BTC USD 35,089.6 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Dakwaan Ahli MIC Buat Gangguan Seksual

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
28.11.2021 - Sungai Siput, Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita oleh ahli MIC, maklum Ketua Polis Daerah Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin. Menurutnya, wanita tersebut mendakwa seorang ahli MIC telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan membuka seluarnya dalam kejadian itu. Mohd Khaizam berkata wanita tersebut yang juga setiausaha sebuah NGO ketika itu sedang melawat sebuah kawasan perumahan di Sungai Siput untuk meninjau isu longkang di sana.

"Saya mengesahkan bahawa telah menerima laporan polis pada 25 Nov dan kami telah membuka kertas siasatan. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat," katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kes ugutan jenayah dan wanita berkenaaan telah membuat laporan polis itu pada 25 Nov lalu. Dalam laporan polis itu, wanita tersebut berkata dia bersama ahli NGO dan pegawai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) melawat kawasan perumahan itu setelah menerima aduan daripada penduduknya mengenai masalah longkang tersumbat. Kata wanita itu, dia dihalang dan cuba dihalau oleh beberapa ahli MIC yang berkumpul di tempat kejadian yang mendakwa mereka sedang cuba menyelesaikan isu longkang berkenaan dan memberi amaran kepada NGO tersebut supaya tidak campur tangan.

Berdasarkan laporan polis rombongan NGO tersebut tidak berganjak dan keadaan menjadi tegang apabila seorang anggota MIC menggunakan kata-kata kesat dan membuka seluar di depan wanita tersebut. Sementara itu, Pengerusi MIC Sungai Siput K Manimaran menafikan dakwaan wanita tersebut.

"Saya berada di situ ketika insiden itu berlaku dan dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada sebarang gangguan seksual dilakukan oleh anggota kami. Wanita itu sengaja mencipta dakwaan palsu untuk mendapatkan simpati daripada penduduk di situ," katanya ketika dihubungi.

Dia juga memberitahu MIC akan membuat laporan polis esok sambil sedang membincang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut.​

1638095475152.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Dakwa Wanita Cetus Provokasi, Pemuda MIC Pula Buat Laporan Polis

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Pemuda MIC Sungai Siput hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang sebelum ini mendakwa menerima gangguan seksual daripada ahli parti itu. Timbalan ketuanya M Chandra Segaran membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput Utara, beberapa hari selepas wanita tersebut membuat laporan polis berhubung dakwaan itu. Dalam laporan itu, Chandra Segaran mendakwa wanita itu yang merupakan setiausaha sebuah NGO sengaja membuat provokasi terhadap ahli MIC ketika kedua-dua pihak meninjau isu longkang di Taman Muhibbah Jaya di Sungai Siput, baru-baru ini.

"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wanita tersebut bahawa saya berkelakuan tidak sopan. Sebaliknya, dia yang mencetuskan provokasi dengan memanggil 'Orang MIC semua adalah pondan'. Saya meminta pihak polis agar membuat siasatan terperinci mengenai insiden tersebut," katanya dalam laporan polis itu.

Dalam laporannya, Chandra Segaran turut mendakwa wanita itu sengaja mencetuskan provokasi yang menyebabkan bermulanya pertengkaran antara pihak NGO dan ahli parti. Semalam Ketua Polis Daerah Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin mengesahkan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan gangguan seksual oleh ahli MIC. Wanita tersebut mendakwa seorang ahli MIC telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan membuka zip seluarnya dalam kejadian itu.

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 25 November lalu ketika kedua-dua pihak membuat lawatan pada masa yang sama di kawasan perumahan tersebut. Menurut wanita itu, ahli MIC yang berkumpul di situ menghalang ahli NGO dan pegawai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang turut hadir dengan menggunakan kata-kata kesat dan membuka zip seluar di depannya. Pengerusi MIC Sungai Siput K Manimaran pula semalam mendakwa bahawa NGO tersebut sengaja campur tangan ketika parti itu cuba menyelesaikan isu longkang di situ.



MIC Di Gesa Ambil Tindakan

Mengulas perkara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy menggesa MIC untuk mengambil tindakan atas insiden yang didakwa berlaku.

"Dakwaan kelakuan tidak senonoh ahli MIC terhadap seorang wanita dari NGO di Sungai Siput hendaklah dikecam sekerasnya. Tiada alasan untuk perlakuan sedemikian terutama terhadap seorang aktivis wanita," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini, yang turut menggesa polis menyiasat perkara itu. Sama ada dakwaan itu benar atau tidak perlu ditentukan oleh polis. Saya difahamkan polis telah menyiasat kejadian itu dan telah merujuk perkara itu kepada pihak seterusnya untuk diputuskan," katanya lagi.


Tiada Toleransi Terhadap Gangguan Seksual

Dalam pada itu, Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy bekata pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang gangguan dan salah laku seksual. Tetapi pada masa sama, katanya, dakwaan tersebut perlulah dibuktikan.

"Saya sendiri telah ke Sungai Siput untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini. Kami berharap polis memandang serius perkara ini, menyiasat secara menyeluruh dengan cermat dan hormat kerana ia melibatkan parti politik yang disegani. MIC mempunyai dasar tiada toleransi terhadap gangguan dan serangan seksual, serta sebarang hubungan fizikal yang tidak diingini, keganasan atau ancaman keganasan fizikal di kalangan wanita. Namun begitu, setiap dakwaan berkaitan MIC harus dipandang serius terutama sekali mengenai gangguan seksual. Tuduhan palsu hanya untuk memburukkan nama parti tidak akan diterima," katanya dalam kenyataan.​

1638187174900.png

1638187183769.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register