BTC USD 36,180.1 Gold USD 1,842.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis siasat dakwaan hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,830
Points
261
Awards
1

.......................
 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,830
Points
261
Awards
1
Mungkinkah kali ni Lokman Adam berkata benar?

🤭
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,830
Points
261
Awards
1

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,790
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,790
Reaction score
15,838
Points
2,066
Awards
1

#BHkes
Polis Daerah Sepang mendapat perintah untuk siasat kerana pengadu melihat video di rumahnya di Dengkil
https://bit.ly/3Fz7thc

Polis belum panggil Lokman Adam​

Januari 15, 2022 @ 3:49pm

1642233344742.png


KUALA LUMPUR: Polis masih belum memanggil Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan memfitnah dan mengaibkan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menerusi video di media sosial.






Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya mendapat perintah untuk siasat (OTI) kes itu selepas dirujuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Ketua Pengarah berkenaan (Mohd Na'im) membuat laporan di IPD Ampang Jaya, namun ia dirujuk ke IPD Sepang kerana pengadu melihat video itu di rumahnya di Dengkil.

"Kita sudah dapat OTI kes itu namun Lokman Adam masih belum dipanggil lagi," katanya hari ini.




BH melaporkan Mohd Na'im menghantar notis tuntutan saman kepada Lokman kelmarin kerana didakwa memfitnah dan mengaibkan Hakim Mahkamah Syariah itu.
Peguam Mohd Na'im, Datuk Akberdin Abdul Kader dipetik berkata, anak guamnya turut membuat laporan di IPD Ampang Jaya kelmarin, bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu berkaitan dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual Hakim Mahkamah Syariah itu.


 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,161
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,161
Reaction score
3,152
Points
261
Awards
1
tn GamezStar, non muslim tertakluk bawah undang undang sivil.
jadi jika terlanjur dan suka sama suka tu tak dikira jenayah


namun jika melibatkan C iaitu (suami kepada A) berzina dengan B
A dapat tahu dan heartbroken lalu menuntut cerai dengan failkan cerai terhadap C
klu ikut Law Reform Act (Marriage & Divorce), adultery merupakan salah satu ground yg membolehkan A bercerai dengan C
Klau bwh umur xkira agama bangsa apa masuk civil jgk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,790
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,790
Reaction score
15,838
Points
2,066
Awards
1

'Syor Ketua Pengarah JKSM direhatkan hingga siasatan selesai'​

Januari 14, 2022 @ 12:25pm

1642308858251.png


KUALA LUMPUR: Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mencadangkan supaya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, direhatkan sementara sehingga siasatan selesai.





Presiden PPSM, Ibrahim Deris, berkata ia susulan pendedahan oleh seorang bekas pemimpin UMNO di laman Facebook pada 10 dan 13 Januari.

"Justeru bagi mengelakkan hal tersebut terus memburukkan imej Institusi Kehakiman Syariah adalah wajar pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan sewajarnya supaya beliau direhatkan sementara sehingga siasatan ke atasnya sempurna berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .

"Hal ini juga akan memudahkan pihak berkuasa melaksanakan siasatan dan kebenaran akan segera terserlah.


"PPSM mendokong prinsip berani kerana benar dan yang salah tetap perlu menerima penghakiman yang seadilnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ibrahim berkata, PPSM memandang serius pendedahan pada 10 Januari lalu dan beberapa laporan media berkaitan tuduhan jenayah moral terhadap Ketua Pengarah JKSM.

Oleh itu katanya, PPSM meminta ahli dan orang ramai supaya bertenang dan sabar menunggu siasatan serta tindakan pihak berkuasa yang sedang bertungkus lumus menangani isu ini.

"PPSM sedar ramai ahli yang berasa terkejut apabila mendengar pendedahan isu ini kerana jika tuduhan itu benar ia amat bertentangan dengan Adabul Qhadi (Etika Hakim) yang wajib diamal dan dipertahan semua hakim syarie.

"PPSM menerima maklum balas bahawa ahli PPSM juga sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan KP JKSM apabila status moral peribadinya menjadi bahan pertikaian di khalayak ramai yang boleh menyebabkan Institusi Kehakiman Syariah dipandang rendah oleh masyarakat," katanya.

Ibrahim berkata, PPSM juga amat terkejut dengan pendedahan video terbaru semalam apabila laporan polis pengadu yang menyatakan seperti berikut.

"Dia (KP JKSM) juga telah memaklumkan bahawa dia boleh mengatur hakim khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur bagi memenangkan sesuatu kes tuntutan seseorang"

"Kenyataan ini amat berbahaya bagi seorang ketua tertinggi Institusi Kehakiman dan merupakan penyalahgunaan kuasa serta boleh menyebabkan keadilan keputusan kes mahkamah diragui," katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,790
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,790
Reaction score
15,838
Points
2,066
Awards
1

Ketua Pengarah JKSM dapatkan nasihat peguam isu gesaan direhatkan​

Januari 15, 2022 @ 5:31pm

1642309069144.png


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan dalam proses mendapatkan nasihat peguam berhubung gesaan supaya beliau direhatkan sehingga siasatan selesai.





Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, terdapat dua kenyataan bercanggah yang dikeluarkan Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PPSM) semalam.
"Saya akan minta nasihat peguam-peguam saya dahulu," katanya kepada BH hari ini.
Semalam, Presiden PPSM, Ibrahim Deris mencadangkan Mohd Na'im direhatkan bagi memudahkan siasatan dan bagi memelihara imej institusi Kehakiman Syariah.




