BTC USD 41,410.8 Gold USD 1,735.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Portal Berhubung Laporan Penularan Covid-19 Di PPV

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
27.07.2021 - Kuala Lumpur, Polis sedang menyiasat portal berita kesihatan, CodeBlue berhubung laporan mengenai penularan wabak Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di Setia City Convention Center Shah Alam. Laporan itu, yang memetik sumber mendakwa pihak berkuasa gagal bertindak dengan sewajarnya setelah kes Covid-19 dikesan di situ.

Polis semalam menyoal Ketua Pengarang CodeBlue, Boo Su Lyn di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Portal itu, dalam satu kenyataan, memaklumkan dia disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berhubung penyebaran berita yang boleh menimbulkan ketakutan kegentaran kepada awam. Dia juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Portal itu mengatakan pihaknya difahamkan laporan dibuat oleh pihak pengurusan PPV.

"Boo bekerjasama dengan polis tetapi menolak permintaan untuk menyebut sumber laporannya," katanya.

Portal itu mengatakan laporan itu ditulis atas sebab kepentingan awam.

"CodeBlue mengecam gangguan dan intimidasi terhadap ketua editor kami, yang hanya melaporkan kebimbangan keselamatan di tempat kerja oleh sukarelawan PPV yang telah mengorbankan masa dan meletakkan diri dalam risiko untuk berkhidmat kepada negara dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Kerajaan tidak boleh menyasarkan pemberi maklumat yang memberikan maklumat tepat seperti yang disahkan oleh CITF (Badan Bertindak Imunisasi Covid-19). Sebaliknya, ia harus mengambil pengajaran dan meningkatkan pelaksanaan langkah keselamatan yang diperlukan," katanya.

CITF pada 19 Julai lalu mengakui penularan wabak di PPV berkenaan tetapi menafikan cubaan menyembunyikan kes penularan.
1627350659845.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
KJ Harap Pihak Berkuasa Tak Ambil Tindakan Pada CodeBlue

28.07.2021 - Kuala Lumpur, 28.07.2021 - Kuala Lumpur, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi (CITF) berharap pihak berkuasa menghentikan siasatan mereka terhadap portal berita CodeBlue kerana melaporkan mengenai penularan wabak di pusat pemberian vaksin (PPV) di Shah Alam, Selangor. Menteri Khairy Jamaluddin, yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa dia akan berbincang dengan agensi-agensi yang berkaitan berhubung perkara ini.

"Walaupun keputusan untuk disiasat ataupun dituduh itu di luar lingkungan tugas saya, secara semangatnya saya setuju agar tidak perlu diambil tindakan terhadap sesiapa yang buat laporan utk tambah baik PPV kita. Saya akan bincang dengan badan-badan dan juga pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan kita biar saja apa telah berlaku sebagai satu laporan yang telah dibuat dengan semangat untuk menambah baik program Pick kita," katanya.

Khairy (BN-Rembau) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Wilfred Madius Tangau (Upko-Tuaran), yang mengemukakan isu siasatan pihak berkuasa terhadap CodeBlue. Dalam laporannya pada 18 Julai, portal berita tersebut mendakwa bahawa pihak berkuasa gagal bertindak dengan sewajarnya setelah kes Covid-19 dikesan di Setia City Convention Center (SCCC), yang digunakan oleh CITF sebagai salah satu PPV.

Memetik sukarelawan di SCCC, laporan itu mendakwa pihak berkuasa cuba menyembunyikan kes Covid-19 dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) atau melakukan ujian besar-besaran setelah penularan wabak tersebut dikesan. Sebagai tindak balas terhadap artikel tersebut, CITF pada 19 Julai telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu, dan menekankan bahawa tindakan segera diambil setelah mereka mengetahui bahawa tujuh kakitangan di pusat tersebut positif Covid-19 pada 11 Julai.

Berikutan itu, pada 26 Julai, polis memanggil ketua editor CodeBlue Boo Su-Lyn untuk disoal siasat di ibu pejabat polis Shah Alam. Dalam satu kenyataan, portal itu mengatakan bahawa Boo sedang disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kenyataan yang menimbulkan keresahan orang ramai, yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Dia juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang berkaitan dengan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.
1627474333482.png
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,261
Reaction score
2,443
Points
201
Oh code blue tu portal.....tu la lanie jaga2 la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register