GamezStar
CG Hardcore Club
- Messages
- 52,906
Top Poster #4
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 52,906
- Reaction score
- 6,479
- Points
- 881
- Awards
- 1
Polis siasat insiden letupan bunga api yang membahayakan orang ramai di Bandar Baharu
01 Januari 2024, 1:47pm333Shares
Oleh: Kumaran Rajamoney
BANDAR BAHARU: Polis menjalankan siasatan keatas satu insiden letupan bunga api yang tidak sempurna sehingga membahayakan orang ramai di sini tengah malam tadi, semasa sambutan tahun baharu 2024.
Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Supritenden Azmi Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 12.01 tengah malam, di Dataran Bandar Baharu.
“Insiden itu melibatkan letupan bunga api di atas tanah sehingga boleh membahayakan keselamatan para pengunjung. Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku.”
“Semakan bagaimanapun mendapati Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) tidak dimaklumkan atau menerima sebarang permohonan tentang pembakaran bunga api oleh pihak penganjur. Tiada sebarang permit dikeluarkan,” katanya.
Polis katanya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atas insiden tersebut, sehingga menimbulkan kegusartan awam.
Terdahulu, satu klip video berdurasi 15 saat yang tular menunjukkan insiden dimana bunga api meletup diatas tanah, dan menyebabkan pengunjung bertempiaran lari.