BTC USD 96,279.1 Gold USD 2,898.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis siasat kes resit pesanan piza tertera provokasi hina Islam

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,662
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,662
Reaction score
2,149
Points
266
Awards
1
7a5a4bee-7f2a-4fa4-8c50-3d64c22003a9.jpeg

Tangkap layar resit pesanan sebuah restoran rangkaian piza tertera provokasi hina agama Islam.

BAYAN LEPAS – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung hantaran tular di media sosial berkaitan resit pesanan seorang pelanggan di sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, di sini, semalam yang tertera komen berbaur provokasi hina agama Islam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengesan satu gambar di muatnaik oleh pemilik Akaun X @update1111 seperti dipautan https://x.com/update11111/status 1790723933941240226 pada jam 8 pagi tadi.


“Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada jam 8.46 malam semalam.

“Hasil siasatan mendapati satu pesanan yang diterima rangkaian restoran piza melalui aplikasi ‘Dominos’ pada jam 3.05 petang mempunyai perkataan menghina agama Islam di bahagian remark (nota) pesanan tersebut.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Kamarul Rizal, semua pihak dinasihatkan bertenang selain memberi ruang kepada polis bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan lanjut.

“Orang awam juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial berbentuk provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam,”katanya.

Sejak semalam tular tangkap layar resit yang tertera at this noisy place with stupid moaning sound like have sex eyeryday. stupid islam (di tempat yang bising ini dengan bunyi mengerang bodoh seperti melakukan hubungan seks setiap hari. Islam bodoh).

Tangkap layar hantaran gambar resit itu dikongsi warganet di beberapa akaun komuniti sehingga mendatangkan reaksi negatif.

Rata-rata warganet juga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak dan menahan individu yang melakukan provokasi keterlaluan itu.

Selain itu, warganet turut meluahkan rasa kesal kerana kes penghinaan terhadap agama Islam semakin meningkat dengan kes itu dibimbangi akan menyebabkan hubungan antara kaum tidak harmoni. – MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

Resit sentuh isu 3R perbuatan pemesan makanan, bukan premis jual piza​



2653445.jpg

Azrul sedang mendapatkan penjelasan daripada pekerja dan penyelia cawangan syarikat menjual piza berhubung isu berkenaan.



BAYAN LEPAS - Sehelai resit yang dikeluarkan sebuah premis menjual piza yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) tular di media sosial sejak Rabu.

Resit terbabit didapati dikeluarkan oleh sebuah premis di cawangan Sungai Ara dekat sini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz telah ke cawangan premis berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara terbabit.

Azrul dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau telah berjumpa dengan penyelia cawangan berkenaan serta pengurus syarikat kawasan utara untuk berbincang perkara berkenaan.

Menurutnya, beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Kumbar bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung isu terbabit.

"Isu tular resit piza cawangan Sungai Ara berkaitan ‘remark’ yang menghina Islam, saya telah ke premis cawangan berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
"Ramai yang salah faham seperti saya juga pada awalnya apabila menyangkakan resit berkenaan dikeluarkan oleh juruwang premis berkenaan.

"Sebenarnya resit yang ditularkan itu adalah resit pesanan dalam talian dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh individu yang membuat provokasi tersebut," katanya.

Jelasnya, selain dirinya, pihak pengurusan syarikat piza berkenaan turut membuat laporan polis berhubung perkara terbabit.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat yang sensitif dengan isu ini serta membuat laporan polis. Pihak pengurusan (syarikat) juga telah membuat satu laporan polis untuk membolehkan polis menjalankan siasatan.


"Saya berharap agar pihak yang cuba melakukan provokasi 3R ini segera ditangkap," ujarnya.

Azrul turut berharap masyarakat juga kekal tenang dan tidak termakan dengan provokasi seperti itu.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikannya. Insya-ALLAH," katanya.

Dalam pada itu, Azrul turut melampirkan resit yang dipesan oleh pembeli secara dalam talian lain sebagai rujukan dan perbandingan dengan resit yang tular berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu terbabit kelak.

Sebelum ini, tular di media sosial resit yang dikeluarkan oleh sebuah premis menjual piza dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.

Tindakan itu mendapat pelbagai reaksi warga net yang mengecam premis berkenaan berikutan menyangka ia adalah perbuatan premis menjual piza terbabit.

Ruangan 'remark' disediakan untuk pemesan makanan menulis pesanan khas kepada premis berhubung makanan yang dibeli.



 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register