Polis Serbu SPA Disyaki Tawar Khidmat Seks

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa di sebuah hotel di Jalan Alor di sini kerana disyaki menawarkan khidmat seks dan menahan enam pelacur warga asing.

Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) DSP Razali Abu Samah berkata lima pelacur dari China dan seorang warga Indonesia yang berumur antara 20 hingga 25 tahun ditahan di hotel itu dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 9.30 pada Jumaat malam.

"Empat daripada wanita itu ditahan di tempat letak kereta hotel itu ketika cuba melarikan diri manakala dua lagi di dalam bilik ketika sedang menunggu pelanggan di spa itu," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di sini.

Beliau berkata kesemua mereka mempunyai pas lawatan sosial yang sah, tetapi telah disalahgunakan.

"Kita percaya spa berlesen itu ada menerima pelacur, perempuan pelayan yang dibawa dari luar, namun tiada bukti menyatakan mereka menjalankan kegiatan haram berkenaan malah tiada bahan bukti digunakan bagi perkhidmatan seks," katanya.

Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke IPKKL mengikut Akta Imigresen dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus spa itu diambil keterangan bagi membantu siasatan.
 
Sponsored Post

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Mcm2 ada dan perangai manusia utk cari hiburan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register