BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis siasat kes resit pesanan piza tertera provokasi hina Islam

Sponsored Post

Lapan individu diambil keterangan kes kertas resit hina Islam

Lapan individu diambil keterangan kes kertas resit hina Islam
Resit yang ditularkan adalah resit tempahan secara dalam talian dan ada ruangan ‘remark’ yang disalah guna oleh individu itu yang cuba lakukan provokasi dalam isu 3R. - Foto tular
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan seorang pelanggan restoran makanan segera di Kenari Avenue, di sini yang didakwa menghina Islam menerusi ayat yang ditulis pada pesanan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata dua daripada lapan individu itu adalah pekerja rangkaian piza berkenaan.

"Kita juga jalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan laporan polis yang dibuat berhubung kes ini.

"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat," katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, media melaporkan mengenai gambar resit yang tular di media sosial selepas dimuat naik di aplikasi X sejak kelmarin yang menimbulkan salah faham apabila ia didakwa ditulis pekerja restoran berkenaan.

Resit yang ditularkan itu adalah resit tempahan secara dalam talian dan ada ruangan 'remark' yang disalah guna oleh individu itu yang cuba lakukan provokasi dalam isu 3R (agama, Raja dan kaum).
 

Resit pesanan pelanggan hina Islam, empat termasuk suami isteri ditahan​

penangnosyy1_1716442369.jpg


Bayan Lepas: Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue di sini, yang didakwa menghina Islam pada 15 Mei lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, tiga warga Myanmar termasuk sepasang suami isteri serta seorang lelaki tempatan itu ditahan di sebuah pondok dusun durian di Sungai Ara di sini, pada 16 Mei lalu.

Katanya, lelaki tempatan berusia 67 tahun adalah majikan manakala tiga lagi yang berusia antara 19 dan 28 tahun itu pula adalah pekerja kebun durian.

"Tiga suspek Myanmar itu direman sehingga 3 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Sementara, lelaki warga tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan reman terhadapnya tamat Isnin lalu.

"Setakat ini, kita sudah terima sebanyak 17 laporan polis berkaitan kes berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau pinang, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis merakamkan keterangan lapan individu bagi membantu siasatan kejadian berkenaan yang mana dua daripadanya adalah pekerja rangkaian piza terbabit.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata polis belum merakam percakapan lelaki yang ditemukan selamat selepas empat hari dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Hill Top Batu Kawan, di sini.

Katanya, percakapan lelaki itu akan diambil apabila mangsa kembali pulih kelak.

"Kita belum merakam percakapan sebab mangsa masih dalam rawatan di Hospital Seberang Jaya.

"Jadi kita beri ruang dan peluang kepadanya bagi berehat dan apabila dia sudah kembali sembuh, kita buat rakaman percakapan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan Muhammad Azfar Ismail, 29, sejak empat hari lalu selepas mendaki di Bukit Hill Top Batu Kawan.

Bagaimanapun, mangsa ditemukan kira-kira 2 petang semalam, di kawasan paya bakau di jeti berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawan dalam keadaan lemah dan keletihan sebelum dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register