkara pertama yang perlu diutamakan oleh seorang ibu berbanding menjaga auratnya.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkhidmatan doula (pembantu wanita ketika melahirkan) tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih tidak dibenarkan.

Menurutnya, alasan wanita ti*dak mahu melahirkan anak di hospital ke*rana isu aurat sepatutnya tidak timbul kerana banyak hospital menyediakan seluar mesra aurat.

“Di samping itu, perlu difahami bahawa nyawa adalah jauh lebih penting dari segi maslahat berban*ding aurat dalam situasi tersebut.

“Selain itu, sikap menyakini bahawa melahirkan anak di rumah untuk mencontohi Siti Maryam adalah tidak benar sama sekali kerana kejadian itu atas kehendak Allah untuk membuktikan kekuasaan-Nya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bertajuk Bayan Linnas Siri Ke-125: Hukum Menggunakan Khidmat Doula menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. mengesahkan kematian seorang bayi yang baru dilahirkan, disyaki berkaitan dengan khidmat doula di sebuah rumah di Johor Bahru.

Jelas Zulkifli, usaha yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan kejayaan dalam pengurangan kadar kematian ibu bersalin dari tahun demi tahun, begitu juga kadar kematian bayi.

Kata beliau, keadaan itu jelas apabila 12.5 kematian bayi dalam setiap 1,000 kelahiran tahun lalu berbanding 12.9 kematian pada 2016 dan 13.69 kematian, empat tahun lalu (2014).

Tambahnya, masya*rakat digesa supaya merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan agar sebarang tindakan rawatan kesihatan sentiasa dalam keadaan selamat.

“Melakukan sesuatu yang mencalar atau membahayakan kehormatan dan juga melibatkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan kezaliman yang diharam*kan oleh Allah,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tidak-boleh-guna-doula-tanpa-doktor-8211-mufti-1.607586

selebihnye baca kt sini jela. nk tepek byk plak

https://web.facebook.com/PseuSciWatch

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,907
Reaction score
11,099
Points
1,906
tunggu hasil siasatan polis
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,327
Reaction score
2,174
Points
206
tengah panas dekat pseudoscience watch sekarang ni.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,667
Reaction score
21,084
Points
1,671
Jangan ambil risiko lahir bayi di rumah

IBU mengandung tidak sepatutnya mengambil risiko melahirkan bayi di rumah memandangkan amalan berkenaan tidak selamat dan menjejaskan keselamatan ibu dan bayi.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian itu di Johor, namun menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil risiko.

Katanya, tular di media sosial berhubung kematian seorang bayi yang dilahirkan dengan cara 'homebirth' dan didakwa berlaku di sebuah kawasan di negeri ini, baru-baru ini.

"Saya belum menerima sebarang laporan bagi mengesahkan dakwaan itu. Namun, sumber berita yang tidak dapat disahkan ini menjadi tular dan saya akan minta pihak berkenaan melihat perkara ini," katanya.

Bayi berkenaan dikatakan meninggal dunia disebabkan amalan 'homebirth' akibat komplikasi kerana bayi dan ibunya hanya berada di bawah pengawasan doula (pembantu ketika melahirkan) dipercayai di sebuah rumah di Pulai.

Walaupun berita berkenaan tidak dinyatakan tarikh dan masa kejadian, namun ia mendapat perhatian pengguna media sosial kerana kelahiran bayi itu berakhir tragis akibat komplikasi kelahiran 'homebirth'.

Menurut Ayub, amalan kelahiran di rumah atau bersalin tanpa kemudahan perubatan seperti di rumah sendiri adalah tidak disyorkan dan ibu mengandung perlu mempertimbang serta membuat keputusan terbaik berkaitan lokasi melahirkan anak mereka.

"Semua kelahiran perlu dilakukan dalam kemudahan yang bersih seperti hospital kerajaan atau swasta, klinik kesihatan berdaftar atau di mana-mana pusat bersalin yang diluluskan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, kemudahan bersalin dan kemudahan dewan bersalin yang betul di hospital dan premis yang disyorkan direka untuk meminimumkan risiko semasa kelahiran dan diuruskan oleh mereka yang disahkan dari segi perubatan seperti doktor dan jururawat terlatih atau bidan.

Katanya, kelahiran seperti yang berlaku di hospital atau kemudahan perubatan diluluskan pasti akan dimasukkan ke dalam rekod hospital, difailkan dan diisytiharkan sebagai kelahiran sah.

"Jangan mengambil risiko apabila jelas terdapat pilihan lebih baik untuk mencegah masalah komplikasi yang lebih tinggi ketika bersalin," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa tidak seharusnya membuat keputusan tergesa-gesa dengan mempercayai doula untuk proses melahirkan di rumah kerana doula mungkin tidak sesuai atau tidak mempunyai pengetahuan perubatan terutama untuk menangani masalah kelahiran.

"Pada masa ini, tiada undang-undang mengawal kesahihan perkhidmatan 'homebirth' dan kredibiliti doula sebagai pembantu melahirkan anak," katanya.

Beliau berkata, minat untuk kelahiran di rumah berpunca daripada kepercayaan bahawa doula dapat mengurangkan kesakitan melahirkan dan menenangkan.

Ayub berkata, unit pengamal perubatan swasta negeri juga tidak mengiktiraf peranan doula di negeri ini kerana mereka tidak dilatih dalam ubat-ubatan dan tidak mempunyai kelulusan untuk memberikan perkhidmatan perubatan atau rawatan kepada orang ramai.

"Doula mungkin tidak sesuai dan tidak mempunyai latihan perubatan yang boleh membahayakan nyawa ibu dan anak jika terdapat komplikasi ketika proses kelahiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang diminta mengulas dakwaan kematian bayi baru-baru ini akibat 'homebirth' berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti perkara itu.

"Kita ada mendapat tahu mengenai berita berkenaan, tetapi, beri masa kepada polis untuk menyiasat dan kita akan memberi kenyataan dalam masa terdekat," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/311531/ibu-mengandung-jangan-ambil-risiko
 

vios10

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2010
Messages
771
Reaction score
27
Points
20
tgh hot...si doula masyitah tu pun da delete segala apa yg die tulis mengenai homebirth yg die canangkan tuh...tp ade org sempat screen shot...
 

Photofast

Active+ Member
Joined
Jul 16, 2010
Messages
4,646
Reaction score
31
Points
30
tgh hot...si doula masyitah tu pun da delete segala apa yg die tulis mengenai homebirth yg die canangkan tuh...tp ade org sempat screen shot...
dekat mana ya saya boleh tengok screenshot tu
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
532
Points
171
bagi aku let nature select its best.

klau mak bapak yg pasal keselamatan anak mereka pun depa ambik ringan boleh agak la pasal benda lain.

so better bayi tu xsempat membesar dgn keluarga mcm tu..

pasal dolah tu biar la depa.. xde akta pun blh dakwa stakat ni.. silap2 kita kn dakwa balik sbb sebar maklumat under pdpa..
untung la bayi tu xsempat rasa azab dunia. sedar2 dah kat syurga..
 

alpine_star

Legendary Member
Joined
Oct 3, 2010
Messages
13,885
Reaction score
117
Points
123
ssh nk sabit salah..apa yg boleh, sedarkan org ramai mengenai perkara ni jer..
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,975
Points
201
baru dengar dari sebelah dolah..

nak tahu dari sebelah keluarga bayi pulak..

adakah dia mmg terpengaruh dengan homebirth walau tahu risiko..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register