BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis siasat video tular lelaki didakwa curi beg tangan di ruang tamu rumah

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,853
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,853
Reaction score
1,396
Points
201
6226507530775937228_121.jpg




Polis siasat video tular lelaki didakwa curi beg tangan di ruang tamu rumah

Oleh Farwizah Samsudin -August 26, 2024

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes kecurian di sebuah rumah dekat Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pengadu seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang bekerja sebagai pembantu jualan mendapati beg tangan miliknya yang diletakkan di ruang tamu telah hilang.

“Semakan kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki berbangsa tidak pasti telah masuk ke dalam kediaman mangsa dengan keadaan yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM5,500.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

#UtusanTV
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register