BTC USD 97,622.9 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis siasat resit makanan didakwa ada perkataan hina Islam

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,307
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,307
Reaction score
1,343
Points
201
Polis siasat resit makanan didakwa ada perkataan hina Islam


JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka kertas siasatan susulan gambar tular resit pembelian makanan segera yang didakwa mengandungi perkataan menghina Islam.

Ketuanya Datuk M Kumar berkata, resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu membabitkan pembelian makanan di restoran makanan segera di Kluang, Batu Pahat dan Muar yang dipercayai dibuat individu sama.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima laporan berhubung kes itu yang membolehkan siasatan lanjut dijalankan, termasuk mengesan suspek.

“Tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, polis memandang serius sebarang perlakuan yang boleh mengganggu keharmonian, keselamatan dan menyentuh sensitiviti beragama di negara ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Artikel Buletin Tv3

6287467285803287106_121.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register