BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sahkan Terima Laporan Kes Tertembak Babit Pegawai Kastam

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
450,250
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
450,250
Reaction score
36,605
Points
2,836
Awards
2

Polis sahkan terima laporan kes tertembak babit pegawai kastam​


11 JUN 2024

2685677.jpg


BUKIT MERTAJAM – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dipercayai tertembak diri sendiri membabitkan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, ketika mahu menghadiri latihan menembak di jabatan itu, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sekarang ini mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu selepas siasatan selesai.

Sementara itu, menurut sumber kejadian itu membabitkan pegawai kastam lelaki yang bertugas di sini dan mangsa ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ). – Bernama


 
Sponsored Post

*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera*

YDH Tuan KJSJ PP,
TDH Tuan T/KJSJ (RO & SP),
YDH Tuan/Puan PT

*Makluman Awal Kes Tembak Anggota Kastam Di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Perai.*

*A) Butiran Laporan Polis :-*
Repot: Perai/3671/24 (FIR)
Tarikh/Masa Report: 11/06/2024 @ 0945Hrs
IO: ASP Mohd Hidayat
Tempat Kejadian : Kompleks Kastam Seberang Jaya
Klasifikasi : Belum Diklasifikasi
Repot Lain Bersangkut: Tiada

*B) Pengadu :-*
Nama : Muhammad Nor Izuan
No Kpt : 911202xxxxxx
Umur : 32 tahun
Alamat :
Pekerjaan : Pembantu Perubatan
No Telefon : 014681xxxx

*C) Ringkasan Kes:*
Pada 11/06/2024 jam lebih kurang 0945hrs semasa pengadu bertugas sebagai pembantu pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya telah menerima 1 L Melayu. Hasil pemeriksaan awal disyaki luka di bahagian perut adalah kesan tembakan. Mangsa seterusnya telah diberikan rawatan awal.

*D) Butiran Mangsa :*
Nama: Rahizan
No Kpt: 820908xxxxxx
Umur: 42 Tahun
Alamat:

*E) Hasil Siasatan*
1) Siasatan awal mendapati, tempat kejadian di kawasan parkir kenderaan jabatan Kastam Pulau Pinang. Senjata yang digunakan ialah jenis Pistol CZ-P10. Pistol tersebut merupakan milik anggota kastam yang lain. Mangsa merupakan Pegawai Kanan Kastam. Semasa di hospital, Penolong perubatan (MA) Mohd Nor Izuan Bin Wahab telah menyerahkan 1 anak peluru yang dikeluarkan daripada mangsa.

2) Hasil soal siasat awal dapati, dikatakan mangsa sedang mencuba pistol tersebut dan telah tertembak diri sendiri. Tetapi siasatan masih dijalankan untuk menentukan situasi sebenar. Pasukan kastam dijadualkan untuk latihan menembak di Kulim harini. Mangsa merupakan pegawai yang terlibat.

3) Proses pembedahan masih dijalankan di Hospital Seberang Jaya diketuai oleh Dr. Ashok. Pihak polis masih belum dibenarkan masuk memandangkan pembedahan sedang dijalankan.

4) Pasukan Forensik IPK Pulau Pinang telah dimaklumkan dan menghala ke tempat kejadian.

5) Kes masih di dalam siasatan dan fakta penuh akan menyusul setelah mendapat semua maklumat penuh tempat kejadian dan juga mangsa.


Siasatan lanjut masih diteruskan.

Untuk Makluman YDH Tuan/Puan.
Salam hormat, terima kasih.


*KBSJD SPT*
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register