BTC USD 17,245.0 Gold USD 1,789.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sentul nafi dakwaan bersekongkol dengan kumpulan gangster

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
KUALA LUMPUR: Polis Daerah Sentul menafikan dakwaan pihak berkuasa itu bersekongkol dengan individu didakwa sebagai gangster yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya mengesan satu gambar laporan polis berhubung kejadian seorang lelaki tempatan diugut kumpulan gangster yang tular di Facebook jam 4.35 petang tadi.

Beliau berkata, polis mengesahkan hantaran itu berkait dengan aduan ugutan dilaporkan pada 4 September lalu yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Kita menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang mendakwa diugut seorang lelaki dikenali ketika berada di Pejabat D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 11.12 malam pada 4 September lalu.

"Siasatan dilakukan mendapati berlaku pergaduhan membabitkan dua kumpulan terdiri warga tempatan di kawasan parkir luar Jalan Vista Mutiara 1 kira-kira jam 2 pagi pada 29 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Seorang saksi kejadian dipanggil ke Pejabat D7 IPD Sentul bagi membantu siasatan yang mana dua saudaranya ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan itu kira-kira jam 2 petang pada 3 September lalu.

"Ketika berada di pejabat D7, saksi ada berinteraksi dengan tangkapan itu dalam bahasa Cina. Polis yang sedang bertugas ketika itu tidak menampakkan sebarang perlakuan jenayah dalam interaksi terbabit walaupun tidak memahami bahasa Cina yang dipertuturkan," katanya.

Beliau berkata, semua tangkapan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 September lalu.

"Dua daripada mereka dituduh pada 9 September lalu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan selepas menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

"Bertindak atas laporan dibuat pengadu bersabit insiden yang tular di Facebook itu, pihak polis sudah menahan suspek berkenaan pada 8 September lalu dan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 9 September lalu atas kesalahan ugutan jenayah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan jenayah.

"Mereka yang bersalah akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada.

"Pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang insiden yang boleh mencemarkan reputasi PDRM dan mendatangkan kegusaran umum.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 untuk tindakan lanjut," katanya
 
Sponsored Post

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,843
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,843
Reaction score
5,829
Points
481
Awards
1
Hehehe pr dlm d7 plk sapa ocpd xmau nak bgtau kt org awam ka....sapa yg main games di sebalik semua tu....hahahaha....nasib ada edisi siasat berani lwn arus
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Ya ke tak bersekongkol?
Bukan tuduhan baru tau
 

yussv

Super Active Member
gem
Messages
8,146
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
8,146
Reaction score
1,709
Points
151
Hehehe pr dlm d7 plk sapa ocpd xmau nak bgtau kt org awam ka....sapa yg main games di sebalik semua tu....hahahaha....nasib ada edisi siasat berani lwn arus
Mesti nafi bang..xkan dia nk ngaku.. 😂🤣.. kalau dia ngaku mmg haru la.. haha
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,288
Joined
Jul 1, 2008
Messages
41,288
Reaction score
4,307
Points
261
Awards
1
bukti terang2 tak ada.. biasa la nafi dulu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register