TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Kuala Lumpur: Seramai empat individu dan 24 mesin judi berjaya dirampas dalam operasi 'Ops Dadu Khas' yang dijalankan Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di Bukit Bintang, di sini malam tadi.
Premis yang terletak di Jalan Alor dikesan menjalankan aktiviti perjudian membabitkan permainan judi "Roulette” dan “Baccarat" secara online yang dipercayai daripada rangkaian luar negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya sentiasa memantau premis yang menjalankan kegiatan perjudian dari semasa ke semasa.
Katanya, polis sedar pengusaha mesin perjudian menggunakan banyak taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa seperti membuat pintu masuk khas di bahagian belakang kedai dan membiarkan bahagian hadapan seakan-akan tiada sebarang aktiviti.
"Polis tidak akan berkompromi dengan kegiatan ini dan terus memburu premis judi haram ini daripada terus berleluasa,"katanya ketika ditemui sebentar tadi.
Menurutnya, nilai yang berjaya dirampas dalam serbuan ini dianggarkan berjumlah RM20,000 termasuk peralatan yang digunakan dalam aktiviti perjudian ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4231#sthash.ljmEOqFw.dpuf