Mohd Na'ím turut mempersoalkan pendekatan berbeza dicadangkan Ibrahim, berikutan isu hampir sama pernah terjadi kepada mantan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan pada 2017.
"Boleh tanya Presiden (PPSM) kenapa dia ambil pendekatan berbeza dahulu bila babitkan sahabat baik beliau (Abdul Walid) ketika itu," katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PPSM, Muhammad Yusro Borhan Nordin menafikan kenyataan akhbar dikeluarkan Presiden persatuan itu dibuat secara kolektif, kerana ia tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Muhammad Yusro berkata, pegawai syariah di seluruh negara memberikan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap apa-apa tuduhan berkaitan.

Baru-baru ini, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, memuat naik video , mendakwa Mohd Naím terbabit dalam kes gangguan seksual membabitkan seorang wanita.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,790
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,790
Reaction score
15,838
Points
2,066
Awards
1

Ibrahim tak berhak minta Ketua JKSM direhatkan - Akberdin​

Januari 16, 2022 @ 12:36pm

akberdin_1642307766.jpg
Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Ibrahim Deris tidak berhak campur tangan dan membuat gesaan supaya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar direhatkan sehingga siasatan terhadapnya selesai.

Peguam kepada Mohd Na'im, Datuk Akberdin Abdul Kader mendakwa Ibrahim pernah mengambil tindakan menyaman Ketua Pengarah JKSM itu dan kenyataan dikeluarkannya bermotifkan dendam.

"Walaupun Presiden PPSM, Ibrahim sudah saman anak guam saya atas alasan Mohd Na'im dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memindahkannya yang berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ke Mahkamah Syariah di Perlis.
"Pada November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes berkenaan, jadi mungkin sebab itu dia berdendam. Kemudian, pada Disember lalu, wanita terbabit membuat laporan polis.


"Sebab itu bila dia gesa anak guam saya direhatkan, keputusan itu tidak adil sebab dia bukan orang yang bebas," katanya kepada BH hari ini.
Semalam, BH melaporkan Mohd Na'im memaklumkan beliau dalam proses mendapatkan nasihat peguam berhubung gesaan Presiden PPSM supaya dia direhatkan sehingga siasatan berkaitannya selesai.

Terdahulu, Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu bertujuan memudahkan siasatan dan bagi memelihara imej institusi Kehakiman Syariah.

Akberdin turut mendakwa, Ibrahim dikenal pasti sebagai seorang daripada individu yang terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan anak guamnya.

"Saya adalah peguam yang mewakili MAIWP dalam kes saman berkenaan sementara Mohd Na'im diwakili Peguam Negara.
"Ibrahim dikatakan memang marah kepada Mohd Na'im dan JKSM, selain mengaitkan anak guam saya sebagai punca beliau ditukarkan, padahal ia adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Agama (ketika itu)," katanya.

Beliau berkata, Ibrahim tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bersifat 'menghukum' dan wajar memberikan ruang untuk polis menjalankan siasatan lanjut.

"Tak ada sebab untuk anak guam saya meletakkan jawatan, seolah perkara ini sudah berlaku. Kami juga akan ambil tindakan (terhadap Ibrahim), namun biarlah ia selesai satu persatu.

"Mohd Na'im (berpegang kepada prinsip) berani kerana benar, dan biar laluan diberi kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan" katanya.

Media sebelum ini melaporkan Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam memuat naik video di media sosial mendakwa Mohd Na'im terbabit dalam kes gangguan seksual membabitkan seorang wanita.

https://www.bharian.com.my/berita/n...dapatkan-nasihat-peguam-isu-gesaan-direhatkan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,790
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,790
Reaction score
15,838
Points
2,066
Awards
1

Jawatankuasa PPSM nafi sepakat gesa Mohd Naim direhatkan​

Januari 14, 2022 @ 7:17pm

12003128_1307413179276226_5958508467636809105_n_1642159045.jpg


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) menafikan pembabitan mereka dengan kenyataan dikeluarkan atas nama Presidennya, Ibrahim Deris, menyarankan supaya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, direhatkan sementara dakwaan tuduhan jenayah moral dihadapinya, disiasat.

Timbalan Presiden PPSM, Muhamad Yusro Borhan Nordin, menafikan kenyataan akhbar terbabit dikeluarkan secara kolektif.

"Ia tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam apa-apa medium. Kami percaya nama Presiden (Ibrahim Deris) dan PPSM sudah digunakan di dalam kenyataan itu," katanya dalam kenyataan media.

Tengahari tadi, satu kenyataan media menggunakan kepala surat PPSM bertarikh hari ini, mencadangkan supaya Mohd Naim direhatkan sementara sehingga siasatan membabitkannya selesai.




Kenyataan media yang ditandatangani Ibrahim selaku Presiden PPSM Sesi 2019/2021 itu, mencadangkan supaya Mohd Naim direhatkan, susulan pendedahan jenayah moral dilakukannya oleh seorang bekas pemimpin UMNO di laman Facebook pada 10 dan 13 Januari lalu.

Muhamad Yusro berkata, PPSM yang mewakili Pegawai Syariah di seluruh negara menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tohmahan ke atas Mohd Naim yang disifatkannya sebagai disensasikan seorang ahli politik melalui media, baru-baru ini.

PPSM katanya, menyeru masyarakat menilai fitnah, tuduhan jahat dan tohmahan tersebut dengan pertimbangan dosa dan pahala.

"Selain menjunjung nilai akhlak beragama, kami mengajak semua pihak kembali kepada "rule of law" dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap apa-apa tuduhan dan tohmahan berkaitan.

"Ahli PPSM seluruh negara diseru terus bersama meneruskan hasrat, visi dan misi Ketua Pengarah /Ketua Hakim Syarie JKSM dan Ketua Hakim Syarie Negeri bagi menjayakan kecemerlangan institusi perundangan dan kehakiman syariah di negara ini," katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register