BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis siasat dakwaan gangguan seksual anggota polis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,807
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,807
Reaction score
6,837
Points
881
Awards
1
Polis siasat dakwaan gangguan seksual anggota polis

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota polis ketika hadir memberi keterangan berkaitan perhimpunan solidariti Palestin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya mengesahkan menerima satu laporan oleh seorang pengadu wanita berhubung ketidakpuasan hati di atas tingkah laku polis.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan itu.

"Pengadu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi diambil keterangan siasatan kes perhimpunan pada 19 Disember 2024 yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari yang sama bagi membantu siasatan kes perhimpunan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register