TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

SEBAHAGIAN peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan di premis mesin judi haram di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
PETALING JAYA 4 Nov. - Sebuah gudang menyimpan mesin-mesin judi bernilai RM10 juta diserbu polis di PJU 1A, Taman Perindustrian Jaya, di sini sebentar tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah memberitahu, gudang itu menyimpan lebih 5,000 mesin judi yang dipercayai diambil dari sekitar Lembah Klang.
Katanya, operasi hasil maklumat orang ramai itu adalah yang terbesar di Selangor selepas polis menguatkuasakan operasi pembersihan aktiviti perjudian di seluruh Malaysia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...rnilai-rm10-juta-1.20697#sthash.rsEQvh3d.dpuf