Polis siasat Parti Ajaran Sesat Hizbut Tahrir Malaysia

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,788
Reaction score
1,481
Points
151
Polis siasat Hizbut Tahrir Malaysia
ayob_khan_1601532117.jpg
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka kertas siasatan terhadap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) selepas menerima 17 laporan polis terhadap fahaman yang difatwakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan terperinci akan dilakukan pihaknya susulan doktrin fahaman kumpulan itu termasuklah menolak demokrasi selain melabel kerajaan sebagai kafir dan wajib diguling dengan kekerasan.

Bagaimanapun Ayob Khan berkata, setakat ini masih belum ada tindakan atau elemen kekerasan yang dilakukan HTM.

"Namun jika ada sebarang tindakan kekerasan dilakukan HTM, polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan ahlinya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Setakat ini, belum ada tangkapan lagi dibuat terhadap mana-mana pemimpin atau ahli HTM di negeri ini kerana ia masih berada di bawah bidang kuasa jabatan agama negeri.

"Namun polis sentiasa memantau pergerakan kumpulan ini dan jika melangkaui garisan keselamatan, polis akan ambil tindakan tegas mengikut SOSMA dengan serta-merta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan pendukung fahaman Hizbut Tahrir berikutan ia sudah difatwakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak 10 Oktober tahun lalu.

Tosrin dilaporkan berkata, atas alasan itu, memorandum yang mahu diserahkan oleh sekumpulan individu mendakwa daripada HTM di Jabatan Mufti Johor, kira-kira jam 10 pagi Ahad lalu, tidak diterima.

Antara fahaman HTM adalah harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Polis Johor menyiasat HTM mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, kumpulan HTM dikesan aktif merekrut ahli baharu termasuk daripada golongan berpendidikan seperti pelajar universiti, ahli akademik kanan serta profesional.

"Lebih 80 ahli HTM dikesan bergerak aktif sejak tahun 2005 dan menjadikan markas mereka di Skudai di sini sebagai pusat penyebaran fahaman berkenaan.

"Sehingga kini, lima negeri iaitu Johor, Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah sudah memfatwakan HTM sebagai bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia turut diharamkan di Turki, Arab Saudi, Pakistan, Indonesia, Syria dan Jordan," katanya.
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,788
Reaction score
1,481
Points
151
Tonton video lucah harus dalam ajaran Hizbut Tahrir
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

1601572778961.jpeg

JOHOR BAHRU – Fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang diharamkan di Johor membenarkan lelaki dan wanita yang tiada ikatan bebas bersalaman, boleh bercumbu dengan wanita yang boleh dikahwini dan harus menonton filem lucah.

Fahaman atau ajaran HTM yang jelas bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) juga membenarkan perbuatan mencium jantina lain tanpa niat berzina, perbuatan manusia tiada kaitan dengan qada dan qadar, hidayah bukan daripada Allah dan haram meyakini azab kubur pasti akan berlaku.

Itu antara ajaran dan amalan yang didedahkan oleh Jabatan Mufti Johor yang bertekad mahu memerangi penularan fahaman HTM yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negeri itu selain memesong akidah umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pergerakan kumpulan itu dikesan aktif di Johor sejak tahun lalu dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Larangan kepada HTM termaktub dalam warta kerajaan Negeri Johor bertarikh 15 Julai 2019.

Berikutan pengharaman dan warta kerajaan negeri, Jabatan Mufti Johor tidak menerima sebarang memorandum HTM kerana ia bukan pertubuhan yang berdaftar secara sah.

“Pada Ahad lalu, satu kumpulan yang mendakwa HTM menghantar memorandum bantahan mengenai fatwa fahaman kumpulan tersebut, namun tidak diterima oleh Jabatan Mufti Johor.

“Selepas gagal menyerahkan memorandum berkenaan, mereka (HTM) membuat kenyataan di laman Facebook HTM menyatakan fatwa (dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor) adalah fitnah, pembohongan, pemesongan fakta dan keliru,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar di sini semalam.

Turut hadir Mufti Johor, Datuk Yahaya Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin.
Beliau mengingatkan HTM atau mana-mana pihak supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi mengelak kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

Gambar-muka-depan.jpg
Risalah mengenai fahaman Hizbut Tahrir.
Dianggarkan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menyatakan pendirian tidak puas hati selepas paparan HTM di Facebook itu.

Tosrin berkata pengaruh kumpulan itu dipercayai cuba dikembangkan di bandar raya ini sejak tahun lalu.

Apa yang dibimbangkan, kumpulan itu boleh mengancam keharmonian negara apabila menolak sistem pilihan raya dan cenderung menggulingkan pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam.

Tosrin juga mendedahkan seorang pemimpin kanan fahaman itu di negeri ini yang berusia lingkungan 40-an sedang dalam proses bicara di Mahkamah Syariah di Johor. Lelaki itu ditahan memberi ceramah tanpa tauliah di Skudai di sini pada 3 Julai 2019.

“Pihak Jabatan Mufti Johor tidak merancang untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan HTM memandangkan mereka bukanlah pertubuhan yang berdaftar selain bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.-K! ONLINE
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,665
Reaction score
612
Points
81
Dulu² banyak artikel diletak di masjid..tambah² hari jumaat..tagline yg berkait (panji hitam ufuk timur)...ingatkan ok je..rupe²nye lain mcm.
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,186
Reaction score
566
Points
161
Pompuan tarikan utama...
Ramai le jd pengikut...
 

WalKing

Fun Poster
Joined
Jun 17, 2014
Messages
357
Reaction score
45
Points
30
Dulu² banyak artikel diletak di masjid..tambah² hari jumaat..tagline yg berkait (panji hitam ufuk timur)...ingatkan ok je..rupe²nye lain mcm.
Betui la... baru teringaht dulu2 byk risalah HTM kat masjid. Aku pun ingat depa ni baguih la bagi tazkirah kat risalah
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,788
Reaction score
1,481
Points
151
Hizbut Tahrir ni mau menegakkan khilafah.. sbb tu kita kene pantau as menggugat sistem negara kita demokasi

kita tegakkan Mia Khalifah aje cukup la hehe
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,506
Reaction score
418
Points
131
diorg nk jd mcm geng 1515, nak guna sistem khalifah,dengan menggunakan kekerasan,
 
Sponsored Post
Top
Log in Register